“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah…syukur ke hadrat ilahi kerna masih diberi peluang kepada insan kerdil lagi hina ini untuk terus rukuk & sujud kepada Yang Maha Esa. Selawat dan salam buat kekasih tercinta yang amat ku rindui, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa juga buat para sahabat dan tabi’in yang ku kagumi.
Hati ini begitu rindu untuk mencoret sesuatu, tambahan pula ada sesuatu yang mengajar diri ini sepanjang mengembara di bumi Allah s.w.t…ingin ana nukilkan disini untuk manfaat bersama supaya terus rukuk dan sujud kepada_NYA..insyaAllah..
Juga ada satu kisah ingin ana kongsikan dengan para pembaca sekalian…
XXXXXXXXXXX
Ada sebuah keluarga sakinah yang cukup bahagia dan berpegang teguh pada agama Islam yang dianutinya. Sudah beberapa puluh tahun berkahwin, suaminya tidak pernah sekali pun menceritakan masalah yang dialaminya. Yang dikongsi bersamanya hanyalah kegembiraan.
Namun, Puan Fatimah dapat mengetahui apa yang dialami suaminya walaupun tidak pernah sekali suaminya menceritakan apa yang dialaminya. Jiran tetangganya sering bertanya keadaan suaminya, adakah masih mampu untuk meneruskan kehidupan seperti biasa setelah difitnah dengan begitu teruk sehingga dilucutkan jawatan.
Bagaimana suaminya masih mampu berdepan dengan orang disekelilingnya yang menikamnya dari belakang, masih mampu mengukir senyuman dan riak wajahnya nampak begitu tenang dalam menghadapi ujian yang Allah s.w.t. sediakan buat suaminya.
Namun, Puan Fatimah hanya membalas persoalan itu dengan hanya senyuman. Tidak pernah sekali pun dia bertanya semua masalah itu kepada suaminya dari dulu hingga kini. Tiap kali dia dapat tahu suaminya punya masalah, pasti dia akan melakukan sesuatu yang membuatkan suaminya tersenyum bahagia.
Tentu para pembaca sekalian pelik, bagaimana Puan Fatimah dapat mengetahui suaminya ada masalah sedangkan tidak pernah sekali pun suaminya menceritakan masalah yang sedang dihadapi kepadanya.
Hal ini kerna, tiap kali tiba sepertiga malam suaminya akan bangun dan sujud kepada Yang Maha Pencipta. Tiap masalah yang dialami, suaminya akan mengadu kepada Allah s.w.t., merintih memohon bantuan kepada Allah s.w.t., moga diberi kekuatan. Dari situlah Puan Fatimah dapat tahu bahawa suaminya punya masalah.
Subhanallah……
XXXXXXXXXXX
Fiman Allah s.w.t. bermaksud:
“belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka) dan janganlah mereka (berlaku) seperti orang-orang yang telah menerima kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras. Dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang fasik”
(surah Al-Hadid, ayat 16)
Ana rasa ayat ini cukup jelas maksudnya, cuba tanya dalam diri kita…adakah kita benar-benar khusyuk mengingati Allah s.w.t. serta mematuhi segala perintah yang telah ditetapkan_NYA? Atau kita terus hanyut dibuai mimpi fantasi dengan fatamorgana dunia sehingga satu masa hati kita menjadi keras dan susah untuk dilembutkan. Pabila sampai ke tahap ini ramai dikalangan kita menjadi fasik……Nauzubillah…
Beberapa hari yang lepas, sewaktu tazkirah mingguan di blok ana. Sahabat-sahabat ana bagitahu yang minggu nie la paling sibuk, dengan assignment yang masih ada, exam dan pembentangan serta projek yang masih ada untuk dilaksanakan sehingga kadang-kadang masa dengan Allah s.w.t. menjadi kurang, tidak seperti hari-hari biasa.
Ya..ana juga akui itu..namun, bagi jiwa yang benar-benar takut dengan Allah s.w.t…hari-hari sebegitu ibarat musibah buat diri jika terus hanyut dengan kesibukan dunia hingga lupa kepada Yang Maha Esa. Masing-masing menceritakan apa yang dilalui dalam hidup sebagai pedoman buat sahabat-sahabat yang lain. Berkongsi rasa suka dan duka bersama dalam menempuh kehidupan yang terus menguji keimanan diri dengan kondisi diri yang kadang-kadang tewas dengan nafsu…Nauzubillah..
“lalai sesaat boleh mencucurkan air mata setahun”
XXXXXXXXXXX
Firman Allah s.w.t. bermaksud:
“Dan orang yang berusaha (berjihad) dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama kami, sesungguhnya kami akan memimpin mereka ke jalan kami, dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya”
(al-Ankabut (29:69)
Ini adalah janji Allah s.w.t. buat hambanya. Sesibuk mana pun kita dan sekuat mana pun kita diuji, tetapi… sekiranya kita bersungguh-sungguh melaksanakan ibadat kepada_NYA..ingin berubah kearah yang lebih baik…insyaAllah DIA akan bantu..kerna dia Maha Mengetahui lagi Maha Penyayang kepada hamba-hamba_NYA yang taat kepada_NYA…
Sepertimana kisah Puan Fatimah dan suaminya…juga kisah ini…
XXXXXXXXXXX
Senyuman tidak pernah lekang dibibrnya, nada suaranya sentiasa dalam keadaan lembut menandakan dirinya bahagia dengan kehidupan yang dilaluinya hingga sahabat disekelilingnya merasakan seolah-olah dirinya tidak punya apa-apa masalah tidak seperti sahabat-sahabatnya yang lain, yang sering mengadu masalah kepadanya.
Pernah suatu ketika, dirinya dituduh menipu dalam peperiksaan hanya kerna dia membantu pensyarah mengutip kertas-kertas jawapan dan apabila keputusan keluar dia mendapat markah tertinggi dalam kelasnya, tambahan pula itulah kali pertama dia mendapat keputusan yang cemerlang.
Akhirnya dia terpaksa mengambil ujian lagi sekali sebagai bukti bahawa dia tidak menipu dan dia akur walaupun ada sahabatnya menentang dan menyatakan dia tidak menipu. Tapi, dia pula yang memujuk sahabatnya dengan tersenyum tenang. Dan terbukti, dia tidak bersalah kerna markah yang diperolehi ini lebih tinggi dari sebelumnya.
Begitu juga dalam kehidupan seharian, dialah yang menjadi penenang tika suasana dalam keadaan emosi dan dialah yang menjadi kekuatan tika suasana melemahkan mereka. Satu ketika, dia tidak hadir ke kuliah seperti kebiasaannya. Sudah beberapa hari sahabat-sahabatnya tidak bersua dengannya.
Mereka mengambil keputusan untuk pergi menziarahinya dirumah selepas dikhabarkan oleh teman sebiliknya bahawa dia pulang ke kampung halaman. Alangkah terkejutnya mereka sebaik sahaja menjejakkan kaki ke rumahnya, dihadapan mereka adalah rumah usang yang buruk serta tidak punya eletrik malah air yang digunakan diambil dari telaga bersebelahan rumah.
Ibunya menjemput mereka masuk ke dalam rumah usang tersebut. Cukup daif kehidupan yang dialaminya hingga ada sahabatnya menitiskan air mata apatah lagi saat terpandang susuk tubuh seseorang iaitu ayahnya yang terbaring lumpuh hampir 6 tahun lalu akibat kemalangan tika hendak ke tempat kerja.
Terdengar dari luar ada orang memberi salam, semua yang ada dalam rumah tersebut memandangnya. Sahabat yang menangis tadi terus berlari ke arahnya dan memeluknya. Dia menjadi kaget dengan situasi tersebut apatah lagi terkejut melihat sahabatnya berada dirumahnya.
Tika keadaan kembali reda, seorang sahabat bertanya kepadanya yang tika itu sedang mengelap badan ayahnya. “macam mana awk boleh lalui semua nie? Kitaorang sangka awk tidak punya apa-apa masalah sebab slalu tengok awk tenang je”
Dia pun tersenyum sambil tangannya berhenti seketika dari meneruskan kerjanya, lalu memandang ke arah bingkai gambar yang tertulis “ALLAH”……sambil berkata, “DIA nyawaku”
Dan meneruskan kata-kata,“saat aku lemah tidak berdaya, aku sujud kepada_NYA pasti DIA akan berikan kekuatan kepadaku…saat aku ditimpa dengan bermacam-macam masalah, aku mengadu dan merintih kepada_NYA pasti DIA akan membantuku…saat aku buntu dan keliru, pasti DIA akan tunjukkan jalan penyelesaiannya… saat hatiku resah dan gelisah, pasti DIA akan tenangkan hatiku….ALLAH s.w.t. adalah segala-galanya buatku…..Kerna DIA aku masih mampu tenang dengan semua ujian ini”
Semua sahabatnya terdiam bila mendengar kata-katanya, dan seorang sahabatnya bermonolog sendirian..”patut la aku slalu nampak dia kat library menyalin nota-nota dan meminjam banyak buku, rupanya dia tidak punya duit untuk membeli buku-buku tersebut. Baru aku tahu, kenapa dia slalu tolak ajakan ku tiap kali hendak ke café, rupanya dia puasa sunat kerna ingin menjimatkan perbelanjaan sehariannya. Dan baru kini aku tahu kenapa duit biasiswanya sikit, kerna dia berikan sedikit kepada keluarganya…setelah hampir 3 tahun, baru aku tahu…Ya Allah..tabahnya hati sahabatku ini… ”
“Sesungguhnya, solatku, ibadatku, hidupku, matiku, hanyalah untuk Mu Ya Allah…Tuhan Sekelian alam…”
“(iaitu) orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatkah, hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenteram”
(Surah ar-Ra’d, ayat 28)
XXXXXXXXXXX
KAU begitu sempurna
Dimataku KAU begitu indah
kau membuat diriku akan slalu memujiMU
Dimataku KAU begitu indah
kau membuat diriku akan slalu memujiMU
Disetiap langkahku
Kukan slalu memikirkan “diriMU”
Tak bisa kubayangkan hidupku tanpa cintaMU
Kukan slalu memikirkan “diriMU”
Tak bisa kubayangkan hidupku tanpa cintaMU
Janganlah KAU tinggalkan diriku
Takkan mampu menghadapi semua
Hanya bersamaMU ku akan bisa
KAU adalah darahku
KAU adalah jantungku
KAU adalah hidupku
Lengkapi diriku
Oh sayangku, KAU begitu
Sempurna.. Sempurna..
KAU “genggam” tanganku
Saat diriku lemah dan terjatuh
KAU bisikkan kata dan hapus semua sesalku
Saat diriku lemah dan terjatuh
KAU bisikkan kata dan hapus semua sesalku
~Cukuplah Allah s.w.t. bagiku, tiada yang lain selain DIA~
JOM KITA MENGEMBARA LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI ABADI…(“,)