“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah Ya Allah…kerna masih memberi peluang kepada hamba ini untuk terus rukuk dan sujud kepada Mu..selawat dan salam buat kekasih tercinta, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa juga buat para sahabat & tabi’in skalian..
Baru sahaja berlaku tadi…ku merenung hikmah disebalik kejadiannya kerna mana mungkin Allah s.w.t. jadikan sesuatu dengan sia-sia. Beberapa hari yang lepas, ada seorang junior hantar mesej dan dia minta tolong ana untuk ajarkan subjek pengiraan yang ada dalam kos kami. Ana stuju walaupun hati pada mulanya berat untuk menerima sedangkan ana juga perlu waktu untuk study.
Tetapi ana berfikir, hati ini tidak akan tenang sekiranya menolak permohonan orang yang perlukan bantuan. Dan ku juga yakin yang Allah s.w.t. akan menolongku pula..insyaAllah..dan memang benar, hati ini terasa puas dapat membantu mereka.
Ada kisah disebaliknya…
Y a Allah..aku khabarkan semua ini bukan untuk menyatakan diri ini bagus maka jauhkanlah diri ini dari perasaan riak’ dan sombong, diri ini berkongsi kisah ini khusus peringatan untuk diriku juga untuk orang lain supaya semakin dekat dengan Mu..ameen..
Renungkan wahai pembaca sekalian…
XXXXXXXXXXXX
Selepas ana menyatakan persetujuan untuk mengajar mereka, ana tetapkan tarikh dan tempat untuk kami berkumpul. Sengaja ana letakkan masa pada pukul jam 8 pagi kerna ada sesuatu yang ingin ana terapkan kepada mereka tanpa mereka sedari.
Pagi tadi, ana tiba awal. 3 minit sebelum jam 8 pagi dan tidak ada seorang pun lagi yang sampai awal. Ana tunggu…selang 8 minit, datang la sorang iaitu orang yang minta tolong ana. ana tanya, mana yang lain dan dia jawab dalam perjalanan. Dia dah tersipu malu, kalu ana pun ana malu. Minta tolong orang tapi kita pula yang lambat…(^_^)
Jam hampir menunjukkan 8.30 pagi barulah yang lain mula tiba seorang demi seorang. Tanpa membuang masa, study group nie pun dimulakan dengan bacaan doa semoga Allah s.w.t. memberkati apa yang dipelajari. Ana ajarkan segala ilmu yang ana tahu, macam mana bentuk soalan yang akan keluar dan teknik untuk mudah faham sebab ana dah ambil paper tu 1 tahun yang lepas, jadi boleh tahu.
Ana juga mohon supaya Allah s.w.t. ikhlaskan hati ini untuk mengajar mereka, diberi kesabaran untuk terus membuatkan mereka faham tentang apa yang diajar serta buang perasaan negative atas kelewatan mereka kerna ana tahu semua itu ada kesannya.
Akhirnya..setelah semuanya selesai, kami tetapkan tarikh untuk berjumpa lagi bagi bab yang seterusnya. Ana juga berikan peringatan tentang masa, hati mohon kepada Allah s.w.t. supaya kata-kata ana ini menyedarkan mereka. Ana cakap,
“baik, kita jumpa lagi dengan waktu yang sama iaitu 8 pagi. Jadi, minta tepati masa. Bagi sesiapa yang sanggup membuatkan ana tunggu anda semua macam tadi, silalah buat lagi. Ana datang tadi 3 minit sebelum jam 8 pagi, sepatutnya orang yang ingin menadah ilmu menunggu orang yang nak memberi ilmu kepadanya..ini terbalik pula..apa pun, kalu hati itu sanggup buat ana tertunggu dan ternanti macam tadi..silalah buat lagi ye…” ana pun senyum dan ternyata ada yang tunduk sebab terasa malu…
Peringatan melalui perbuatan ana sendiri sebab ana teringat kata-kata seorang ulama’ tapi lupa namanya…
“aku tidak akan ajarkan bab yang belum aku sendiri amalkan kepada kamu”
Ini bermaksud, amalan seorang Murobbi atau pendidik…amalan mendahului kata-katanya….
Buat dulu…baru cakap…barulah orang akan cakap, “cakap serupa bikin”…ana teringat pula seorang pensyarah ana, beliau buat dulu sebelum hal itu keluar dari mulutnya… pensyarah ana nie cukup tepati masa, sebelum jam 8 pagi beliau sudah ready dengan slide yang ingin diajarkan dan menunggu kedatangan kami sedangkan kebanyakan studentnya baru sahaja nak masuk kelas. Ana yang kelewatan, malu dengannya.
Lepas pada itu, ramai sahabat-sahabat ana bersiap awal untuk ke kelas supaya kami masuk dulu sebelum beliau. Ana respect dengannya, dia tidak pernah menegur kelewatan kami..tetapi kami menerima tegurannya melalui perbuatannya. Subhanallah…
Firman Allah s.w.t. bermaksud:
“Demi masa. Sungguh, manusia berada dalam kerugiaan, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran”
(surah Al-Asr, ayat 1-3)
Dan ana merenung pula kehidupan kita sebagai Hamba Allah s.w.t…kalau kita boleh tepati masa tidak membuat temu janji dengan manusia, 5 hingga 10 minit awal semata-mata tidak mahu dia menunggu kedatangan kita…kenapa kita tidak boleh tepati masa tika membuat temu janji dengannya??? Allah s.w.t. menyeru kita untuk “berdating” denganNYA, tapi kenapa kita tangguhkan sehingga ke akhir waktu??? Nauzubillah…diri ini juga kadang-kadang begitu, lebih suka selesaikan urusan dunia dahulu walaupun seruan azan sudah memanggil…
Jom Muhasabah diri….(^_^)