Sabtu, 13 Februari 2010

~Muhasabah Time~


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah..syukur ke hadrat ilahi masih diberi kesempatan untuk mengembara di bumi_NYA dalam mencari bekalan ke destinasi abadi. Selawat dan salam buat Imam Umat Islam, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda serta tidak lupa juga buat para sahabat dan tabi’in..
Alhamdulillah…ana selamat sampai rumah lepas subuh semalam. Bersyukur sangat sebab akhirnya dapat menghirup semula udara di tanah tumpahnya darahku…(“,)
Waktu cuti inilah masa yang ana tunggu sebab inilah saat yang sesuai untuk kembali merenung perjalanan hidupku selama berada di perantauan. Benar..bak kata akak senior ana,“Muhasabah time”
“Pendekar yang hebat itu pun, ada masanya perlu berehat untuk mengumpul tenaga, mengasah kekuatan, agar tidak tumpul kehebatannya”
 (Hilal Asyraf)
Na’am..ada masanya tiap insan itu perlu berhenti seketika untuk melihat adakah dirinya berada di “zon tarbiyah” atau sudah hanyut dan lalai dari_NYA buat seketika. Begitu juga tiap kali kita buat program, selepas program tersebut tamat sudah semestinya akan ada “post_moterm”. Untuk apa?
Untuk mengetahui kelemahan dan kelebihan sewaktu melaksanakannya supaya segala kekurangan yang ada akan dapat diatasi dan tidak berulang untuk program yang bakal menyusul serta kelebihan yang ada akan diupgrade lagi.
Begitu juga kita yang bergelar hamba Allah s.w.t. ini. Segala gerak langkah kita tiap saat yang berlalu akan dihitung oleh teman setia kita di kanan dan kiri serta pada masa tertentu akan diziarahi pula oleh Malaikat Sakaratul Maut. Tidak terlintaskah dihati kita, apakah yang masa yang berlalu itu mendapat redha Allah s.w.t. atau tidak?
Itulah pentingnya muhasabah, untuk melihat sejauh mana perjalanan hidup kita ini benar-benar berada di landasan yang dihendaki_NYA. Ana tidak bermaksud mengatakan muhasabah sebelum tidur itu tidak cukup, cuma muhasabah kali ini memerlukan penelitian yang mendalam.
“Da’ie itu ada masanya kena berhenti untuk bermuhasabah, melihat belakang untuk mencari di mana salah, agar saat dia bergerak, dia hanya melakukan kesalahan baru bersama pergerakan yang berkadar terus dengan pengalaman”
(Hilal Asyraf)
Ya..tapi bagaimana? Cuba kita renung perubahan diri kita, adakah masih sama seperti dulu atau sudah ada peningkatan atau makin kebelakang? Bagaimana pula dengan ilmu yang kita miliki, sudah mencukupi atau masih berada di tahap yang sama? Dan bagaimana pula amalan ibadat kita sehari-hari, ikhlaskah kita melakukannya, masih tidak ada peningkatankah?
Itu semua perlu direnungkan semula...tapi yang paling penting, adakah dengan pertambahan umur kita dari sehari ke sehari menambahkan juga keimanan kita kepada Allah s.w.t.? tepuk dada, tanya hati...
Ana teringat kata-kata seorang ikhwan yang juga seorang pejuang,“hebatnya seorang pejuang Muslim itu bilamana, hatinya benar-benar “tertaut” kepada Allah s.w.t.. Sehebat mana gerakan da’wahnya dalam menegakkan agama_NYA, sehebat itu jugalah ibadatnya kepada Allah s.w.t”.
Ana teringat kisah semasa zaman Salahuddin Al-Ayubi. Beliau meronda setiap khemah para tenteranya pada sebelah malam untuk melihat khemah manakah yang terang benderang dengan cahaya lampu. Ternyata, hampir keseluruhan khemah yang ada terang benderang dan cuma beberapa khemah sahaja gelap gelita.
Pada keesokan harinya tika berkumpul untuk ke medan perang, Salahuddin Al-Ayubi berkata,“khemah siapa  yang gelap gelita pada malam tadi, Sila bangun..”. beberapa orang tenteranya bangun.
“baik, yang berdiri itu keluar dari barisan...!”, selepas memberikan arahan, Salahuddin Al-Ayubi serta tenteranya yang masih tinggal terus meluru ke medan perang.
Salahuddin Al-Ayubi bertindak sedemikian kerana tenteranya yang berdiri itu tidak bangun untuk qiamullai sepertimana yang lain. Jadi, tidak hairanlah Salahuddin Al-Ayubi dan tenteranya mampu menawan kembali BaitulMaqdis suatu ketika dulu kerana tiap hati dari mereka sudah “tertaut” dengan Allah s.w.t... Subhanallah....
Inilah sebenar-benarnya hamba yang beriman, sepertimana firman Allah s.w.t. bermaksud,
“sesungguhnya orang-orang yang beriman adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gementar hatinya, dan apabila dibacakan ayat-ayat_NYA kepada mereka, bertambah (kuat) imannya dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakal”
(Surah Al-Anfal, ayat 2)
Ku merenung….
adakah diri ini mampu menjadi sehebat mereka…
yang benar-benar berjuang atas nama Allah s.w.t…
kerna diri ini hanyalah insan kerdil lagi hina,
yang tidak punya apa-apa melainkan Islam dalam diriku…
 SeLaMaT BeRaMaL....(",)
blog comments powered by Disqus