Selasa, 9 Februari 2010

Rindu……………


“Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi kerna masih diberi kesempatan untuk terus mengembara di bumi Allah s.w.t. dalam mencari bekalan ke destinasi abadi. Selawat & salam buat kekasih tercinta, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa juga buat para sahabat dan anbiya’ sekalian.
Alhamdulillah..masih dapat terus menulis. Entah kenapa hati nie rasa rindu sangat nak balik rumah, maklum la…hari khamis nie dah mula cuti..bestnya…(“,)..tak sabar rasanya nak balik jumpa ngan family. Tapi macam biasalah, sebelum cuti nie ada je kerja yang mesti disettlekan. Kalu tak, balik nanti bertimbun la kerja.
Sesibuk mana pun seorang pejuang itu dengan gerak kerja da’wahnya, family tetap yang utama. Ana teringat kata-kata seorang akak senior,“masa mak ngan ayah kita ada lagi nie la kita kena slalu balik rumah jumpa diorang, bila dah tak de nanti perasaan nak balik rumah tu dah tak sama” .
Ana akui, ada benarnya juga. Sebab tu tiap kali ada cuti ana cuba juga untuk balik kampung, tidak kira walaupun hanya beberapa hari kerna sibuk menguruskan program sebelum balik. Teringat sewaktu menguruskan Minggu Suai Kenal (orientasi) bagi pelajar baru, waktu itu ana baru sahaja balik dari menyertai program di Utara semenanjung.
Beberapa jam sampai dirumah, ana menerima panggilan kecemasan dari Pegawai Pusat Islam yang meminta supaya segera kembali ke kampus kerna tidak ada yang berpengalaman untuk menguruskan Minggu Suai Kenal. Ana jadi serba salah waktu itu samaada mahu menerima atau menolak.
Akal ana ligat memikirkan macam mana nak bagitahu umie dan abah sedangkan ana baru je balik dari program. Akhirnya, ana buat keputusan untuk terbang semula ke Utara demi akidah adik-adik yang baru masuk. Saat ana memberitahu umie dan abah yang ana perlu segera kembali ke kampus, berubahlah air muka umie walaupun tidak menampakkan riak muka yang sedih.
Sampai sahaja di kampus, hati ana tak tenang kerna merasakan umie tak rela melepaskan anaknya pergi. Akhirnya, petang tu ana ke stesen bas untuk beli tiket balik semula ke Kelantan. Alhamdulillah, masih ada…syukur sangat…
Ana bagitahu kat abah yang ana akan balik semula ke rumah. Abah cakap, “tak berbaloi balik kalu dapat rest 2 hari je, buat letih badan.”
Hati ana pun bermonolog,“tak kisah la abah, asalkan dapat senangkan hati umie”.
Lepas Minggu Suai Kenal melabuhkan tirai, malamnya ana bertolak balik ke rumah dengan harapan dapat mengembirakan hati umie. Masa ana balik tu, umie cakap,“kat atas rak tu ada biskut, umie simpan. Makanlah…”.
Mulut ana tak putus-putus menyebut Alhamdulillah, bersyukur sebab Allah menyejukkan hati umie. Memang tiap kali nak balik rumah, mesti ada makanan atau apa-apa yang umie akan simpan untuk ana atau akak dan adik lelaki ana. Pernah sekali, ana balik rumah. Teringin sangat nak makan laksa, ana cakap kat umie. “umie, nak makan laksalah.”
Umie ana jawab,“umie tahu dah, tu…umie dah siap rebus ikan, nanti buatlah…”. Terharu tak terkata…indahnya saat tu…(“,)
Selang 2 hari, ana bersiap untuk kembali semula ke kampus untuk meneruskan pengajian semester baru juga menunaikan amanah yang telah diberikan. Masa sibuk mengemas barang, adik bongsu ana masuk bilik. Dia cakap,“kak ngah nak gi dah ke?”
Ana senyum je, lepas tu umie menyampuk,“a’aa..nak gi dah…macam chipsmore, kejap ada, kejap tak de”.
Ana pun gelak bila umie cakap gitu. Ana sedar, hidup sebagai seorang pejuang bukan mudah. Mesti sanggup berkorban, sanggup korbankan masa cuti bersama family, sanggup korbankan kepentingan peribadi juga sanggup ketepikan masa bersuka ria demi melihat Islam tertegak tidak kira walau dimana kita berada.
Dimana sahaja “dia” berada,
Pasti Islam akan agung semula…
Bila sahaja “dia” berbicara,
Pasti syaitan akan membencinya…
Bagaimana sahaja “dia” mentadbir alam maya,
Tersenyumlah Malaikat dengan bangga…
Untuk apa sahaja tujuan “dia” melangkahkan kaki,
Nur_NYA tak kan pernah terhenti menerangi insane disekelilingnya….
Semoga “dia” itu adalah kita semua….InsyaAllah…amen
Wahai umie dan abahku, anakmu ini memohon restu darimu supaya segala perjalananku sebagai seorang da’ie dipermudahkan oleh_NYA. Doakanlah moga semangat jihad dalam diri anakmu ini tidak akan pudar sehingga titisan nafas yang terakhir…insyaAllah…
Jadi, kepada sahabat-sahabat ana yang masih sibuk dengan program dan tak rasa nak balik tu…baliklah walaupun sekejap…mana la tahu, tetiba hati tu teringin juga nak balik lepas baca tulisan ana nie…(“,)
Wassalam…
 
USRATI  JANNATI
blog comments powered by Disqus