“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah..masih diberi nikmat untuk terus beribadat kepada_NYA, Pemilik jiwa ini..tidak lupa juga buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Juga buat para sahabat Baginda & tabi’in..
Ya Allah..entah kenapa hambaMU ini benar-benar rindu untuk berjumpa dengan Mu..namun, diri ini tertanya-tanya…adakah diriku ini layak untuk mendapat kurniaan sebesar itu jika hendak dihitung dengan dosa-dosa yang telah ku lakukan samaada sedar atau tidak..
Rindunya Ya Allah..
Betapa hebatnya perasaan ini sehingga membuatkan hati ini bergetar saat mendengar NamaMU Ya Allah..ku berharap perasaan ini akan kekal begini dah tidak akan berubah walaupun sekecil zarah..
Ku tidak sanggup kehilangan MU…Ya Allah…
Janganlah Engkau tarik kembali hidayah setelah Engkau berikan kepadaku ini Ya Allah..tiap tindakan yang ku lakukan semata-mata untuk MU, untuk mendapat redha MU…Ya Allah…
Cukuplah Tuhan bagiku Allah maha agung
Tiada di dalam hatiku kecuali Allah…
Cahaya Muhammad selamat atasnya..
Benarlah tiada Tuhan selain Allah..
“Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang layak DISEMBAH melainkan Allah, dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah”
“sesungguhnya, solatku, dan ibadatku, dan hidupku, dan matiku, hanyalah untuk Allah…Tuhan Sekelian Alam”
Ya Allah….
Ku terjaga dari lena yang panjang..
Sudah banyak masa yang telah terbuang selama ini,
Kerna terpesona dengan hiasan duniawi yang sementara cuma,
Kini ku sedar….
Kaki ku terus melangkah penuh makna,
Aku mula mendambakan redha_MU,
Akan ku teruskan pengembaraan di syurga dunia ini..
Untuk ku mengapai syurga akhirat…insyaAllah..