“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah…syukur ke hadrat ilahi kerna masih diberi kesempatan untuk terus menghirup udara pagi. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa juga buat para sahabat & anbiya’ sekalian..
Alhamdulillah…hati terasa ingin mencoret sesuatu sebelum mata ini kembali “terpejam” untuk kembara ke alam mimpi. Tadi baru je lepas buat operasi rondaan disekitar kolej, memanggil sahabat-sahabat yang masih setia untuk sama-sama turun berganding bahu membanteras maksiat.
Sebenarnya, sebelum turun tadi ana sudah terlelap sebentar kerna agak keletihan. Alhamdulillah ada sahabat yang sanggup pergi bilik ana dan tolong kejutkan. Syukran ye ukhty…(“,)
Sebelum mula operasi, ana berikan suatu kata perangsang yang juga buatkan diri ini merenung sejenak. Ana cakap,“bayangkan bagaimana seorang tentera zionis yang lengkap berpakaian tentera yang memakai baju kalis peluru berserta dengan machine gune di tangan lari ketakutan saat dibaling batu oleh budak kecil yang hanya berumur sekitar 8 hingga 10 tahun”.
“jika difikir dari logic akalnya, sudah tentu hanya dengan satu tembakan sahaja budak tersebut akan maut. Tapi lain pula al-kisahnya bilamana tentera zionis yang lengkap dengan senjata itu pula yang lari ketakutan kerana dalam jiwanya terdapat getaran yang hebat”
“getaran apa? Getaran jiwa yang terasa gerun saat berdepan dengan seorang budak yang hanya berumur sekitar 8 hingga 10 tahun tanpa ada apa-apa senjata berbahaya ditangannya selain daripada seketul batu. Itulah jiwa pemuda yang telah “dibeli” oleh Allah s.w.t. dengan syurga.
“Hidup mulia atau mati syahid….”
Ana berkongsi semangat dengan sahabat-sahabat supaya mereka tidak gentar atau berundur saat berdepan dengan situasi genting. Masih sanggup berjuang walaupun merasakan diri kita tidak akan menang saat berdepan dengan “sesuatu” kerna kita ada Yang Maha Berkuasa.
Apa pun, marilah kita sama-sama muhasabah diri sendiri dan berfikir sejenak…apa yang telah kita lakukan kepada Umat Islam…...
Nak kembara ke alam mimpi semula..wassalam…
JOM KITA MENGEMBARA LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI YANG PASTI....(",)