“Dengan
Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah
wa syukrillah. 26 Mei 2012 yang lalu, sekitar jam 3.30 petang, mereka berdua
selamat diijab kabulkan dengan dinikahkah sendiri oleh abah ana. Akhirnya
masanya tiba jua setelah bermain ‘teka-teki’ siapa bakal imamnya dalam beberapa
tahun ini.
Sebelum
abah serahkan ‘amanahnya’ kepada lelaki yang bakal menjadi menantunya, abah
pergi kearah kakak dan berkata sesuatu. Tetapi ana tidak dengar apa yang abah
ucap, hanya nampak reaksi kakak yang menganggukkan kepala.
Saat
ini, syahdu sangat rasa. Dada pun terasa
sebak. Ana pandang muka kakak dan berkata, “kak, dah ready ke?.
Dia
hanya senyum. Dan sekali lafaz yang tidak sampai satu minit, Nur Sakinah Binti
Suardi sah bergelar isteri kepada Muhammad Faris Bin Saharuddin. Syukur Ya
Allah, bertambah lagi ahli keluarga kami…(^^,)
Jawapan
Istikhorohnya,
Jawapan
kisah cintanya,
Jawapan
siapa imamnya,
Selamat
bercinta hingga ke syurga…♥
Teringat
perbualan ana dengan beberapa orang sahabat apabila kad jemputan walimah kakak,
ana hulurkan kepada mereka.
“Bakal
abang ipar orang mana?”
“orang
perak..”
“Perak
kat mana?”
“Err…entah..”.
“Kerja
apa?”
“Err…entah…”
“Macam
mana dorang boleh kenal?”
“Kenal
tepi jalan kot…hehe!”.
Sila
jangan marah ana ya. ngeh3…sebab ana sendiri tidak sempat dan teruja untuk tahu
lebih lanjut siapa bakal abang ipar ana. Cuma ana yakin, dia memang Allah
hantar untuk kakak. Sebab apa? Sebab masa kali pertama abang ipar datang rumah,
abah boleh cerita pasal kakak masa dia kecil dahulu kala berbanding yang datang
sebelum ini.
Orangnya
begitu mudah berurusan. Keluarganya juga begitu. Teringat ana saat keluarga
abang ipar mahu pulang dan tinggalkan abang ipar bersama keluarga kami. Ada
seorang ahli keluarga tarik tangan abang ipar dan mendekati ummi ana sambil
berkata.
“Faris
nie, kalau dia buat silap. Tegurlah mana yang patut. Kamu, jaga isteri
baik-baik. Isteri tak sama macam kami nie…”.
Allah…terharu
sangat-sangat bila dengar nasihat seperti itu. Ana pun nampak mata abang ipar
macam sedikit berair….:p
Dan
apa lagi yang ana mahukan lagi melainkan kakak dapat meraih ‘Syurganya’ di
dunia ini. Ana tahu kisah hidupnya sebelum ini. Ana tahu betapa perit hatinya
menanggung beban. Ana tahu betapa dalam hatinya terluka.
Teringat
perbualan ana dan kakak dan YM.
“Kak,
antara aku dan mu. Siapa lagi kuat?”, ana cuba menguji.
“Mu….”,
jawabnya jujur.
Ana
senyum. Maka, ana luahkan rasa hati. Walaupun kata-kata ana tidak dibalas
secara terang, tapi ana tahu hatinya membalas….
“Kak Nur Qina, selepas ini adik-adik berada dibawah jagaan angah.
Akan cuba sedaya upaya menjaga mereka. Usah khuatir, terbanglah ke mana sahaja
yang mahu dikau pergi. Kejarlah bahagia yang dikau impikan sebelum ini.
Sekarang sudah yakin bahawa Allah sayangkan kamu. Kerna itu Dia menguji mu dulu….:)“
Selepas Majlis Akad Nikah...(^^,) |
Simple
kan baju yang ana pakai masa majlis akad nikah kakak? Hanya pakai T-shirt labuh
sahaja. hehe!
Ada
yang tanya, “kenapa asma’ pakai t-shirt je? Tengah basuh pinggan kat belakang
ke?”.
Ana
ketawa. Actually, keluarga sebelah pihak perempuan pun kebanyakkan pakai
t-shirt je. Ada je gambar kami-kami yang pakai t-shirt. Cuma tak muat nak
tunjuk semua dalam blog nie. Nak tengok, datang rumah. Abah dah siap cuci
gambar…:p
Kalau
para pembaca mahu tahu, hampir kesemua yang ada semasa majlis akad nikah dan
majlis kesyukuran adalah homemade. Dan hasilnya lebih kurang sama
seperti tempah butik atau perancang perkahwinan. Cuma, penatlah sikit. huhu!
Bersyukur
ada orang kampung yang sudi bantu masak dan pinjamkan peralatan untuk memasak.
Kebanyakan yang lain semuanya hasil sentuhan tangan ahli keluarga dan kaum
kerabat kami. Itulah untungnya ada keluarga besar…(^_~)
Bila
tanya kakak, “berdebar tak nak kahwin nanti?”
“Entah,
macam takde perasaan je…”, selamba je dia jawab.
Respon
saya? Hmm…=_=”
Ana
rasa, orang lain je perasan lebih…hehe! Ummi dan abah lagilah gembira. Maklumlah,
anak sulung berkahwin dan juga cucu sulung sebelah abah. Abah siap pergi kedai
beli baju melayu baru lagi. Ummi plak jahit baju baru untuk dipakai masa majlis
kakak. Saya? Mana yang ada je sebab baru selesai praktikal dua hari lepas. Tudung
dan niqab pun baru siap jahit, pagi sebelum majlis kesyukuran berlangsung.
muahaha~
Mungkin
ada yang menyapa. “kak long sudah, kak ngah bila lagi?”.
Ana
senyum. “kalau tengok orang kahwin, sweetnya. Bila fikir amanah, gerunnya!.
Tunggulah kalau larat sebab ana sendiri tak tahu bila….:p ”.
Ada
sesuatu yang membuatkan saya rasa kakak dan abang ipar saya nie memang sweet!
hehe…
Malam
selepas majlis kesyukuran, kakak kena gasrik. Abang ipar yang tolong masakkan
untuk kakak. Abang ipar ana pernah jadi chef. Ummi pun minta abang ipar tolong
masakkan, katanya teringin.
Keesokannya
masa nak keluar dating, kakak ana yang drive sebab abang ipar ana
belum ada lesen kereta. Ada sesuatu yang buatkan abang ipar belum punya lesen
kereta.
“Usah dicari
titip perbezaan, tapi carilah titip persamaan. Susah senang, sama-sama.”
Buat bakal
Imamnya, pesanan ini ku titipkan buat kamu. Kami sentiasa bersama dari kecil
hingga kini. Bergelak ketawa bersama, berkongsi rasa duka yang serata, temanku
dalam medan dakwah walaupun berlainan cara. Ku mohon, jadikanlah dia wanita
syurga. Sekiranya satu masa nanti kamu sudah tidak suka kepadanya, serahkan
semula kepada keluarga kami secara baik-baik sepertimana kamu mengambilnya
dengan cara yang baik.
(luahan
hatiku. 2 Mei 2012)
Selamat
bercinta hingga ke syurga…♥
wallahua’lam.