Sabtu, 26 Mei 2012

Carta Hati ♥


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Alhamdulillah Ya Allah atas segala kurniaan nikmat Iman, Islam dan Ihsan yang telah Engkau kurniakan kepada hamba ini. Selawat dan salam buat Manusia Agung yang membawa rahmat ke seluruh alam, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.

Alhamdulillah Ya Allah, selamat tiba di rumah petang semalam. Buat kali pertama dalam hidup drive sendiri balik ke Kelantan dan ianya amat-amat menyeronokkan. Lepas nie bolehlah pergi jauh lagi dengan ‘My Kelisa Dakwah’…(^^,). InsyaAllah..

Satu je tak seronok. Amirah Fasihah menangis masa ana nak dukung dia. Bila dah tanggal niqab dan cermin mata, dia pandang je. Ingat-ingat lupa kot. Yelah, hampir 4 bulan tak balik langsung.

Mungkin ada yang tertanya. Tak terasa sedih ke tinggal UUM? Maklumlah, 4 tahun timba ilmu disana.

Ada pula yang memberi ‘peringatan’…:p

“Selamat bergembira akak, jangan lupa orang sini ek”.

Hanya mampu tersenyum….(^^,)

Ana bawa balik kenangan yang mungkin takkan luput diingatan. Cuba ingat semula detik saat kali pertama bertemu dengan sahabat-sahabat seorang demi seorang. Ada yang ana kenal melalui program, usrah, kuliah, facebook, blog dan lain-lain. 

Bahagia bertemu dengan ramai orang. Terasa hati ini hidup dengan nikmat ukhuwah yang Allah s.w.t. anugerahkan.

‘susah senang, sama-sama’

Ada juga yang ‘cemburu’ bila nampak ana selalu bersama atau rapat dengan sahabat yang lain dan bukan dirinya. Selalu sebut dan ‘tag’ namanya dalam facebook. Sedih bila terasa ana tidak peduli atau ambil berat tentangnya.

Ana hanya mampu tersenyum. Itu lumrah apabila bersahabat dengan ramai orang dan ana akui tidak mampu ingat nama setiap insan yang ana temui. Cuma, ana cuba berikan layanan yang setimpal mengikut situasi dan insan yang ana temui.

Teringat ketika sertai satu program dan meminta ana tulis satu nama kawan baik. Kalau pembaca mahu tahu, itulah salah satu permintaan yang paling susah untuk ana jawab sebab ana cuba anggap insan yang ana temui adalah kawan baik. 

Jadi, apa yang ana buat? Ana tulis nama insan yang paling banyak kebaikannya kepada ana. Itu salah satu cara ana cuba balas kebaikannya dan berdoa moga Allah membalas kebaikan yang pernah dia hulurkan.

Maka, siapakah yang paling tinggi dalam carta hati ana? kamu..kamu..kamu..yang pernah hadir dalam hidup ana. Terima kasih…(^^,).


Hadiah yang diberikan oleh seorang sahabat. Hadiah ini hanya insan tertentu sahaja yang dapat sebab ianya terhad. Ana sengaja mengusik dan katakan mahu pen keluaran jenama RPA Revolution. Tidak menyangka dia betul-betul bagi.

“akak, nah. Untuk akak, pen nie memang layak untuk akak”, katanya sambil menghulurkan sebatang pen kepada ana.

Terima kasih! (^^,)


Malam, sehari sebelum pergi ke Pondok. Ada seorang sahabat mesej. “Asma’, esok lepas pergi pondok ada nak pergi mana-mana tak?”.

Sahabat ana mahu bawa ana pergi ke Empangan terbesar di Malaysia yang terletak di Perlis disamping meminta ana buat usrah dengan mereka. Apabila ada yang berharap, agak sukar untuk ana menolak. Maka, mengiakan sahaja.

Cuma agak terkejut dan terdiam sebab tak tahu bila dorang ‘seludup’ masuk kek nie dalam kereta. hehe!

Alhamdulillah, terima kasih Allah atas ukhuwah ini…


Sebaik sahaja selesai ‘Resepi Cinta Usrah’, seorang sahabat menghulurkan sesuatu sebelum ana bangun dari lantai. Terkejut sebab tidak menjangka akan hadiah ini. Sebagai ‘balasannya’, ana doakan semoga usrah mereka tetap berjalan lancar dengan diambil alih oleh seorang kakak senior yang bakal gantikan ana.

‘Resepi Cinta Usrah’ merupakan usrah umum yang ana jalankan atas insiatif sendiri. Membuka ruang dan peluang kepada umum tanpa ada modul khusus kerana kebanyakan yang datang tidak punya fikrah yang sama. Maka, pengisiannya agak ringan. Moga Allah redha.

Sahabat, terima kasih! Lepas nie tak perlulah ana belek telefon selalu untuk tengok jam pukul berapa..(^^,).

Dan ada juga seorang sahabat yang berikan ana hadiah telekung. Allahu Allah. Kalau semua sahabat pembaca semua mahu tahu, hadiah yang kalian berikan tersenarai dalam doa ana. Satu persatu Allah tunaikan. Allah…

Ada juga yang berkata, “maaflah kak, kami takde hadiah material yang dapat diberikan. Hanya ‘hadiah’ doa sahaja yang dapat kami hulurkan”.

Ana senyum. Terima kasih buat semua yang terus, terus dan terus mendoakan ana. Apa sahaja yang diberikan tidak kira kecil atau besar, ana terima dengan berbesar hati. 

Cuma maafkan ana sebab tidak ada satu pun yang dapat ana berikan kepada kalian untuk membalas hadiah yang diberikan melainkan doa, moga hidup kalian sentiasa dirahmati, diberikati dan dipandu dengan diberikan jalan terbaik menuju ke destinasi abadi. Ameen!


Gambar pagi tadi…(^^,). Masih dalam proses untuk ‘tackle’ hati Amirah Fasihah sebab dia asyik nangis je bila ana nak dukung dia. Hati teramat bahagia saat berada di rumah. Moga kami tetap bersatu dan dimasukkan dalam syurga Mu, Allah.

Sahabat! Kalian tetap termasuk dalam carta hatiku…

Wallahu’alam…

blog comments powered by Disqus