Isnin, 7 Mei 2012

Chicken Soup For The Soul


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Subhanallah, alhamdulillah, allahuakbar. Puji-pujian hanya layak buat Mu, Allah. Pemilik segala isi dunia dan akhirat. Selawat dan salam buat manusia Agung, pembawa rahmat buat seluruh alam, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.

Alhamdulillah baru sahaja selesai khatam sebuah buku yang teramat banyak manfaat dan best! (^^,)

Lama juga nak habiskan buku nie, lebih kurang satu bulan kot. Huhu! Ana dapat tahu ‘kewujudan’ buku nie selepas ada seorang penulis post dalam wall facebook beliau. 

Aturan Allah s.w.t., ketika sedang membeli sedikit alatan tulis, ana terpandang buku nie yang tersusun rapi diatas rak. Ana ambil dan membelek isi kandungan, melihat siapa penulisnya dan membaca ayat-ayat yang tertulis dihadapan dan belakang buku. 

Alhamdulillah baucer buku yang diberikan oleh ‘rakyat’ masih ada ketika itu dan terus berurusan dikaunter bayaran dengan dua buku lain ditangan. Mahu tahu buku apa yang dimaksudkan? Inilah dia….(^^,)

Edisi Bahasa Inggeris

Edisi Bahasa Melayu

Ana cuba ‘tanya Dr.Google’ berkaitan buku nie untuk mengetahui lebih lanjut dan maklumat yang diperolehi amat-amat mengujakan. Wow! Jadi tidak hairanlah buku ini dikatakan sebagai bestseller dan buku terbaik yang dikeluarkan sejak 28 Jun 1993.


Banyakkan tajuk yang ada? ini baru cebisan yang dapat ana tunjukkan sebab hampir 200 tajuk yang ada dengan 40 bahasa diterjemahkan. Jadi, ada mana-mana syarikat penulisan dan penerbitan yang sudi untuk terjemahkan kesemua tajuk dalam edisi Bahasa Melayu? Ana mahu kumpul satu persatu…:p

Kenapa kesemua ‘tema’ buku ini dinamakan Chicken Soup For The Soul (Sup Ayam Untuk Jiwa) ya? Di Amerika, Chicken Soup boleh menghangatkan badan seperti tulisan yang ada dalam buku ini yang boleh menghangatkan jiwa kita saat membacanya.

Kebanyakan dari kita, rakyat Malaysia lebih gemar makan sup apabila demam dan selsema kan? Ana sendiri lebih suka makan sup apabila demam, dapat hangatkan badan dan sup ummi buat memang sedap. hehe!

Bahan yang disediakan untuk membuat Chicken Soup juga mudah dan ringkas. Begitu juga tulisan dalam buku ini, hanya perlukan pengalaman dan kemahiran dalam menulis. Maka, terhasilah kisah benar seperti tercatat dalam buku tersebut.

Kisah-kisah motivasi yang tercatat dalam tajuk berfikir positif benar-benar membuatkan ana bermotivasi untuk tetap bersangka baik dan yakin akan hikmah dari setiap apa yang berlaku.

Oleh itu, ana sarankan kepada para pembaca sekalian untuk menjadikan buku ini sebagai salah satu koleksi buku motivasi yang mesti dibaca. Ana yakin buku ini mampu menaikkan motivasi kita secara tidak langsung.

Selamat membaca, wallahua’lam…(^^,)


JOM KITA MENGEMBARA LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI ABADI…(^^,)
blog comments powered by Disqus