Rabu, 16 Mei 2012

Sukan Terbaik


 “Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Alhamdulillah wa syukrillah Ya Allah atas keizinan nafas ini supaya hamba tetap berpeluang untuk bertaubat dari dosa lalu. Selawat dan salam buat insan yang benar-benar ku rindui, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.

Allahu Allah…

13 Mei 2012 yang lalu, terlakar suatu memori yang tidak dapat ana lupakan kerana itulah kali pertama sepanjang roh bernyawa dalam jasad, ana membelai dan menyentuh seekor kuda dengan tangan sendiri.

Dalam diam terasa satu perasaan kasih sayang menyelinap masuk perlahan-lahan dalam sanubari. Tidak tergambar dengan kata-kata. Allah…

Niat untuk menguasai teknik dan kaedah menunggang kuda sudah lama tetapi belum jumpa ‘sifu’ muslimat yang mampu ajarkan kepada ana. Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan apabila ana mendapat tahu ada seorang muslimat yang mahir disamping dia juga merupakan ‘orang kuat’ pusat berkuda dalam kampus.

Maka, ana lahirkan rasa keinginan hati untuk belajar berkuda sebelum tamat praktikal. Terima kasih ya Allah atas keizinan ini, tiada kata yang mampu terucap melainkan sujud syukur pada Mu.

Setiap kali lalu di tepi kandang kuda, akan ada doa yang dialukan dalam hati supaya satu hari nanti impian ana untuk menjejakkan kaki dan belajar berkuda dimakbulkan. 

Sejak ana menyertai kelab memanah, hati sudah berniat dan beriltizam untuk menguasai tiga sukan yang digalakkan oleh Rasulullah s.a.w. iaitu berkuda, memanah dan berenang.

Alhamdulillah, walaupun agak sibuk dengan urusan dakwah dikampus dan tempatnya jauh (sekitar 25 minit berjalan kaki dari kolej), ana mampu kuasai beberapa teknik memanah. Rasa ingin kuasai skill yang lain semakin kuat.

Rasulullah s.a.w. bersabda,“ajarilah anak-anak kalian berkuda, berenang dan memanah”. (Riwayat sahih Bukhari, Muslim)

Wahai para abi wa ummi, sudahkah kalian ajarkan ini kepada anak-anakmu?
-------------------------------

Ketika mencari sedikit info berkaitan ketiga-ketiga sukan sunnah ini, ana terjumpa sesuatu yang sangat-sangat menarik untuk dikongsi bersama. Semoga ianya memberi manfaat untuk kita bersama. ameen!

Berkuda

Sabda Rasulullah s.a.w. “lemparkanlah (panah) dan tunggangilah (kuda)”
(Riwayat Muslim)

Bersama 'sifu'...^^
Berkuda ternyata mendatangkan banyak manfaat antaranya menyembuhkan berbagai penyakit atau masalah. Seperti mental, emosi, fizikal, bahasa, autisme , sindrom down dan lain-lain. Menurut Lisa McCallum (Seorang terapis berkuda). “Menunggang kuda adalah kegiatan menyenangkan bagi banyak orang, tapi bagi kanak-kanak yang memiliki kekurangan, menunggang kuda adalah salah satu kaedah penyembuhan”.

Faedahnya meliputi seluruh tubuh badan dari kepala hingga ke kaki, termasuk fizikal dan mental. Penunggang kuda biasanya terhindar dari masalah sakit belakang. Membantu mencerahkan penglihatan mata kerana terdapat ransangan terhadap saraf cranium (tengkorak) semasa gerakan ‘galloping’ kuda. 

Menuggang kuda baik untuk merawat segala masalah tulang belakang manusia. Seluruh anggota dalam tubuh badan manusia termasuklah sistem penghadaman, sistem saraf, organ perkumuhan, malah geseran kepada organ-organ seksual akan teransang secara optimum. Ini menjadikan penunggang kuda sihat dan bertenaga.

Bagi kanak-kanak yang mengalami masalah fizikal, misalnya lumpuh, berkuda adalah cara mereka menikmati kebebasan yang selama ini tidak mereka dapat semasa berada di atas kerusi roda. Duduk di atas kuda juga akan melatih otot kaki mereka sehingga boleh berjalan. Menurut McCallum, terapi berkuda memiliki tiga faedah utama, iaitu bersukan pendidikan pengubatan Ketiga-tiga perkara di atas sangat diperlukan dalam pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak khas.

Menurut Chassigne Menunggang kuda sebagai terapi banyak memberi manfaat . Dalam catatannya menunggang kuda dapat  membaiki imbangan, menguatkan otot, membentuk kelembutan apa yang penting ia mendorong semangat penunggang. Membantu individu yang memiliki masalah mental dan emosi, membina konsentrasi, sabar, dan berdisiplin tinggi. Membentuk kerjasama dan ikatan emosi antara kuda dan penunggangnya. Membantu mengatasi rasa ketakutan (terapi emosi).

Memanah

 “Sesungguhnya Allah ‘azza wajalla akan memasukkan tiga orang ke dalam syurga lantaran satu anak panah; orang yang ketika membuatnya mengharapkan kebaikan, orang yang menyiapkannya di jalan Allah serta orang yang memanahkannya di jalan Allah.” 

Baginda s.a.w. bersabda: “Berlatihlah memanah dan berkuda. Dan jika kamu memilih memanah maka hal itu lebih baik daripada berkuda.” (AHMAD – 16699)



Hadits di atas menggambarkan betapa Rasulullah saw sangat menganjurkan agar seorang muslim prihatin dengan persiapan untuk berjihad di jalan Allah. Memanah dan berkuda merupakan dua kegiatan yang terkait dengan hal itu. Dan seorang muslim perlu memiliki semangat untuk berjihad di jalan Allah. Mengapa? Karena Nabi saw memperingatkan bahwa hilangnya semangat berjihad sebagai tanda hadirnya kemunafikan dalam diri.

Dengan memanah, kita dapat melatih emosi dan fizikal untuk meletakkan target pada sasaran. Memanah sangat menitik beratkan body balancing. Maka jika pemanah emosinya tertekan, maka panahan amat mudah tersasar. 

Secara tidak langsung, sukan ini melatih manusia bertenang dan menstabilkan emosi. Individu yang tidak tenang, gopoh, pemarah, kurang sabar atau kurang sihat mentalnya tidak akan menjadi pemanah yang baik.

Perbuatan melenturkan anak panah di busurnya, kemudian melepaskannya perlu satu kekuatan fizikal, sukan ini juga satu latihan holistik kepada diri seseorang dari segi fizikal dan mental.
  
Bersabda Rasulullah SAW, ” Kamu harus belajar memanah kerana memanah itu termasuk sebaik-baik permainanmu.” (Riwayat Bazzar, dan Thabarani dengan sanad yang baik)

Berenang

Semasa berenang, mental, fizikal, segala otot dan tulang rangka digerakkan untuk membuat satu gerakan yang berkoordinasi antara dua anggota kaki dan dua anggota tangan, selain meransang stamina (sistem kardiovaskular). Berenang juga memberi peluang manusia untuk menguasai air.

Banyak manfaat boleh dierolehi ke atas kanak-kanak yang diajar berenang dengan cara yang lembut, beransur-ansur dan kanak-kanak bebas bergerak ulang alik.

Kajian menunjukkan banyak faedah diperolehi daripada aktiviti berenang dan ini diakui oleh ibu bapa seluruh dunia. Antara kebaikan berenang ialah banyak peningkatan untuk perkembangan mental, fizikal, emosional,
dan sosial.

Satu kajian dikendalikan oleh Professor Liselott Diem dari 1974 hingga 1976 di German Sports Collage di Cologne, Jerman mendapati kanak-kanak yang mempelajari berenang pada satu peringkat awal menunjukkan pembanguan lanjutan dalam kemahiran motor kasar dan halus, refleksi (masa tindak balas), kuasa tumpuan (fokus), kepintaran atau kecerdasan, tabiat sosial, interaksi sosial, keyakinan diri, kebebasan, dan boleh menangani situsi yang diluar jangka.

Kanak-kanak ini didapati cukup laras berbanding rakan sebayanya yang tidak terlibat dalam program renang. Peningkatan dalam kedua-dua faktor iatu self -esteem dan independance menjadi faktor yang berkaitan antara satu sama lain.

Kajian juga menunjukkan kanak-kanak yang diajar berenang sejak kecil akan menunjukkan interaksi yang positif dan ikatan yang kukuh dengan ibu bapa mereka.

-------------------------------
Jadi, dapatlah kita fahami kenapa sukan ini adalah antara sukan yang terbaik dan istimewa kerana Rasulullah s.a.w. begitu menggalakkan umatnya menguasai ketiga-tiga kemahiran ini. 

Teringat perbualan ana dengan seorang sahabat baik.

“Asma’ nanti dah ada anak, nak panggil ummu apa ek?”, sapanya.

“erm…Umar al-khattab tu nama ayahnya apa ya?”, soalannya ana jawab dengan soalan.

“ayahnya nama al-Khattab…”, jawabnya.

“Baik, kalau macam tu panggilan untuk saya nanti ummu al-Khattab atau ummu al-azwar”. 

“wah, ummu al-khattab? al-azwar?”, nadanya tampak tersenyum.

“Yup, nama anak saya sulung saya mungkin al-khattab atau al-azwar dan cucu saya nanti namanya adalah Umar atau Khaulah. Supaya nama mereka akan lengkap dan ada kesinambungan menjadi Umar bin al-Khattab dan Khaulah binti al-azwar”, ana membalas senyuman.

“ameen Ya Allah…”, sambungnya.

Ana sudah tidak sanggup untuk menunggu dan mencari insan-insan hebat untuk menaikkan semula Islam seperti mana yang telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat terdahulu.

“Berusaha untuk menjadi dan bukan mencari!”

Ana langsung tidak tahu apa yang bakal berlaku dimasa hadapan, cuma ilmu yang ana pelajari ini akan diperturunkan kepada keturunanku. Moga Allah pilih keturunan ini untuk tersenarai dalam barisan hadapan tentera berkuda dan pemanah Islam. Ameen!

wallahua’lam..
-------------------------------

Saat tangan membelainya, hatiku mula terpaut.

Bersama Martina (kuda betina)...^^

JOM KITA MENGEMBARA LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI ABADI…(^^,)
blog comments powered by Disqus