“Dengan Nama
Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Zikir,
Melembutkan hati,
Terasa damai setiap hari.
Alhamdulillah
wa syukrillah atas nafas ini Ya Allah, moga hari ini lebih baik dari semalam.
Selawat dan salam buat kekasih tercinta, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat
Baginda.
Pagi
tadi, ada seorang mesej ana. Dalam mesejnya, dia luahkan sesuatu dan meminta
penjelasan dari ana.
“setiap manusia ada perangainya masing-masing, lagi-lagi perangai
buruk. Bila sampai waktu kita mahu berubah, perangai itu seakan-akan mengekori
kita kemana saja kita pergi, dia seakan-akan tidak mahu kita menang, adakah
semua itu berkaitan dengan ‘mind control’? Yang mana kita tak mahukan dia,
tetapi kita masih fikirkan tentangnya?”.
Ana
yakin, bukan dia seorang yang tertanya-tanya seperti ini. Masih ramai manusia
diluar sana yang mengalami rasa yang serupa. Ingin berubah tetapi masa silam
seolah-olah seringkali mengejar dan ‘menghalang’ kita dari terus berubah ke arah
kebaikan.
Persoalan
yang dia ajukan, ana jawab dengan soalan.
“Tahu pasal ketagihan dadah?”.
“Tahu…”, jawabnya.
“Macam mana ya, boleh jelaskan?”, ana pula
minta dia jelaskan. Bukan untuk menguji, tetapi untuk mengetuk mindanya dan
membuatkan hatinya merasai tiap bait kata yang ditulis.
“Penagih dadah nie sentiasa ketagih walau baru tinggal. Jarang
dapat jumpa yang betul-betul dapat tinggalkan dadah sepenuhnya”, jelasnya
ringkas.
“Ia…samalah juga dengan maksiat. Apabila maksiat sudah sebati
dalam diri, ia sukar untuk diubati. Kerana itu ada orang pernah berkata, orang
yang bijaksana dia akan mencegah manakala orang yang kurang cerdik dia akan
mengubati.”
“Caranya bagaimana? Cubalah istiqomah dengan zikir. Bangun tidur
zikir, ada masa luang, zikir. Nak tidur, zikir. Cuba istiqomah dalam 2 minggu
dan lihatlah kesannya. Wallahua’lam…”, jelas ana pula.
Mengapa
ana umpamakan penagih dadah ini seperti penagih maksiat? Maksud penagih itu
sama iaitu ketagih apabila buat sesuatu dan sukar untuk berhenti. Dadah itu
perkara yang baik atau pemusnah hidup penangih? Pastilah akan musnah hidup jika
tidak diubati dengan segera.
Begitu
jugalah dengan penagih maksiat. Maksiat itu baik atau penyumbang kepada
kemurkaan dan azab Allah? Pastilah akan mengundang kemarahan Allah kepada
pelakunya jika tidak berusaha untuk membuangnya.
Untuk
buang ketagihan ini bukanlah suatu yang mudah. Ianya perlukan proses dan tempoh
mujahadah yang lama. Untuk mengubatinya pula mesti kena dengan caranya. Kaedah
yang paling berkesan adalah dengan mendekatkan diri kepada Allah, zikrullah.
Ingat pada Allah.
Ana
pelik dengan sikap para da’ie. Kita tahu penagih maksiat ini perlukan masa
untuk berubah. Nasihat kita buat kali pertama, kedua, ketiga mestilah dia tidak
endahkan apabila kita sampaikan. Maka, mengapa pula kita yang mahu ‘memberontak’,
menghukum itu dan ini jika dia tidak suka dengan nasihat kita? Berikan mereka
masa.
Jika
penagih dadah perlu ditahan di pusat serenti dalam tempoh 6 bulan (paling
cepat), kita pula perlu sabar menasihati mereka dalam tempoh tersebut. Sindiran
dan umpatan tidak berguna kepada mereka, tetapi mereka perlukan bantuan dari
kita. Bantuan yang bagaimana? doa.
Sebab
apa? Sebab hidayah, Allah yang pegang. Bukan kita. Bertuahlah mereka yang Allah
pilih untuk menjadi tali penghubung atau ‘orang tengah’ kepada penagih maksiat
ini untuk kembali pada fitrah Islam yang sebenar.
Teringat
pengisian dalam usrah. Kesilapan para daie adalah kita sering menegur
kesalahan yang kecil. Kecil yang bagaimana? Tak tutup aurat, tinggal solat,
couple, dan sebagainya. Tetapi lupa hal yang besar. Besar yang bagaimana? iaitu
Iman. Bila ada Iman, apakah ada pelaku maksiat? Fikirlah sang daie.
Ana
menyarankan zikrullah kepadanya kerana ianya sesuai dengan tahapnya. Ada orang
pula, 2 bulan belum tentu berkesan. Ada orang pula, 2 hari saja sudah dapat
lihat kesannya.
Kenapa
zikir? bukan baca al-quran, ingat mati, dan banyak bergaul dengan orang soleh?
Seperti yang ana jelaskan tadi, sesuai dengan tahapnya.
Bagaimana
mahu kusyuk dengan solat, jika hati belum merasai kehadiran Allah dimana-mana.
Bagaimana
mahu menangis dan tenang bila baca al-Quran jika yang membacanya tidak kenal
huruf dalam al-Quran?
Bagaimana
untuk ingat mati jika di depan sudah terhidang dengan kemewahan dunia?
Murobbi
mengajar kami cara berzikir dengan kaedah yang unik. Beliau meminta kami
letakkan jari di atas denyutan nadi dan merasai nadi itu berdenyut. Satu
denyut, sebut Allah. Satu denyut, sebut Allah. Akhirnya kita akan hanyut dalam
dakapan zikrullah.
Ana
minta dia istiqomah dengan zikrullah kerana itu cara paling mudah dan senang.
Bila ingat Allah, zikir. Tapi kalau tak ingat? bawalah alat untuk buatkan ingat
kepada Allah. Paling mudah, biji tasbih atau tasbih digital. Itu caranya.
Cara
ana pula, kalau rasa benci, rasa marah atau terasa diri terlalu banyak dosa dan
hati jadi hitam. Ana akan hafaz ayat-ayat suci al-quran. Memang sukar untuk
hafaz tetapi cara itu paling berkesan selain zikir kerana ayat suci al-Quran
ini cahaya, dia akan bantu bersihkan maksiat. Mahu kekalkan hafazan, tinggalkan
maksiat. Barulah akan kekal dalam dada.
Semoga
cebisan ilmu dan perkongsian pengalaman yang tidak seberapa ini memberi manfaat
untuk yang membacanya. Mencegah maksiat itu lebih mudah berbanding
mengubatinya. Wallahua’lam.
JOM KITA
MENGEMBARA LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI ABADI…(^^,)