“Dengan Nama
Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”.
Subhanallah.
Alhamdulillah. Allahuakbar. Moga nafas ini sentiasa memuji dan menyebut nama
Mu. Selawat dan salam buat pembawa rahmat ke seluruh alam, Nabi Muhammad s.a.w.
dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat kaum kerabat Baginda s.a.w., kaum
muslimin dan muslimat.
Pagi
tadi, hati sebak setelah membalas mesej seorang adik junior. Membungkus barang
yang pelanggan tempah dalam hati yang pilu. Malam ini, air mata mula mengalir
setelah mendapat panggilan petang tadi.
Allahu
Allah…
Semalam,
ada seorang adik junior mesej dan dalam tulisan tersebut hatinya merintih dan
mengatakan dia malu dengan dirinya sendiri atas dosa yang dia lakukan.
Apa
yang buatkan hati ana terasa pedih dan pilu adalah kerana ketiga-tiga insan ini
pernah merasai curahan tarbiyah yang pernah ana sampaikan semasa ana masih menuntut di
kampus sebelum ini.
Ketiga-tiga
insan ini sering bertemu dengan ana dan bertanya berkaitan tarbiyah hati.
Mereka juga pernah ikuti usrah yang ana buat. Boleh dikatakan, ana pegang
mereka untuk sama-sama meneruskan dakwah di kampus. Tidak menyangka hati mereka
makin menyimpang jauh.
Ana
tidak salahkan mereka sepenuhnya. Mungkin tempias dosa yang ana lakukan terkena
pada mereka. Teringat tazkirah daripada Ustazah Norhafizah Musa dalam Ikim.fm
"Kalau anak kita berbuat salah atau dosa,ibu bapa juga mesti solat taubat bukan anak itu sahaja. kalau isteri berbuat dosa suami lebih-lebih lagi perlu solat taubat kerana dalam dosa mereka itu ada dosa-dosa kita kerana anak-anak dan isteri itu adalah amanah yang perlu dijaga. kalau anak ibu bapa, kalau isteri suami,memang banyak cara untuk menyelesaikan masalah dalam rumahtangga tapi cara paling asas ialah kembali kepada ALLAH dengan meminta Ampun kepada ALLAH..."
Saat
hati kecilku menangis, mula koreksi diri.
Ya
Allah…ampunkan hamba jika hamba tidak ikhlas ketika menyampaikan ilmu kepada
mereka.
Ya
Allah…ampunkan hamba jika hamba riya’ ketika berkongsi rasa cinta untuk dekat
kepada Mu.
Ya
Allah…ampunkan hamba jika hamba angkuh tatkala memberi pendapat atau pandangan
kepada mereka.
Maafkan
hamba Ya Allah. Berikanlah hati ini taufiq dan hidayah untuk sentiasa ikhlas
dalam menyampaikan rasa cinta untuk kembali dekat kepada Mu. Tautkanlah kembali
hati mereka untuk merasai manisnya hidup bertuhankan Mu.
Insaf……………..
Ana
duduk termenung. Lama.
Entah
kenapa hati terasa pilu yang teramat. Rasa hati ini sepertimana tatkala turun
ke lapangan dakwah dan mata melihat remaja Islam yang hanyut dan jauh dari
kehidupan Islam yang sebenar.
Mereka
ini insan yang dalam proses tarbiyah, malah mereka ini merupakan insan yang
mengajak dan menyeru orang lain untuk kembali pada Allah. Nampaknya, mereka
juga perlu diseru untuk kembali mengIslahkan diri.
Hati
ana terasa pilu kerana ana tahu betapa sepinya hidup tanpa redha Allah. Apabila
hati tidak mampu menangis kerana Allah. Apabila hati tidak dapat melakukan
sesuatu kerana Allah. Terasa sesat dalam cahaya.
Tidak
sanggup untuk biarkan mereka berterusan sebegitu. Walaupun jasad ana jauh dengan
mereka, namun hati tetap merasa dekat. Allah, ampunkan hamba. Ampunkan mereka.
Saat
cuba ubati luka. Hati terdetik untuk membaca majalah solusi. Ana terus
mengambilnya setelah tidak berkesempatan untuk membaca sebelum ini dan jumpa
mutira tarbiyah ini.
Sahabat,
jika kalian baca kalam bisu ini. Sedarlah…
Ana
ini tetap manusia biasa yang bukan kalis dosa. Tetap seperti kalian yang masih
berusaha untuk mujahadah mendidik hawa nafsu dan iman yang senipis kulit bawang
ini.
Ana
ini tetap manusia biasa yang tidak punya apa-apa kuasa yang dapat berikan
ketenangan dan kebahagiaan hati kalian.
Ana
ini hanya manusia yang cuba menjadi sebaik-baik hamba buat Allah s.w.t…
Sebaik-baik umat untuk Nabi Muhammad s.a.w… Sebaik-baik anak untuk abah dan
ummi. Sebaik-baik adik dan kakak untuk adik beradik ana. Sebaik-baik sahabat
untuk manusia sekeliling ana.
Yang
dapat menyembuhkan hati kalian. Yang dapat berikan ketenangan dan kebahagian
hati kalian. Yang dapat jaga dan berikan kalian yang terbaik hanyalah Allah
s.w.t… Tiada yang lain.
Berjanjilah
dalam hati bahawa kalian tetap akan cuba mencari ilmu sebanyaknya dan beramal dengannya.
Berjanjilah dalam hati bahawa kalian tetap akan berusaha mendidik nafsu agar
tunduk pada iman. berjanjilah dalam hati bahawa kalian tetap akan cuba untuk
mujahadah walau sukar sekalipun.
Kejar Ilmu, Ijazah turut serta.
Kejar Akhirat, dunia turu serta.
kerjar redha Allah, bahagia dunia akhirat.
“Tiada
kekuatan, tiada upaya melainkan pertolongan dari Allah s.w.t.”.
Wallahua’lam.