“Dengan Nama
Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Subhanallah,
alhamdulillah, allahuakbar. Selawat dan salam buat pembawa rahmat ke seluruh
alam, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para
sahabat, muslimin dan muslimat.
Teringat
luahan hati seorang sahabat sebaik sahaja selesai ‘Resepi Cinta Usrah’.
“Asma’. Sebelum pergi usrah tadi terasa diri nie penuh dengan
masalah, hati tak tenang. Tapi bila balik ke bilik, MasyaAllah tak tahu nak
kata macam mana. Hati terasa lapang dan tenang sangat.”
Ana
senyum. Hati ana juga merasakan hal yang serupa. Ana mula mengerti dan memahami
apabila ustaz dan ustazah mengatakan, “taman ilmu adalah taman-taman syurga.”.
Tenang.
Indah. Bahagia.
Untuk
wujudkan suasana bahagia, pastilah insan yang mencurahkan perkongsian dan
berbicara itu mestilah insan yang juga bahagia. Bebas dari perasaan riak, ujub,
bangga diri kerana hal sebegini boleh menyebabkan pengisian itu terasa kosong.
“Allah! Bergetar hati saya dengar bait kata yang kamu ucapkan”. kata
seorang sahabat seusrah.
Matanya
memandang ke lantai sambil hatinya berbisik. “ini kerana hatiku terlebih
dulu merasakan getarannya apabila berbicara soal cinta kepada Allah s.w.t. dan
rindu pada Rasulullah s.a.w.”.
Sentuhan
dari hati, pasti terkesan jua pada hati ♥
Ada
sesetengah insan, apabila dia berbicara tentang Rasulullah s.a.w., hatinya
mudah menangis kerana terlalu rindu dan teringin untuk bertemu dengan Baginda
s.a.w. hingga menyebabkan dia tidak mampu untuk meneruskan kata-katanya apabila
memberikan perkongsian ilmu. Kalian ada solusi supaya dia tetap mampu
menghabiskan kata-katanya?
Bagi
para pembaca yang sering membaca nukilan yang ana nukilkan, mungkin kalian
pernah membaca bahawa ana pernah menulis, jika hati tidak tenang dan punya
masalah, ana akan pergi ke Pusat Islam untuk bertemu dengan para ustaz dan
ustazah. Balik sahaja dari Pusat Islam, pasti akan tersenyum lebar dengan hati
yang puas.
Pusat
Islam adalah sebuah taman syurga bagi ana. Subur dengan pelbagai majlis ilmu
dan program tarbiyah untuk hati. Bahagia dapat berdamping dengan para ulama’
dan membaca kitab-kitab karangan ulama’ terdahulu.
Sejujurnya
ana katakan. Tampil beraksi di medan dan menjadi tatapan umum buat para pelajar
tidak semudah mata insan yang memandang. Bergelumang dengan pelbagai program, berdepan
dengan pelbagai kerenah manusia yang kadangkala menyesakkan dada, difitnah dan
dikutuk tanpa alasan yang munasabah membuatkan seseorang itu boleh berundur
beribu batu jauh ke belakang jika tidak tabah!
Siapa
yang sanggup mengorban cuti semester dan hujung minggu semata-mata mahu
menguruskan dan menghadiri program? Siapa yang sanggup habiskan duit dan
pinjaman kewangan untuk program? Siapa yang sanggup menghabiskan waktu rehatnya
untuk menghadiri program?
Tiada
siapa yang sanggup melainkan seseorang itu mengerti bahawa ilmu dan pengalaman
bukan setakat dalam buku dan dewan kuliah tetap turut ada dalam persatuan,
kelab dan secretariat pelajar.
Hati yang
terluka, Iman yang haus dengan tarbiyah, langkah yang mula lesu, pemikiran yang
mula kosong, dan nafsu semakin ghairah dengn dunia mampu ditundukkan dan di
didik semula melalui pengisian dan majlis Ilmu.
Ketika
ini, ana rindukan sebuah tempat lagi selain Pusat Islam UUM iaitu pondok di
Jitra, Kedah. Apabila dikenangkan semula, itulah ‘klinik hati’ ana kerana
disitulah tempat ana cuci dan servis hati.
Saban
minggu ana akan ke sana jika tidak bertembung dengan program yang di adakan di kampus.
Tidak tahu bagaimana perjalanan hidup ana di kampus sekiranya tidak jumpa
tempat tersebut dengan izin Allah. Masih teringat ketika mula-mula mencari
tempat tersebut dengan sahabat baik.
Jika
hatimu tidak tenang, jika hatimu terasa kosong. Carilah tempat di mana insan
berbicara tentang kebesaran Allah s.w.t. dan keindahan peribadi Rasulullah
s.a.w. Nescaya kalian akan temui ketenangan dan keindahan yang dicari. Cubalah…(^^,)
Buat
sahabat-sahabat ana yang masih menuntut di Universiti Utara Malaysia dan juga
di Institut pengajian yang lain, ana ucapkan selamat menduduki peperiksaan dan
mendapat keberkatan dari Ilmu yang dicari. Wallahua’lam.
JOM
KITA MENGEMBARA LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI ABADI (^^,)