“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah Ya Allah kerna masih memberi peluang kepada hamba ini untuk terus mengembara di bumi Mu ini. Selawat dan salam buat kekasih tercinta, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.
Ana baru sahaja selesai membaca sebuah buku berkaitan kisah-kisah inspirasi dan motivasi jiwa. Bergetar hati ini tiap kali membaca bait-bait ayat yang tertulis, helaian demi helaian yang diselak membuatkan hati ini sebak. Bertambah sayang, kasih dan cinta kepada Yang Maha Esa…Subhanallah..
Teringat kata-kata arwah Ustaz Asri (Rabbani). Katanya….
“Aku adalah pengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat,aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku...”
Kisah-kisah yang ditulis di dalam buku tersebut adalah kisah benar belaka dan ianya di nukilkan untuk menjadi pedoman dan pengajaran buat sesiapa yang membacanya…insyaAllah..
Antara bait-bait ayat yang dinukilkan dalam buku ini adalah…..
“Allah, Engkau tahu betapa tertatihnya hamba dalam meniti jalan ke syurgaMu. Betapa banyak peluang kebaikan yang ku abaikan. Maafkan hamba Ya Allah, kerana meski berlalu usia dalam bilangan yang banyak…masih sedikit rasa syukurku kepada Mu…”
“Tuhanku, kepada siapa aku mahu mengadu sekiranya bukan kepada Mu? Kepada siapa aku meminta kekuatan, ketika seluruh daya seperti dicabut daripada tubuhku?”
Inilah buku tersebut..
XXXXXXXXXXXXX
Dibelakang buku ini tertulis
Kisah-kisah inspirasi di dalam buku ini didekasikan khas buat tatapan pembaca bagi mengukur tahap keimanan, bagi meningkatkan mutu ketakwaan, bagi mengimbangi antara keperluan dunia dan akhirat selain muhasabah kepada diri sendiri dalam setiap dugaan dan ujian yang datang tanpa diundang.
Wahai sang khalifah…..bermunajatlah kepada Allah
Wahai sang khalifah…bersyukurlah atas segala ujian daripada Penciptamu..
· Catatan hati dalam tahajudku
· Jalan menuju rumahmu
· Rindu kami bertemu dalam tahajud
· Aku ingin selalu dekat denganmu
· Dalam sukar, ada yang ingin dikatakannya
· Rumah hijau dalam hati kami
· Bukan kerana Allah tidak sayang
· Gadis yang membuat saya cemburu
· Catatan kecil dari malam-malam yang panjang
XXXXXXXXXXXXX
Itu adalah sedikit sebanyak yang dapat ana berikan gambaran tentang buku ini. Bacalah…untuk “basuh” dan tarbiyah hati kita..insyaAllah pelaburan dengan membeli buku ini akan memberikan pulangan yang istimewa.
Bagi sahabat-sahabat ana yang mengenali ana dan ingin meminjam buku ini, bolehlah bagitahu pada ana ya..insyaAllah ana akan bagi pinjam.
Denganmu Tuhan, berat terasa ringan..
Denganmu Tuhan, aku punya harapan..
Engkau yang memungkinkan kemustahilan..
Engkaulah jua yang menciptakan keajaiban..
~Selamat Membaca....(^_^)..~