Ahad, 14 Oktober 2012

Satu Minggu Satu Hari



 “Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Alhamdulillah wa syukrillah atas nafas yang masih berbaki ini. Maghrib tiga hari lepas, ana selamat sampai ke rumah setelah mengembara selama satu minggu, satu hari di Kedah. Terlalu banyak kenangan indah yang terukir sepanjang pengembaraan disana. 

Pada mulanya agak risau apabila tarikh untuk mengambil jubah konvokesyen semakin dekat kerana masih tidak punya teman untuk ke Kedah. Alhamdulillah Allah aturkan dengan menghadirkan seorang sahabat yang dikenali melalui facebook. Tersenyum sendiri saat kali pertama kami ‘bersua’. hehe!

Kami berjumpa di kedai yang selalu ana borong kain, tetapi masing-masing tidak bertegur sapa. Sebaik sahaja dia beredar dari kedai, ana terima satu mesej darinya yang bertanya adakah muslimat yang berniqab hitam itu ana. Lantas ana ketawa dan mengiakan pertanyaannya. huhu!

Selang beberapa hari, ana bertanya adakah dia punya waktu lapang dan sudi untuk teman ana ke Kedah bagi menghadiri majlis konvokesyen ana nanti. Alhamdulillah dia setuju dan itulah kali pertama kami berta’ruf semasa dalam Kelisa Dakwah, menuju ke Utara Malaysia dan melihat wajah masing-masing. hehe! (kami berdua berniqab).

Kami menumpang bilik seorang adik junior yang ana kenali semasa program Kem Muqarrabin sepanjang berada di Kedah. Sangat-sangat berterima kasih padanya dan teman sebilik kerana sudi tumpangkan kami berdua…^^

Sepanjang berada di Utara Malaysia, cuba sedayanya untuk penuhi setiap hari dengan aktiviti yang bermanfaat. Alhamdulillah dapat bersua semula dengan pegawai dan staf Pusat Islam yang sentiasa ana rindui. 

Apabila melangkah masuk ke Kompleks Pusat Islam, kenangan selama empat tahun bekerjasama dengan Pusat Islam kembali berputar dalam ingatan. Walaupun tidak dapat berjumpa semua kerana mereka ada program, doa tetap ana iringkan semoga mereka semua istiqomah dalam dakwah di kampus dan masyarakat terdekat.

Setelah itu, bertemu semula dengan sahabat-sahabat lama. Sangat gembira apabila dapat bersua kembali. Kami bersalam dan berpelukan semasa sendiri sambil berkongsi cerita semasa sendiri. Benarlah, pertemuan selepas perpisahan sangat indah dan mengamit memori…(^^,)

Keesokan harinya pula, ana berjumpa dengan sebuah keluarga sakinah yang punya ahli istimewa. Sangat gembira apabila dapat berjumpa semula dengan mereka sekeluarga. Berkongsi cerita dan kisah hidup masing-masing disamping bertanya khabar.

Ana kenali Kak Asmin Kassim melalui blognya. Selalu baca catatan yang beliau tulis dalam blog berkaitan perkembangan anaknya, mawaddah. Allahu Allah, sungguh tabah keluarga ini. Ana berjumpa dengan keluarga ini ketika membuat praktikal di Pusat Islam, kebetulan pula Kak Asmin sekeluarga baru pulang dari luar negara. Boleh baca catatan di sini ya, dinoor's blog.

Ana faham bagaimana perasaan Kak Asmin yang punya anak istimewa kerana ana juga punya adik istimewa. Beliau menceritakan satu kisah yang dilihat oleh matanya sendiri ketika Mawaddah ditahan dalam wad. 

Ada seorang kanak-kanak istimewa yang punya penyakit lagi berat dari Mawaddah. Allah uji keluarga itu lebih berat dari ana dan Kak Asmin. Dari situ Kak Asmin katakan, “ingatkan ujian kita paling berat, rupanya ada lagi paling hebat diuji. Sangat tabah keluarga diaorang…”.

"Jika mahu terbit rasa syukur, pandanglah orang dibawah. Kita menangis kerana tidak dapat kasut, tetapi ada yang orang tiada kaki untuk memakai kasut".

"Jika mahu terbit rasa rendah diri, pandanglah orang diatas. Kita bangga punya kereta mewah, tetapi orang lain ada jet peribadi".

Sehari sebelum konvokesyen, sahabat ana dari matrik perlis belanja makan di tapak ekspo konvo. Walaupun tak dapat jumpa semua, alhamdulillah masih ada yang sudi untuk berkumpul bersama. Gambar Kak Elle Elyani tiada dalam nie sebab beliau yang ambil gambar. Hehe!

Di Tapak Ekspo Konvo

Salah seorang senior yang sangat ana hormati. Pemikiran dan pengalaman yang beliau lalui, sangat banyak beliau kongsi dengan ana terutamanya berkaitan perniagaan online. Ana berjumpa dengannya buat kali pertama adalah semasa menyertai Ahli Jawatankuasa Orientasi (AJKO) matrik Perlis.

Family AJKO ibarat keluarga angkat ana. Jika salah seorang dari kami mengadakan majlis perkahwinan atau kematian salah seorang ahli keluarga, ada dalam kalangan kami yang akan turun untuk membantu dan memberi sokongan. Tidak kurang juga saling memberi semangat dan solusi jika ada masalah. 

Teringat perbualan ana dengan seorang junior.
“Akak nak tahu tak? ramai kat sini dari matrik Perlis, terkejut saya. Bila ditanya dari bidang apa, dia jawab Pentadbiran Muamalat. huhu!”.

Ana ketawa, “Hehe! virus akak dah tersebar”.

Ana sendiri terkejut bila dapat tahu kemasukan pelajar baru-baru nie ramai junior dari matrik Perlis untuk bidang Pentadbiran Muamalat. Hasil dari turun padang masa program alumni dan terangkan apa itu Muamalat, alhamdulillah ramai yang berminat untuk ikutinya. Moga lahir lebih ramai lagi para ilmuan Islam.

Tiba dihari yang ana nantikan iaitu hari konvokesyen ana sendiri. Ana ada nukilkan pengalaman yang dilalui sendiri dalam pertahankan niqab sepanjang majlis berlangsung dari awal hingga akhir. Semoga ianya memberi inspirasi kepada muslimat yang lain untuk turut pertahankannya.

Satu perkara yang buatkan ana rasa rendah diri adalah apabila menerima panggilan dari Brother Kamaruddin Abdullah yang turut membaca nukilan tersebut, “Mabruk! Tahniah!”. Beliau ulang kata-kata itu beberapa kali dan menyambung kata, “kamu sangat berani, Brother dapat lihat itu”. Allahu Allah.

Tidak terluah kata-kata saat itu. Insan yang sangat ana hormati, apatah lagi beliau merupakan sifu atau guru kakak sulung ana dan dikenali ramai. Hanya mampu berkata dihujungnya apabila Brother mahu meneruskan ceramah beliau, “Brother, semoga istiqomah dalam jalan dakwah”.

Keluarga ana tiba sehari sebelum majlis. Mereka menginap di Jejawi, Perlis. Ini kali ketiga mereka menginap di homestay tersebut. Kali pertama semasa datang melawat ana ketika masih ikuti pengajian di Kolej Matrikulasi Perlis. Kali kedua semasa ana mendaftarkan diri di Universiti Utara Malaysia. Memang menggamit memori. hehe!

Allah aturkan. Hujan rahmat turun membasahi bumi Sintok hari itu. Sangat berterima kasih kepada sahabat baik dan adik perempuan ana. Nurul, Rohani, Shila, Yuhaniz dan Izzati  yang sudi jaga adik-adik yang sangat proaktif bagi memberi laluan kepada abah dan ummi untuk melihat anak keduanya ini menerima segulung ijazah. Sangat terharu dengan kebaikan hati mereka.

Alhamdulillah wa syukrillah...^^

Alhamdulillah, sebaik sahaja selesai semuanya, kami bergambar sesama sendiri di depan Dewan Muadzam Shah. Pada sebelah malamnya pula, ana belanja keluarga dan sahabat baik makan di Kuala Perlis bagi menghargai pengorbanan yang mereka lakukan. Walaupun tidak padan dengan apa yang dicurahkan, doa ana iringkan semoga urusan mereka turut dipermudahkan.

Keesokan harinya, ana dan sahabat sempat ikuti pengajian kitab di pondok. Sangat rindu akan pengajian di sini. Alhamdulillah dapat caj semula Iman dengan ilmu yang tok guru curahkan. Ini antara mutiara yang dapat ana kongsi dengan para pembaca sekalian.

Tekan untuk tumbesaran...:p


Disebabkan badan yang terlalu letih dan selalu keluar ke sana ke mari, badan tidak cukup rehat. Ana jatuh sakit. Dua hari dalam keadaan tidak sihat tetapi gagahkan juga untuk menyertai Resepi Cinta Usrah. Tidak mahu hampakan permintaan para sahabat.

Di Masjid Sultan Badlishah, UUM...^^


Ana berkongsi sesuatu berkaitan sahabat akhirat dan akhlak peribadi. Apa yang ana perolehi semasa ikuti pengajian kitab sebelum ini dan juga pengalaman dalam ilmu kehidupan, ana kongsi dengan mereka.

“saya teringat satu status yang sahabat saya tulis di facebooknya. Jika kita punya satu ilmu, iringilah ilmu tersebut dengan 1000 akhlak. Jangan pula kita punya 1000 ilmu tetapi punya satu akhlak”.

Akhlak peribadi sangat penting. Ianya perlu sentiasa diperbaiki mutunya kerana kita bergaul dengan masyarakat berdasarkan akhlak peribadi yang terhias dalam hati kita. Baiklah hati, baiklah layanan kita terhadap insan yang kita temui.

Sempat juga menggunakan ‘kertas magic’. Ana minta sahabat-sahabat senaraikan sikap atau perwatakan kawan yang mereka tidak suka. Ketika menulis senarai tersebut, ada dalam kalangan mereka berkata,”

“erm…kak, macam kena kat diri sendiri je. hehe! Muhasabah-muhasabah”.

Ana ketawa seraya berkata, “hehe! No coment”. Itulah kelebihan menulis, ianya mampu memuhasabahkan hati kita. Tanpa kita sedari, kadang-kala apa yang kita tulis kena tepat pada batang hidung sendiri.

Apabila ana minta mereka tulis akhlak peribadi atau perwatakan yang mereka suka apabila bersahabat dengan seseorang, ada dalam kalangan mereka berkata “banyak pula nak tulis. huhu!”.

Itulah hati manusia, mahu sentiasa yang indah belaka. Jikalau takdir di tangan manusia, mahu sahaja hidup diatur dengan perkara yang positif dan tiada masalah dalam hidup. Tetapi perkara itu mustahil sekali melainkan diubah dengan doa.

Kerana itu, apabila turun ke lapangan masyarakat untuk berdakwah atau bertemu dengan mad’u, ceritakanlah terlebih dahulu perihal keindahan syurga yang indah-indah dan kenikmatan dalam beribadat dengan ganjaran pahala untuk menarik hatinya mencintai kebaikan berbanding menceritakan perihal dosa dan neraka.

Sehari sebelum bertolak pulang ke Kelantan, ana sempat selesaikan butiran penting dalam borang bagi menyambung pengajian master di Universiti Sains Malaysia. Berdoa dan cuba sedayanya untuk mendapat pengajian yang ana mahukan. Mohon doa dari para pembaca sekalian ya. Teringat kata seorang sahabat facebook.

“Tak nak sambung master ke? Jomlah, kita tambahkan lagi para professional Islam”, ana tersenyum membaca ayat yang dia tulis. Sungguh murni niat tersebut…(^^,)

Panjang betul nukilan dalam artikel kali ini ya. Semoga coretan ini turut memberi manfaat buat insan yang membacanya. Wallahu’lam.


JOM KITA MENGEMBARA LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI ABADI…(^^,)
blog comments powered by Disqus