Isnin, 20 September 2010

Teka-Teki Seorang Sahabat…(“,)


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Alhamdulillah Ya Allah kerna masih memberi peluang kepada hamba ini untuk terus menerus memperhambakan diri kepada Mu. Selawat dan salam buat kekasih tercinta yang sentiasa dirindui, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.

Masa agak terhad dikala ini. Maklumlah…kesemua kampus baru dibuka semalam dan hari ini. Assignment, quiz, exam mid-term sedang menunggu dengan penuh setia untuk disiapkan. Tapi insyaAllah…ana cuba juga untuk istiqomah dalam menulis, cuba untuk tidak membuat sahabat-sahabat ternanti-nanti perkongsian dari ana….^_^

Sehari sebelum hari raya (seingat ana la..), ada seorang sahabat ana memberikan sedikit perkongsian. Agak simple dengan caranya tersendiri, namun mampu membuatkan ana tergamam seketika….(“,)

Sahabat ana nie memberikan teka-teki kepada ana. Saat itu pula, ana sedang sibuk menyiapkan juadah untuk berbuka puasa dan juadah untuk para tetamu yang akan hadir ke rumah keesokkan harinya.

Selepas mengetahui jawapan yang diberikan selepas beberapa kali jawapan teka-teki yang ana berikan tidak memuaskan hatinya, dia memberikan jawapannya dan kesannya….ana masih ingat hingga ke hari..macam hebat je bunyinya ye…(^_^)

Nak tahu? Jom….selamat membaca ye…moga mendapat manfaatnya…insyaAllah…

XXXXXXXXXXXXX

Katanya….“mengapa Saidina Ali dan para sahabat bersedih apabila doa mereka dimakbulkan?”

Agak-agak kan…ada tak orang bagi teka-teki kat kita macam nie? hehehe…ana selalu kena….saja sahabat-sahabat nak uji ilmu yang kita ada….dan masing-masing berkongsi ilmu yang kita tidak tahu…

Jadi…apa jawapan sahabat-sahabat dengan teka-teki nie? Klu nya…tidak ada satu doa pun yang Allah s.w.t. tidak makbulkan terhadap hambaNya. Kerna, doa yang kita mohon itu boleh jadi dimakbulkan diakhirat, digantikan dengan dijauhi dari malapetaka atau musibah dan sebagainya.

“Dan Tuhanmu berpesan, Berdoalah kepadaku, nescaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri daripada menyembahku akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina”

(Surah al-Mukmin, ayat 60)

Jika difikir dan direnung…kenapa Saidina Ali dan para sahabat bersedih sedangkan permintaan dan hajat yang mereka mahukan sudah dimakbulkan oleh Allah s.w.t.??? sepatutnya mereka gembira kerna hajat yang mereka mahukan sudah tercapai…

XXXXXXXXXXXXX

Hal ini kerana….mereka bersedih bukan bermaksud mereka tidak suka….tetapi mereka bertambah gembira sekiranya doa yang mereka pohon itu dimakbulkan di akhirat…Allahukbar….lihatlah perbezaan kita dengan para sahabat…jauh sekali bezanya….

Ana membaca novel yang ditulis oleh seorang penulis tentang kisah-kisah para sahabat. Ana membaca kisah Saidina Uthman bin Affan, seorang yang cukup dermawan. Kisahnya, satu ketika bekalan makanan tidak mencukupi menyebabkan harga makanan melonjak naik dan kebanyakan peniaga-peniaga mengambil kesempatan dengan menaikkan harga untuk mendapatkan keuntungan.

Mangsanya adalah pembeli yang terpaksa membeli dengan harga yang terlalu mahal untuk makanan yang sedikit. Ketika itu, Saidina Uthman baru sahaja pulang dari berdagang dan membawa banyak barang dagangan untuk dijual di tempatnya. Akhirnya berlaku dialog antara Saidina Uthman dengan peniaga yang lain.

“bagaimana sekiranya aku membeli barang-barang kamu ini dengan 10 dinar untuk satu barang?” tanya seorang saudagar.

“maaf…ada yang mahu membeli dengan harga yang lebih dari kamu tawarkan…” kata Saidina Uthman bin Affan

Saudagar itu tidak berpuas hati, lalu menaikkan lagi tawarannya. “bagaimana dengan 30 dinar untuk satu barang?”

“maaf…ada yang mahu membeli dengan harga yang lebih dari kamu tawarkan..” kata Saidina Uthman bin Affan.

Saudagar itu tetap tidak berputus asa, lalu menaikkan lagi tawarannya. “bagaimana dengan 50 dinar untuk satu barang?”

“maaf…ada yang mahu membeli dengan harga yang lebih dari kamu tawarkan…malah lebih lagi sehingga mencecah 100 hingga 1000 dinar…” kata Saidina Uthman bin Affan

Saudagar itu terkejut lalu bertanya kepada Saidina Uthman,“siapakah orang  yang sanggup membeli barang ini dengan harga yang berlipat kali ganda ini?”

“Dia adalah Allah s.w.t…dan dengan itu…aku dermakan semua barang-barang ini kepada mereka yang memerlukan….”. semua saudagar yang berada disitu insaf setelah mendengar kata-kata Saidina Uthman bin Affan.

Subhanallah….hati ana bergetar tika membaca kisah yang sikit ini. Betapa cintanya para sahabat kepada Allah s.w.t….tidak pernah berkira di dunia untuk mendapatkan ganjaran di akhirat sana…

XXXXXXXXXXXXX

Ana teringat pula pesanan seorang murobbi sewaktu di alam persekolahan. Beliau bertanya, “apakah doa kamu lepas solat?”.

Maka, ramailah menjawab, “nak jadi pelajar cemerlang, dipermudahkan segala urusan di dunia, diberi kebahagiaan di dunia….” Dan lain-lain lagi.

Selepas tu, beliau menyambung, “tidakkah kalian semua mengetahui bahawa kehidupan diakhirat itulah sebaik-baik kehidupan. Kalian semua hanya mahu bahagia di dunia sahaja ke dan tidak mahu bahagia di akhirat? Jadi, mulai sekarang…berdoalah juga untuk kebahagiaan di akhirat… kalau dahulu berdoa dipermudahkan segala urusan di dunia, maka berdoalah juga moga dipermudahkan segala urusan diakhirat….”

Kami semua terdiam mendengar nasihat beliau dan masing-masing berfikir. Hal sekecil itu mungkin dipandang remeh tapi begitu besar bagi mereka yang beriman. Jika difikir semula…apa sebenarnya tujuan kita hidup di dunia? Tidak lain dan tidak bukan untuk mencari bekalan ke destinasi yang pasti…

Jom muhasabah diri…^__^


 JOM KITA MENGEMBARA LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI ABADI….(“,)
blog comments powered by Disqus