Sabtu, 11 September 2010

Seindah Pakaian mu...


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Alhamdulillah Ya Allah atas nikmat Iman dan Islam yang telah Engkau kurniakan pada hamba ini. Selawat dan salam buat Imam Umat Islam yang sentiasa dirindui, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.

Alhamdulillah…sudah 2 syawal hari ini, ada yang terus istiqomah untuk berpuasa 6 syawal pula dan tidak kurang juga ada yang sibuk untuk membuat persiapan rumah terbuka untuk dikunjungi saudara seIslamnya. (Family ana lah tu…hehehe)

Syukur padaNya kerna masih terus menerus memberi diri ini ilham untuk menukilkan sesuatu dalam “diari” ini. Moga ianya terus memberi manfaat kepada sesiapa pun yang membacanya.

Ada sesuatu yang berat menguji ana dikala ini. Pada mulanya agak sukar untuk menerimanya kerna ia adalah sesuatu yang cukup baik buat ana. Alhamdulillah…ana mengerti hikmah yang mungkin hadir selepasnya, jadi…mesti positif, redha, ikhlas dan gembira menerimanya….insyaAllah…(^_^)

Jadi…terhasillah artikel ini. Selamat membaca ye semua…moga dapat mengambil manfaat dan ikhtibar daripadanya…

XXXXXXXXXXXXX

Bunyi ejen kereta di halaman rumah. Hatinya terdetik, “Husna sudah sampai agaknya…”

“assalamualaikum….”, terdengar suara orang memberi salam.

“waalaikummussalam….masuklah Husna, pintu tak berkunci…” jawab Iman.

“subhanallah…cantiknya akak….”, kata Husna dengan mimik mukanya yang teruja.

“ada-ada saja kamu nie Husna, pujian itu hanya layak buatNya…jom kita gerak, nanti lewat pula…” jawab Iman dengan nada merendah diri.

“betullah kak…walaupun wajah akak terselindung di sebalik kain…tetap cantik…”, Husna mengusik.

“kak Iman, sofea tak ikut sekali ke jamuan tu nanti?”, sambung Husna lagi.

“entahlah…akak mesej dia , tak dibalasnya pula. Tengok sebelah rumah tadi, nampak sunyi je…sudah gerak agaknya…” jawab Iman sambil membetulkan tudung labuhnya.

“erm…mungkin kot…akak nie baikkan, dia dah buat macam-macam kat akak. Akak tetap layan dia dengan baik…” kata Husna sambil mengangkat makanan untuk diletakkan dalam bonet kereta.

“sudahlah dik…akak bersyukur sebab Allah s.w.t. hadirkan dia untuk menguji kesabaran akak…” matanya melambangkan dia sedang tersenyum tenang.

Selepas doa menaiki kenderaan dialunkan, mereka terus bergerak menuju ke tempat jamuan kesyukuran diadakan.

XXXXXXXXXXXXX

“Sofea…musuh ketat kau dah sampai…”, Ain berbisik ke telinga sofea.

“oowwhh…dah sampai rupanya, cantik juga engkau ye walaupun berniqab…tahulah aku nak buat apa nanti…”, nafsu jahatnya bersorak gembira dengan kata-kata Sofea.

Iman dan Husna terus mendekati pengarah syarikat tempat dia bekerja yang juga merupakan puan rumah yang menganjurkan jamuan kesyukuran ini.

“assalamualaikum Puan Aisyah….”, kata Husna dan Iman serentak sambil tangan dihulurkan dengan penuh beradab.

“waalaikummussalam….owwhh…Husna dan Iman rupanya, sampai juga kamu berdua ye…” Puan Aisyah menyambut tangan yang dihulurkan Iman. “cantik kamu hari nie Iman…”, puji Puan Aisyah.

“haa…kan betul saya cakap, akak cantik…Puan Aisyah pun stuju kan…hehehe” Husna bercanda sambil dia pula bersalam dengan Puan Aisyah.

“Jubah yang Puan hadiahkan nie lah yang cantik, bukan saya….hehehe…”, Iman merendah diri.

Di waktu yang lain….

“ish…menyampah tengok…mengada-ngada betul Iman tu. Baik, aku nak tengok…ada lagi ke yang nak puji kau lepas mandi dengan air tembikai nie….hahaha….” Sofea mengatur rencana supaya niatnya untuk mengenakan Iman berjaya.

Dia melihat Husna dan Iman berjalan ke tempat makanan dihidangkan. “ini masanya…” hati Sofea bermonolog. Sofea membisikkan sesuatu di telinga Ain.

Lantas dia melangkah ke tempat Iman berada. Dia mengisi air tembikai dan berjalan perlahan-lahan ke hadapan Iman. Ain yang memahami isyarat mata Sofea terus melanggar Sofea menyebabkan air tembikai yang dipegangnya tumpah dan terkena tudung dan jubah Iman.

“Ya Allah…..”, terkejut Iman dengan kejadian yang baru sahaja berlaku.

“eehhh…maaf Iman, saya tak sengaja,” Sofea mengambil tisu, cuba untuk menutup muslimatnya. Padahal  hatinya tersenyum puas.

Husna yang sememangnya tahu betapa busuknya hati Sofea terus meninggikan suara memarahi Sofea. “hei, engkau sengajakan tumpahkan air nie kat kak Iman. Engkau dengki bila orang lain puji kak Iman cantikkan! Busuk sungguh perangai kau ye…muka je cantik tapi perangai buruk…!”

Sofea yang panas dengan kata-kata Husna terus membalasnya, “hei perempuan, jaga sikit mulut kau tu ye…aku tak sengajalah…!”

“Husna…sudahlah, kan Sofea dah minta maaf…dia tak sengajalah dik…” Iman memegang bahu Husna untuk meredakan kemarahnnya.

“kenapa dengan akak nie, dia dah tumpahkan air kat tudung dan jubah akak…akak nak bela dia lagi…” kata Husna yang tidak berpuas hati dengan tindakan Iman.

Iman menarik tangan Husna ke tempat lain. “Husna, bersangka baiklah dengan Sofea…kalau betul dia tak sengaja, kamu bersalah kerna menuduhnya. Jangan biarkan Syaitan Laknatullah bersorak gembira melihat kita bergaduh sesama sendiri”

“ingat lagi tak apa yang akak bagitahu sebelum kita bertolak ke sini tadi….akak bersyukur Allah s.w.t. hadirkan dia untuk terus menguji kesabaran akak, itu tarbiyah secara tidak langsung buat akak…”

“Ingat lagi kata-kata Khalifah Abdul Malik bin Marwan? Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat….lagipun, kita berada di rumah Puan Aisyah. Jangan kerna hal yang kecil ini membuatkan jamuan kesyukuran ini tergendala dik…” kata Iman sambil menggenggam tangan Husna.

“ Ya Allah…astaghfirullah halazim…maafkan Husna kak atas kelakuan tidak beradab Husna tadi…terima kasih atas nasihat akak. Kak Iman yang kena, tapi Husna pula yang naik angin….hehehe…” Husna tersenyum kembali, wajahnya juga kembali tenang selepas mendengar kata-kata Iman.

“Sudahlah…akak tukar baju dulu ye…alhamdulillah, Allah s.w.t. gerakkan hati akak untuk sentiasa bawa pakaian yang lain…” kata Iman sambil menuju ke keretanya.

XXXXXXXXXXXXX

“Eh..Iman, kenapa tukar baju lain nie?” tanya Puan Aisyah kehairanan.

“sebenarnya tadi Sofeaa…….aduhh…” Husna membulatkan mata memandang Iman sambil menggosok tangan yang disiku Iman.

Iman segera menyampuk, “tadi…Sofea tak sengaja tumpahkan air kat tudung dan baju saya, Puan…lupakanlah, dia tak sengaja…” .

Puan Aisyah mengangguk sambil tersenyum dan hatinya berkata sendiri, “indah sungguh akhlak mu, seindah pakaiaan mu…”

Iman dan Husna segera menghabiskan makanan yang masih berbaki. “Dik, air dah habis…akak pergi ambil yang lain ya…” kata Iman sambil mengambil gelas yang kosong.

Sedang dia menuang air, dia terpandang sesuatu….dia menjerit “sofea, jaga-jaga…!!”, lantas dia berlari ke arah Sofea. Ditariknya Sofea sekuat hati dan kepalanya terhantuk pada seketul batu. Darah pekat mengalir di dahinya dan terus tidak sedarkan diri.

Sofea melihat tempat membakar satey jatuh dan bara api hampir terkena kakinya. Jika Iman tidak menariknya tadi, pasti badannya melecur akibat terkena bara yang masih panas.

“Iman…bangun Iman…Iman..!” Sofea mengoncang badan Iman sambil manik-manik jernih mengalir di pipinya. Terharu kerna Iman telah menyelamatkannya dan menyesal atas segala perbuatan jahatnya terhadap Iman selama ini.

Husna yang melihat kejadian itu terus berlari ke arah Iman. Lantas dia menanggalkan sarung lengan yang dipakai dan menekupnya di dahi Iman yang luka untuk menghentikan pendarahan.

“puas hati kamu sekarang Sofea. Ini yang kamu mahukan…tahniah Sofea…” Kata Husna sambil dia dan beberapa sahabat lain mengangkat Iman dan meletaknya di atas kerusi.

“Puan, darah tetap tak berhenti mengalir. Kita kena segera menghantar kak Iman ke hospital, takut lukanya parah…” cadang Husna.

Baru sahaja Puan Aisyah mahu menjawab cadangan Husna tadi, ada yang berteriak memanggilnya.

“Puan, Iman sudah sedar…”

Mereka berdua segera berlari ke arah suara itu. “alhamdulillah…kamu sudah sedar ya Iman….syukurlah…” kata Puan Aisyah dengan nada gembira.

Iman memegang kepalanya yang berbalut. Terasa pedih yang amat, kepalanya juga terasa pening . Namun bibirnya tetap tersenyum untuk menenangkan sahabat yang ada.

Sofea melangkah perlahan ke arah Iman. Sahabat yang lain memberi laluan kepadanya. “Iman, terima kasih sebab sudah menyelamatkan saya. Kalau bukan sebab awak menarik saya tadi, sudah tentu badan saya melecur terkena bara api. Banyak dosa yang telah saya lakukan kepada awak, tetapi awak tetap layan saya dengan baik. Maafkan saya Iman atas segala perbuatan jahat yang telah saya lakukan terhadap awak.” Sofea menangis teresak-esak.

Sahabat yang hadir diam seribu bahasa, menunggu kata-kata yang bakal keluar dari mulut Iman.

Iman lap air mata yang mengalir dipipi Sofea seraya berkata, “Sofea, kamu tidak bersalah sedikit pun kepada saya. Saya yang patut berterima kasih kepada kamu sebenarnya…”

Sofea dan yang lain tercengang dengan kata-kata Iman.

Iman menyambung kata-katanya,“ kerna kamu banyak mengajar dan mendidik saya supaya sentiasa bersabar, bersangka baik dengan apa yang telah berlaku dan sentiasa positif walau apa pun yang dugaan yang bertamu. Alhamdulillah…Allah s.w.t. menganugerahkan kamu buat saya.”

“saya sentisa berdoa, moga kamu sedar bahawa perbuatan kamu itu mungkin akan menyakiti perasaan orang yang berada disekeliling kamu. Ingatlah kata-kata dari Saidina Umar Al-khatab ini… Kalau engkau berasa berkuasa untuk membuat aniaya kepada hamba Allah, ingatlah pula bahawa Allah lebih berkuasa membalasnya…”

“anggaplah kesakitan yang saya sedang rasai ini sebagai penghapus dosa-dosaku…dan sahabat-sahabat semua, layanlah Sofea ini dengan baik walau apa pun keburukan yang telah dia lakukan kerna keburukan yang satu itu sebaiknya dibalas dengan sepuluh kebaikan….”

Sofea terharu mendengar kata-kata Iman, lantas memeluknya…

“aarr….”Iman mengerang kesakitan.

Dengan segera Sofea melepaskan pelukannya, “sakit ke Iman? Maaf ye….hehehe…”

Iman mengangguk perlahan-lahan dan dia pula memeluk Sofea. Terasa suatu perasaan kagum muncul dalam hati Sofea, lantas hatinya terdetik, “aku juga mahu menjadi sepertinya…seindah peribadi, secantik pakaian sunnah yang membaluti tubuhnya…”

The end…..(^_^)



JOM KITA MENGEMBARA LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI ABADI….(“,)
blog comments powered by Disqus