Rabu, 29 September 2010

Belajar Dari Belut



“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Alhamdulillah Ya Allah kerna masih memberi peluang kepada hamba ini untuk terus menghirup udara Mu walaupun kadang kala diri ini alpa dan lalai dalam mengingati Mu. Selawat dan salam buat kekasih tercinta, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.

Alhamdulillah, masih punya kesempatan untuk menulis. Sudah beberapa hari “diari” ini dibiarkan sunyi tanpa ada apa-apa artikel yang dimasukkan. Ana juga hampir satu minggu lebih tidak menulis. Kekangan masa yang amat sangat, makin naik semester makin berat mata pelajaran yang diikuti. Begitu juga assignment yang diberikan.

Alhamdulillah…terasa sedikit lapang selepas kesulitan…(^_^)… Di kesibukan ku berjuang untuk melaksanakan segala tugasan yang diberikan, exam pertengahan semester juga program yang dirancang sehinggakan badan ku tidak mampu menampungnya. Demam beberapa hari, kaki juga terasa kekejangan dan agak sukar untuk berjalan dek “kemalangan” suatu masa dulu.

Ana ada menulis satu artikel menyatakan untuk “bercuti sementara dari menulis” tetapi tidak sanggup pula menyiarkan disini. Mungkin hati ini keberatan untuk meninggalkan medan da’wah melalui penulisan ini. Doakan ana terus menerus istiqomah ya…ameen Ya Robb..

 Apa agaknya pengisian artikel pada kali ini ye? Apa yang ada pada belut hingga kita mendapat pengajaran darinya? Bukankah Allah s.w.t. sudah menyatakan dalam al-Quran bahawa tiap kejadian yang DIA lakukan adalah tidak sia-sia.

Ana mendapat perkongsian ini sewaktu kembara ilmu pada hujung minggu lalu. Moga-moga kita mendapat manfaat darinya.insyaAllah…


XXXXXXXXXXXXXX

Jika bertanya pada ana, apa istimewanya belut ini? Ana akan menjawab, luarannya hanyalah biasa-biasa sahaja malah ana “geli” dengan belut nie sebab rupa bentuknya hampir menyamai ular. Tetapi khasiatnya cukup banyak sekali hingga belut ini dijadikan ubat dan kesannya amat mujarab sekali. (masa kecik-kecik selalu makan, bila dah besar nie “geli” pulak…huhuhu)

Namun bukan itu yang mahu dikupaskan disini kerna tiap kejadian yang Allah s.w.t. ciptakan ada kebaikannya tersendiri. Cuma, ana mahu kita semua lihat tentang hikmahnya.

Pernah tak kita terfikir bahawa belut ini tidak “bercampur” atau tidak terkesan hatta duduk dimana sekali pun? Di dalam lumpur, selut, sawah padi atau apa sahaja ianya tetap seperti dirinya dan tidak terkesan pada badannya dengan lumpur atau apa sahaja tempat dia duduk.

“  Tidak ada hijab antara dia dengan Allah s.w.t. hatta bergaul dengan banyaknya manusia dan sibuk dengan urusan dunia kerna ‘kekasih’ aku ini tidak boleh dibandingkan dengan kekasih yang lain..”

“ Tidak ada satu nafas pun yang keluar tanpa menyebut namaNYA…”

Kadang-kadang kita lupa, apabila duduk dengan banyaknya orang. kita akan mendahulukan orang itu  berbanding Allah s.w.t… hati sahabat lebih dijaga berbanding “hati” Allah s.w.t…temujanji sahabat didahulukan berbanding “temujanji” dengan Allah s.w.t…

XXXXXXXXXXXX

Ana memerhati dan melihat dunia hari ini. Seolah-olah masyarakat semakin lupa tujuan sebenar kita di ciptakan di dunia ini. Tidak perlu melihat jauh, cukup hanya memandang mereka-mereka yang berada disekeliling ana. Berubah mengikut keadaan semasa. Sayang sekali, tidak ramai yang istiqomah dengan apa yang mereka pegang sewaktu “di alam” tarbiyah dulu.

Apabila melihat orang lain berubah memakai pakaian yang “up to date” yang sememangnya amat susah untuk memenuhi tuntutan syara’, mulalah terikut-ikut. Apa sebenarnya yang dicari, nampak “indah” dimata manusia tapi “celaka” dihadapan Allah s.w.t. nanti…begitukah? Nauzubillah…

“sekiranya hati terarah pada dunia, maka ia membelakangkan akhirat… sekiranya hati terarah pada dunia, maka ia membelakangkan dunia..”

Ana teringat satu peristiwa sewaktu dalam perjalanan ke meting di Masjid. Waktu itu, ada badan yang menganjurkan ekspo keusahawanan. Kebetulan, sebaik ana lalu ada beberapa orang perempuan Islam yang baru keluar dari kereta menuju ke tapak ekspo tersebut. Jadi, ana mendengar perbualan mereka.

“yeah…malam ini aku mahu karaoke puas-puas” sambil membulatkan tangan seolah-olah itu mikrofon.

Ana yang mendengarnya terus istighfar di dalam hati. Mereka yang perasaan ana berjalan di belakang, lagilah dibuat aksi dan cakap macam-macam. Ana tidak terasa dengan perbuatan tersebut tapi terkilan dan sedih. Tiap kali hal seperti ini berlaku di depan mata, hati ana sebak mengenangkan betapa susahnya Rasulullah s.a.w dan para sahabat berkorban untuk menegakkan Islam.

Betapa sukarnya mereka yang berada di luar Malaysia mahu mengamalkan Islam. berjuta malah berbilion umat Islam di luar sana bermatian untuk menegakkan agama Islam. Tetapi kita yang aman damai ini langsung tidak bersyukur dengan semua itu.

“Hati yang terarah pada akhirat, tidak akan sekali-kali membenarkan dunia mempengaruhinya”

XXXXXXXXXXXX

Jadi, ambillah hikmah dari kejadian belut ini. Murobbi ana mengaitkan para ulama’ dengan kejadian belut ini kerna mereka tidak terkesan sedikit pun dengan hamparan nikmat di dunia…kerna di hati, fikiran dan mata mereka hanya terbayang nikmat dan kehidupan diakhirat sana. Subhanallah…

Moga-moga kita berjaya mengikuti jejak langkah mereka sedikit demi sedikit…insyaAllah…ameen Ya Robb…




JOM KITA MENGEMBARA LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI ABADI…(“,)
blog comments powered by Disqus