Khamis, 7 Oktober 2010

Kembara Ilmu Ke Insaniah…(^_^)


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Alhamdulillah Ya Allah kerna masih memberi peluang kepada hamba ini untuk terus rukuk dan sujud kepada Mu. Selawat dan salam buat kekasih tercinta yang amat diri ini rindui, Nabi Muhammad s.a.w dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.

Alhamdulillah…akhirnya diri ini berkesempatan jua untuk menulis..ana tidak tahu sudah kali ke berapa ana mohon maaf buat para pembaca sekalian atas ketidaksempatan ana mencoret sesuatu dalam “diari” kesayangan ana. Jika minggu lepas sibuk berjuang menyiapkan segala assignment dan exam. Minggu ini pula ana sibuk menguruskan aktiviti serta program. Hidup sebagai pejuang, beginilah…Alhamdulillah….(^_^)

Teringat kata-kata seorang kakak yang ana kenali dalam facebook, katanya…

“untuk hidup bersama dengan pejuang, perlulah belajar untuk mengenali dan memahami hidup dan dirinya”

Lebih kurang macam tu lah kot ayatnya. Kerna perjalanan seorang pejuang bukanlah mudah kerna, boleh jadi insan yang berada di sisi sang pejuang juga akan terkena “tempias” ujian serta dugaan dari sang pejuang.

Jadi, ana harap pengunjung mahupun pembaca setia blog nie bersabar menunggu coretan pengembaraan ana yang seterusnya ye…(^_^)

Kali ini, ana berpeluang mengembara ke Kolej Universiti Insaniah (KUIN) pada hujung minggu yang lalu. Mendapat jemputan untuk ke sana bagi menghadiri Seminar Keusahawanan Siswa 2010 selama dua hari berturut-turut. Banyak ilmu baru yang ana perolehi, insyaAllah akan berkongsi bersama pembaca sekalian…

XXXXXXXXXXXXXXX

Pada hari pertama, ana sangat teruja kerna sudah lama ana ingin bertemu dan melihat sendiri insan yang mengasas serta menubuhkan syarikat HPA Industries Sdn. Bhd. Iaitu Tuan Haji Ismail Bin Haji Ahmad. Dan tajuk yang diberikan kepada Tuan Hj. Ismail adalah “Mengapa Mahasiswa Perlu Menghasilkan Produk…”

Antara jawapan yang diberikan terhadap persoalan tersebut adalah populasi masyarakat dunia lebih tinggi berbanding masyarakat bukan Islam, kuasa pembeli Islam yang ramai, kehendak pasaran global yang semakin meningkat, kewajipan kepada penyediaan produk halal, mewujudkan usahawan berilmu sebagai pemangkin ekonomi negara dan banyak lagi.

Namun, apa yang ana tertarik dengan ceramah beliau adalah negara bukan Islam menjadi pengeluar produk halal dunia iaitu pertama Brazil, Kedua Thailand dan Ketiga adalah China. Sungguh mengejutkan, sedangkan penduduk Islam lebih ramai berbanding bukan Islam atas muka bumi nie dan yang mengeluarkan produk halal adalah negara bukan Islam.

Selain itu, beliau juga ada menyatakan bahawa untuk mencapai keperluan standard produk dimana perlu memenuhi piawaian kebersihan “syariah”. Beliau juga berkongsi pengalaman ketika melawat beberapa buah kedai yang menjual makanan dimana ayam diproses di tempat yang kotor sedangkan yang melakukannya adalah orang Islam sendiri.

Beliau juga bercerita pengalaman sewaktu menguruskan syarikat HPA dimana ada syarikat Jepun datang menziarahi kilang HPA selepas mendapat khabar syarikat HPA Industries Sdn. Bhd. sedang meningkat naik dan mampu menembusi pasaran global. 

Sewaktu pegawai dari syarikat Jepun tiba di kilang tersebut, mereka terkejut bilamana pekerja-pekerja HPA masih duduk membaca mathurat dan solat sunat dhuha sedangkan jam sudah menunjukkan pukul 8 pagi lebih. Mereka terus bertanya, “kamu masuk kerja pukul berapa?”

Tuan Haji Ismail menjawab, “pukul 8.30 pagi”

Terus pegawai tersebut menyatakan, “semua ini membazir masa dan mengurangkan produktiviti kilang”.

Namun, Tuan Haji Ismail tahu apa yang beliau lakukan. Yang memberi rezeki kepada seluruh pekerja HPA bukanlah beliau atau siapa-siapa tetapi adalah Allah s.w.t… Jika nilai Islam diperkukuh dan diperkemas dalam jiwa tiap pekerjanya pasti tidak akan berlaku penyelewangan hatta sebatang pensil sekali pun.

Ana juga bersetuju bilamana beliau menyatakan bahawa orang bukan Islam lebih gemar membeli barangan produk halal berbanding yang tidak halal walaupun mereka tahu produk tersebut disediakan untuk orang Islam kerna produk keluaran orang Islam bukan sahaja halal malah bersih dan suci. Mereka juga mendahulukan kebersihan ketika memilih makanan.

Disinilah peranan mahasiswa kerna “mahasiswa mampu mencipta perubahan” iaitu dengan menghasilkan produk yang halal disamping memenuhi fardhu kifayah. Beliau mengakhiri ceramah dengan kata-kata hikmah iaitu…

“orang yang cerdik adalah orang yang belajar dari pengalaman hidup sendiri, tetapi orang yang lebih cerdik adalah orang yang belajar dari pengalaman orang lain…”

XXXXXXXXXXXXXXX

Hari kedua pula, kami diberi pendedahan tentang “Proses Membina Usahawan Minda Kelas Pertama” dimana penceramah cuba memberi kami asas untuk memulakan langkah bagi membina minda kelas pertama dalam berfikir sebagai seorang usahawan.

Erm..ana pendekkan ceritanya ye sebab ianya melibatkan terlalu banyak teori…hehehe…

Ana tertarik dengan kata-kata yang diberikan oleh penceramah diakhirnya, nampak simple dan mudah sahaja tetapi sarat dengan pelbagai maksud didalamnya..

“anggun di luar, pesona di dalam…”

Ini bermaksud, tiap apa yang dilakukan dalam menjadi usahawan. Peribadi dan akhlak seseorang itu dahulu akan dinilai sehingga diterjemah melalui perbuatan dan gerak langkahnya. Hingga mereka yang berurus niaga dengan dirinya selesa untuk terus berkerjasama dengannya.

Dimana-mana sahaja tidak kira apa sekalipun bidang kita, orang lebih suka dan akan dekat dengan insan yang indah peribadinya. Terkesan dengan sikap yang baik dan senang dengan tutur kata yang menyenangkan hati…

Pada sebelah petangnya pula, pegawai dari syarikat SIRIM dijemput untuk memberikan ceramah. Disini lagi banyak ilmu yang ana dapat, Alhamdulillah… ana tak dapat menceritkan semua, jadi..sahabat-sahabat boleh layari laman web ini untuk tahu lebih lanjut tentang sirim (http://www.sirim.my/)

Yang mahu ana kongsikan disini adalah tugas SIRIM terlalu berat kerna mereka semua menjaga keselamatan pengguna yang menggunakan segala produk yang berada di pasaran. Dari sekecil-kecil produk hinggalah yang sebesar-besar produk. 

Disamping itu juga beliau memberikan beberapa teknik keselamatan bagi pengunaan telefon terutamanya bateri. Untuk membeli telefon, tidak kira jenama apa pun atau model macam mana pun. Tanya penjual berapa harga bateri tersebut, sekiranya bawah dari RM 40, fikirlah banyak kali untuk membelinya kerna mungkin bateri telefon tersebut akan memudaratkan diri sendiri.

Mungkin kita pernah dengar tentang ada seorang wanita melecur badannya dek kerana telefonnya meletup sewaktu tidur dan telefonnya diletakkan dibawah bantal dalam keadaan sedang di caj. Ini kerana bateri tersebut berada dalam keadaan panas menyebabkan ia meletup. Beliau juga menasihatkan supaya tidak meletakkan bateri di tempat yang panas disamping tidak membiarkan bateri dicaj terlalu lama.

Beliau juga menunjukkan barang-barang inovasi yang direka untuk memudahkan kehidupan seharian manusia. Contohnya, alat penahan kepala ketika berdiri dalam kereta api supaya jika tertidur tidak terhantuk ke dinding, pembersih vacuum yang berkerja sendiri tanpa menggunakan tenaga manusia dimana alat tersebut akan bergerak sendiri membersihkan kotoran dan akan mencaj dirinya sendiri di tempat untuk mencaj baterinya. Dan banyak lagi.

XXXXXXXXXXXXXXX

Ana harap perkongsian yang dicoretkan ini sedikit sebanyak memberi manfaat buat pembaca sekalian. InsyaAllah..

Yang paling ditekankan dalam seminar ini adalah pembinaan sahsiah diri yang unggul dalam melaksanakan tugas dengan amanah, telus dan beretika iaitu “melakukan sesuatu seolah-olah kita melihat Allah s.w.t., jika kita tidak dapat melihatNYA, rasakanlah seolah-olah Allah s.w.t. melihat kita melakukannya…”

Kenangan ketika di Insaniah…(“,)
JOM KITA MENGEMBARA LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI ABADI…(“,)
blog comments powered by Disqus