Isnin, 11 Oktober 2010

Memandang & Memerhati…


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Alhamdulillah Ya Allah kerna masih memberi peluang kepada hamba ini untuk terus rukuk dan sujud kepada Mu. Selawat dan salam buat kekasih tercinta yang dirindui sehingga kini, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.

Alhamdulillah Ya Allah atas kurniaan ilham ini untuk ku menulis dan berkongsi bersama para pembaca sekalian….alhamdulillah…(“,)

Sebenarnya…ana ingin mencoretkan sesuatu memandangkan sudah hampir seminggu tidak mencoretkan sesuatu disini. Idea, pengisian dan gambar sudah diedit untuk ana meneruskan artikel yang seterusnya.

Tetapi, apa yang berlaku…setiap kali ana ingin menulis, ada sahaja yang “datang” menghalang untuk meneruskan penulisan tersebut. Dan ana pasti, ada sesuatu yang ingin Allah s.w.t. tunjukkan kepada ana melalui “caraNYA” yang tersendiri.

Kerna, ini bukan kali pertama ana mengalaminya dan ana memohon supaya Allah s.w.t. berikan petunjuk dan mempermudahkan segala urusan. Tambahan pula, bulan ini baru satu artikel yang ana tulis sedangkan kita kini hampir berada dipertengahan bulan Oktober.

Akhirnya…ilham itu hadir dalam bentuk yang penuh hikmah dan berlaku didepan mata ana sendiri. Subhanallah….ada sesuatu yang ingin DIA ajarkan kepada ana dan membuatkan ana berfikir serta merenung akan hikmahnya.

Nak tahu apa yang berlaku? Jom….selamat membaca, moga peroleh manfaatnya…insyaAllah…(^_^)

XXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Kejadian tersebut baru sahaja berlaku sewaktu ana baru pulang dari kelas. Selalunya, ana akan jalan kaki untuk ke kelas. Bagi sesiapa yang pernah ke UUM pasti tahu yang kampus ini terlalu besar dan kebanyakan pelajar ke kelas menaiki bas atau menaiki kenderaan sendiri. 

Tetapi ana lebih selesa memilih untuk berjalan kaki walaupun pasti akan berpeluh pabila sampai ke dewan kuliah. Bukannya ana tidak menghargai kemudahan yang ada tetapi ana tidak mahu diri ini terlalu manja dengan kesenangan yang ada. 

Hendak dijadikan cerita, sewaktu ana mahu ke kelas tengahari tadi. Seperti biasa, ana akan melalui jalan yang sama iaitu jalan tasik. Kebetulan pula, ada beberapa ekor beruk yang sering membuat kacau di kolej-kolej berkeliaran di laluan yang sering ana gunakan untuk ke kuliah.

Mahu ikut lagi satu jalan, terlalu jauh sedangkan jam di telefon menunjukkan lagi 15 minit kelas akan bermula dan ana pasti akan sampai lewat. Akhirnya ana memutuskan untuk menaiki bas, itulah kali pertama semester ini ana menaiki bas UUM untuk ke kelas.

Sebaik sahaja kelas tamat dan seperti biasa, ana akan pulang dengan berjalan kaki ke kolej. Sedang dalam perjalanan menuju ke kolej, ana bersama seorang sahabat ketika itu terpaksa berpatah balik ke bus stop kerna hujan mula turun.

Setelah duduk di dalam bas, sahabat ana nie bertanyalah macam mana boleh naik bas hari nie sedangkan selalunya ana ke mana-mana hanya dengan berjalan kaki. Jadi, ana ceritakan apa yang berlaku serta kenapa ana tidak gemar menaiki bas.

Akhirnya timbullah isu ini….

XXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Sahabat ana melontarkan pandangannya, “akak, kalau akak naik bas sorang-sorang dan ada beberapa lelaki Cina, akak sanggup tetapi kalau akak sorang dan lelaki Melayu ramai, akak tak sanggup naik…”

Dan dia menjelaskan kenapa boleh meluahkan pandangan seperti itu. Sedang kami bercakap-cakap, bas berhenti di beberapa perhentian. Waktu itu, mereka yang berdiri dapat menarik nafas lega kerna dapat duduk. 

Sewaktu ada seorang perempuan Islam bangun untuk turun dan seorang lagi beralih tempat ke dalam untuk memberi orang lain duduk di kerusi disebelahnya. 

Apa yang menarik perhatian ana adalah, kebetulan ada lelaki cina di situ, dia hendak duduk tetapi apabila melihat ada perempuan Islam duduk disitu, terus dia berundur ke belakang sedikit dan memberi laluan kepada perempuan Cina untuk duduk.

Ana terkesima saat itu lantas mulut laju menyebut Subhanallah….sahabat ana juga melihat kejadian tersebut. Sahabat ana terus cakap, “tengoklah, baru je cakap pasal nie tadi…tak sangka pula boleh berlaku depan mata….”

Ana pun menjawab, “bukti kekuasaan Allah s.w.t….” lantas hati berbisik, “berlaku dengan izin dariNya…untuk diri ini merenung akan hikmahnya…”

Apa hikmahnya? Mungkin ada yang berkata hal ini hanya simple dan remeh untuk diberi perhatian dan pengajaran buat diri. Tapi bagi ana, kecil atau besar sesuatu itu, ianya tetap dapat memberi iktibar kepada diri ini…insyaAllah..

Untuk renungan bersama….apa yang ana perhatikan, sesetengah orang Cina lebih hormat pegangan orang Islam berbanding orang Islam itu sendiri. Sekiranya ana ditempat lelaki Cina tersebut, mungkin ana akan duduk kerna destinasi masih jauh tetapi dia tidak sanggup untuk duduk disebelah perempuan Islam tersebut.

Kenapa sahabat ana tidak sanggup untuk naik bas pabila ada lelaki Melayu (Islam) dari lelaki Cina? Kerna dia menyatakan lelaki Melayu gemar mengusik dan menyakat perempuan berbanding lelaki Cina. Bukan ana bermaksud untuk memperlekehkan saudara seIslam sendiri. Tapi itulah hakikatnya.

Cuba lihat gejala melepak kala ini, bangsa mana yang lebih ramai menjadikan gelaja ini sebagai hobi? Kadang-kadang, muslimah seperti ana juga berani mereka jadikan bahan usikan. Ana pula yang jadi malu dengan sikap mereka, langsung tidak beradab. Ikutkan perasaan amarah yang membuak, mahu sahaja ana mencantas kata-kata mereka di kala itu. Namun itu bukan tindakan rasional.

Dan ingin ana tegaskan disini, tidak semua lelaki seperti itu…hanya sesetengah dan ana berdoa moga yang membaca ini tidak termasuk dalam golongan yang disebut…ameen…

Jagalah agama yang suci ini, elaklah sedaya upaya dari memberi fitnah kepada mereka yang benar-benar berpegang pada agama Allah s.w.t. ini. Ana malu apabila orang bukan Islam menegur sikap orang Islam….cukup malu…

Terus teringat satu kata-kata nie… “sibuk suruh orang perempuan handal memasak, tetapi si lelaki tu boleh jadi Imam ka???” 

Kadang-kadang hadir perasaan kagum serta malu melihat penda’wah bebas yang memeluk Islam menyeru orang lain untuk berpegang teguh pada ajaran Islam. Ilmunya pula lebih banyak dari mereka yang sudah Islam sejak dilahirkan.

Jadikanlah kisah pengembaraan ana ini sebagai pedoman dan sempadan buat diri kita semua. Renung dan fikirlah hikmahnya, pasti ada kebaikan ingin DIA tunjukkan walaupun dari pengalaman orang lain…

Jom muhasabah diri….wassalam…


JOM KITA MENGEMBARA LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI ABADI…(“,)
blog comments powered by Disqus