Isnin, 25 Oktober 2010

Syukran Jazilan…(^_^)


Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Alhamdulillah Ya Allah kerna masih memberi peluang kepada hamba ini untuk terus menerus rukuk dan sujud kepada Mu, hanya kepada Engkau aku bersujud. Selawat dan salam buat kekasih tercinta yang amat-amat diri ini rindui, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.

Alhamdulillah…ana mencuri masa seketika untuk menulis kerna saat ini masih banyak kerja yang perlu diselesaikan. Badan pula tidak berapa sihat untuk bergerak laju seperti biasa…(^_^)…

Maaf sahabat-sahabat kerna tidak punya kesempatan untuk membalas komen pada artikel yang lalu juga komen di shout box. Ana terharu membaca komen-komen kalian, ternyata…ana tidak sendirian…ana punya sahabat yang tidak putus-putus mendoakan moga segala urusan ana dalam menegakkan kalimah Allah s.w.t. berjalan dengan lancar.

Syukran jazilan….hanya itu mampu ana ucapkan atas sokongan kalian. Dan ana coretkan artikel ini buat kalian yang menyokong dan mendoakan ana dan sahabat-sahabat disini…(^_^)

Ana menulis di dinding facebook semalam, “usah memperlekehkan kuasa doa kerna ia punya kehebatan yang tidak terfikir oleh akal”.

Benar…kuasa doa amat hebat, tambahan pula disaat doa itu dialunkan oleh mereka yang benar-benar mengharap pada Allah s.w.t….jadi, ana mohon kepada sahabat-sahabat semua…doakanlah moga impian ana dan sahabat-sahabat untuk menegakkan kalimah Allah s.w.t. disini berjaya…insyaAllah…

XXXXXXXXXXXX

Ana tersenyum sendiri membaca komen-komen yang mengata supaya bersabar kerna ada hikmah disebalik kejadian. Terdetik di hati, “sekiranya kalian berada di tempat ana, apa yang kalian akan rasa?”.

Memang benar, mudah sekali menyatakan sabar kepada orang lain tetapi apabila kena pada diri sendiri mungkin hati itu akan bermonolog sendiri, “senanglah cakap sebab tak rasa apa yang saya rasa…”

Jadi, ana juga mahu kalian muhasabah dengan kata-kata semangat dan nasihat yang diajukan kepada ana itu untuk diaplikasikan juga dalam diri apabila kalian ditimpa ujian yang berat seperti itu…pujuk hati kalian dengan kata-kata yang pernah kalian sampaikan tika teman-teman ditimpa ujian mahupun musibah.

Ana sering berkata pada diri, “bagi nasihat kat orang mudah, dah kena baru tahu..jadi, aplikasikanlah apa yang engkau kata tu…” jujur ana katakan, kita juga akan diuji dengan kata-kata sendiri kerna ana sering mengalaminya. Usah hanya pandai berkata tetapi tidak reti untuk aplikasikannya….(^_^)

XXXXXXXXXXX

Selepas ana letak artikel dalam “diari” kesayangan ana ini. Bertalu-talu persoalan datang menjelma. Maaf kiranya ana tidak menjawab persoalan itu kerna ana penat untuk bercerita. Sebaiknya diamkan saja kerna persoalan itu mungkin juga melukakan hati ana yang cuba untuk melupakan hal tersebut.

Tidak bermaksud ana tidak redha. Seperti yang dinyatakan dalam artikel lepas, ana sudah mampu tersenyum semula selepas melalui fasa kejatuhan. Malah ana terasa bersalah kerna turut membuat sahabat-sahabat disekeliling ana merasa sedih. Disaat fasa kejatuhan itu, ramai yang hadir untuk meminta bantuan dari ana. Tetapi kerna hati terlalu terluka dikala itu, ana menolaknya mentah-mentah…maaf sahabat-sahabat…

Dan ana juga sedar, ana tidak boleh bersedih terlalu lama kerna ramai lagi yang memerlukan pertolongan dari ana. Ana juga tidak boleh terlalu pentingkan perasaan sendiri kerna ana sudah memilih jalan ini sejak 5 tahun yang lalu. Kerna hidup sebagai pejuang tidak akan sunyi dari diuji.

Ana merenung kembali tiap ujian yang Allah s.w.t. hamparkan kepada ana sejak di zaman persekolahan hingga kini. Sedikit demi sedikit ujian tersebut menjadi semakin berat sesuai dengan kemampuan ana dan sedikit demi sedikit itulah ana  menjadi semakin tahan dengan ujian.

Alhamdulillah…syukran Ya Allah…(^_^)

XXXXXXXXXXXX

“jadilah seperti air yang mengalir, ianya akan terus mengalir hatta berjuta batu menghalang dihadapannya…” kata-kata ini sering tergiang-giang ditelinga ana sejak hampir 3 tahun yang lalu. Lantas minda mengimbau kembali kenangan lalu.

Waktu itu ana terasa kepenatan yang amat sangat, ketiadaan sahabat seperjuangan disisi ana benar-benar memilukan hati. Berita yang diterima menyatakan sahabat ana tidak dapat menyambung pengajian membuatkan ana tergamam. 

Tidak terkeluar sepatah pun dari mulut ana, hanya mata yang seolah-olah menyatakan samaada berita itu benar atau tidak setelah diberitahu sendiri oleh sahabat ana. Di kala itu projek yang telah dirancang selama berbulan-bulan bakal berlangsung dan dia adalah tulang belakang program tersebut.

Masih terbayang dimata ana saat bekerjasama dengannya. Dan disaat akhir, dia terpaksa mengundurkan diri. Ana melalui saat-saat getir tanpa dia disisi hingga ana terasa tidak mampu lagi untuk melangkah.

Kata-kata itulah yang menemani ana…jadilah seperti air yang mengalir, tidak tergugat sedikit pun hatta berjuta batu menghalang dihadapan. Tika terpandang air ditasik, memori tersebut akan menjelma kembali. Hingga kini ana tidak dapat melupakannya.

Sendirian Merenung Laut
JOM KITA MENGEMBARA LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI ABADI…(“,)

p/s: Doakan ana cepat sembuh ye…diserang demam panas, suhu badan naik mendadak, tekak pun terasa perit…(^_^)
blog comments powered by Disqus