Khamis, 21 Oktober 2010

Menjadi Sejarah…


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Alhamdulillah Ya Allah kerna masih memberi peluang kepada hamba ini untuk terus menerus rukuk dan sujud kepada Mu. Selawat dan salam buat Imam umat Islam yang amat diri ini rindui, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.

Alhamdulillah…akhirnya ana menulis jua tentangnnya. Hampir 2 minggu lamanya ana pendam hasrat hati untuk menulis tentangnya. Hati jadi sebak bila teringat kembali apa yang telah tertulis dalam takdir hidupku. Ianya seakan-akan mimpi, namun ia tetap adalah hakikat yang perlu ana terima.

Hampir 2 tahun lebih ana bersamanya. Bergerak kerja bersama sahabat seperjuangan, pimpinan bertukar tangan namun ana tetap setia dengannya hatta cuba ditarik oleh orang lain. Aaahhh…hati sebak kembali…(T__T)

Sebak bila memikirkan senior yang lalu bertungkus lumus dan berpenat lelah cuba untuk bergerak disaat kali pertama ditubuhkan. Namun mudah sekali dibubarkan dengan sekelip mata. Terasa bersalah terbit dihati kerna tidak mampu untuk pertahankannya seperti mana yang telah diwasiatkan kepada pimpinan baru.

Saat menerima berita tentang pembubarannya, ana tenang kerna tidak tahu kisah yang sebenarnya. Bila diceritakan dari awal oleh President, malamnya ana menangis. Tidak tertanggung oleh hati, berat sekali untuk menerimanya. Seolah-olah “dikianati” oleh saudara sendiri. Ana bangun malam memohon kepada Allah s.w.t. supaya ditunaikan satu benda sahaja dikala itu…iaitu diberi ketenangan.

Telefon yang berdering tidak diangkat dan mesej yang diterima tidak berbalas. Hati itu “sakit” sekali saat itu…….benar…. “sakit” yang amat…ibarat dihiris, dicincang dan dibakar. Pedihnya rasa tidak tertanggung.

Tapi kini……..ana sudah mampu tersenyum semula….(^_^)…malah rasa bersyukur diuji sehebat ini. Inilah kali pertama ana laluinya sejak 5 tahun berada pada jalan ini.

XXXXXXXXXXX

Dua minggu sebaik sahaja kuliah bermula sewaktu ana semester satu. Ana menerima mesej dari kakak senior menyatakan ana dilantik untuk memegang jawatan dalam pimpinan yang bakal menyambung perjuangan senior yang lepas. Pada mulanya ana mahu menolak kerna merasakan diri terlalu mentah jika mahu dibandingkan dengan yang lain. Tetapi ada suatu peristiwa yang berlaku menyebabkan ana menerimanya.

Itulah permulaan perjuangan ana di alam kampus juga menyambung perjuangan yang sudah bermula di alam persekolahan. Jujur ana katakan, diri ini mahu berehat dari memegang sebarang jawatan mahupun amanah kerna masih terasa keperitan pada perjuangan yang lalu tika di zaman persekolahan dan matrikulasi. Namun, Allah s.w.t. masih mentakdirkan diri ini untuk terus istiqomah pada jalan ini hingga kini.

Ana cuba melaksanakan amanah yang diberikan walaupun terasa diri masih mentah untuk bersama dengan mereka yang sudah berpengalaman. Ana masih ingat, setahun yang lalu…projek yang tertunggak selama satu tahun berjaya dilaksanakan selepas dituduh oleh pihak atasan yang mengatakan ana mahu mengajar ajaran sesat kepada warga kampus hingga projek tersebut diserahkan kepada Jabatan Agama Islam untuk diteliti.

Ana jatuh tersungkur saat itu. Kerna tidak tahan dengan tekanan yang terlampau, ana jatuh sakit. Fizikal dan mental ana berada diaras yang cukup rendah. Alhamdulillah, cuti pertengahan semester ana gunakan untuk merawat kembali “kesakitan” tersebut. Bayangkanlah, sahabat ana terpaksa berbuka puasa sunatnya kerna terlalu letih berulang alik untuk meluluskan projek tersebut.

Akhirnya, bila projek itu bertukar tangan sebanyak 3 atau 4 kali. Barulah diluluskan…saat itu, ana buat besar-besaran hingga hampir 300 orang pelajar yang hadir. Apabila projek tersebut tamat dan masjlis bersurai. 

Ana duduk bersendirian dalam dewan, tidak disangka…air mata ana mengalir tanpa dipinta kerna terasa kepenatan dan keperitan yang ana lalui berbalas jua walaupun terpaksa berjuang untuk meluluskan projek tersebut hampir setahun. Terasa ketenangan dan kemanisan yang sukar digambarkan oleh kata-kata.

Kerna itu ana memegang kata-kata ini, 
“jika Allah s.w.t. menyatakan ianya hak kamu, berjuta halangan sekali pun datang bertamu…ianya tetap menjadi milik mu. Dan jika Allah s.w.t. menyatakan ianya bukan milik kami, berjuta bantuan ada untuk membantu sekali pun…ianya tetap tidak akan menjadi milik kamu…”

XXXXXXXXXXX

Ana juga ada menulis tentang ini dan termuat dalam arkib tahun lepas. Saat itu, ana baru sahaja pulang dari menjadi fasilitator bagi sebuah program anjuran Sahsiah Management. Sebaik sampai sekitar 3 jam dirumah, ana mahu lelapkan mata selepas kepenatan meredah malam dan melayan kerenah adik-adik. Ana mendapat panggilan untuk segera kembali ke kampus kerna tidak ada yang berpengalaman untuk menghandle orientasi pelajar baru.

Hati berbelah bagi kerna baru sahaja sampai dirumah, apa pula kata abah dan umie nanti. Ana minta diberi waktu untuk berfikir. Lantas tangan menaip dan menghantar pesanan kepada teman ana untuk meminta tolong belikan tiket. 

Selepas itu, ana ke ruang tamu. Ana suarakan hajat kepada abah ana, “abah, angah nak kena balik kampus esok sebab ada orientasi pelajar baru. Ustazah minta tolong sebab tak de orang berpengalaman untuk uruskan..”

Abah ana pun jawab, “baru balik dah nak gi semula? Tiket dah ada ke?”.

Ana pasrah jika tidak diizinkan, “dah ade, tu yang tanya abah..”

“erm…gi lah…”..

Waktu itu ana pandang umie ana, wajahnya terus berubah bila ana suarakan hasrat tersebut. Ana terasa berat hati pula untuk pergi pabila melihat wajah umie. Namun, ana tetap kena teruskan jua.

Sebaik sahaja duduk di kerusi bas. Ana terus lena kerna terlalu penat dengan program sebelumnya, badan masih tidak cukup rehat, kaki juga masih terasa sakit kerna terjatuh sewaktu masuk hutan pada program sebelumnya. Hendak dijadikan cerita, ana terlepas destinasi kerna terlalu penat. Mahu turun di alor star, kedah tetapi terlepas ke kangar, perlis. Keseorangan dikala itu…Alhamdulillah, semangat kuat untuk teruskan jua.

Sebaik sahaja orientasi tamat, ana pulang semula ke rumah walaupun hanya dua hari kerna mahu menghiburkan hati umie ana walaupun badan ini terlalu kepenatan. Sewaktu berkemas mahu pulang semua ke kampus, adik bongsu ana masuk bilik ana. Dia pun bertanya, “kak ngah nak gi dah ke?”.

Ana hanya tersenyum. Ana tahu dia rindukan kakak yang telah menjaganya sejak dia berumur satu hari hingga umie habis pantang. Hinggakan dia sanggup tak pergi sekolah semata-mata nak tunggu ana balik, umie ana terpaksa buat perjanjian dengannya untuk benarkan dia tak pergi sekolah bila ana dah balik rumah. Akhirnya, bila ana balik…dia betul-betul tak pergi sekolah kerna mahu bermain dengan ana.

Ya Allah…jika dia tahu kakaknya ini bukan miliknya seorang dan milik umat Islam…

 XXXXXXXXXXX

Itu adalah sedikit cebisan perjuangan ana dalam menjulang kalimah Allah s.w.t. melalui wadah yang telah ana bersama dengannya hampir 2 tahun lebih. Kata-kata yang dikeluarkan dengan menyatakan “tidak membantu langsung sepanjang dua tahun”  benar-benar menghiris perasaan ana. kalau mahu bubarkan…bubarkan aja, usah menambah kesedihan kami semua dengan kata-kata tersebut.

Minggu lalu…ana membuka folder yang termuat segala memori perjuangan senior-senior yang lepas. Hati sebak bila memikirkannya…tersemat segala kenangan bersama mereka. Orang luar yang tahu mengenai pembubaran ini turut merasa kesal, ana yang sudah berada di dalamnya selama 2 tahun lebih lagilah. 

Ini kata-kata semangat yang diberikan oleh senior ana selepas mengetahui berita pembubaran tersebut. Juga ana tujukan buat sahabat seperjuangan yang bersama-sama dengan ana.

“tabahlah dik, inilah mehnah dalam berjuang.. anggaplah wadah itu sebagai kenderaan, yang kita gunakan untuk sampaikan kita pada tujuan dan destinasinya.. andai dipertengahan jalan, kenderaan itu rosak atau tidak lagi dapat digunakan, jangan sedih jangan terkilan, yang lebih utama, jangan putus asa, bahkan kalau perlu, carilah kenderaan lain yang dapat meneruskan misi kita..

selama ini mungkin kita rasa selesa dengan kenderaan kita, sampai masa Allah menginginkan kita melakukan perubahan, atau mungkin juga Allah ingin berkata pada kita, kita berjuang bukan kerana kenderaan, tp kerana Tuhan, andai kenderaan ini tidak lagi dapat digunakan, maka perjalanan tetap kita akan teruskan, Allah menginginkan kita tahu dan faham, apakah tujuannya kita berjuang, kerana siapa? kerana kenderaan kah? atau kerana pemilik alam?


mungkin juga Allah ingin menguji antara kita, siapa lemah dan siapa yang masih utuh di atas perjuangan ini..yg utuh, akan meneruskan langkah, tidak terkesan dengan mehnah, yang goyah, akan futur dan mengundur..


jangan kita mundur kerana perkara sebegini, ingat tujuan asal kita berjuang.. ingat, bagaimana mungkin kita akan disahkan sebagai pejuang dan tentera Allah, sedangkan kita masih belum diuji?


anggap ini sebagai suatu perubahan, suatu suasana dan keadaan yang baru, jangan berhenti berfikir untuk mengajak manusia kepada kebaikan, walau dengan cara apa sekalipun.. berlapang dada dengan keputusan Allah, kerana Dia maha mengetahui apa yang kita tak ketahui..”

Maaf….banyak lagi sebenarnya yang mahu ana nukilkan tetapi hati sebak untuk terus menulis. Bagi sahabat yang berada dekat ana, mereka tahu betapa ana sayangkan Rakan Masjid. 

Ini jaket yang selalu ana pakai, nampak simple tetapi ia mampu memberi semangat pada ana. ana gantungkan di tepi alamari sejak setahun lebih yang lalu. Setiap malam ana memandangnya, setiap malam juga ana katakan pada diri. “amanah mu hanya akan selesai dan perjuangan mu hanya akan tamat apabila diri mu dijemput oleh Allah s.w.t…”.

Menjadi Sejarah Kembara Perjuangan Ku
Dengan ini ana memaklumkan kepada sesiapa yang belum mengetahui. Rakan Masjid Sultan Badlishah dan Rakan Masjid Imam as-Syafie telah dibubarkan pada 5 Oktober 2010 yang lalu. 

Selamat meneruskan perjuangan sahabat ku…(^_^)
blog comments powered by Disqus