“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah Ya Allah atas kurniaan nikmat Iman dan Islam ini, matikanlah aku dalam agama Mu ini…ameen. Selawat dan salam buat kekasih tercinta, Imam seluruh Umat Islam yang teramat diri ini rindui untuk bertemu dengan mu, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.
Alhamdulillah…masih cuba untuk menulis walaupun badan masih tidak berapa sihat. Moga Allah s.w.t. redha dengan kesabaran ku atas “tarbiyahNYA” ini…ameen…(^_^).
Jumaat yang lalu, ana “dating” dengan seorang kakak senior. Perasaan rindu untuk bertemu dengannya sudah tidak mampu dipendam lagi. Inilah manisnya ukhuwah kerana Allah s.w.t….hati sentiasa bertaut dan rindu untuk bertemu…subhanallah..
Lantas tangan menaip mesej dan menghantar pesanan kepada sahabat untuk meminjam motornya untuk ke sana kerna kolej ana dan kakak senior amat jauh. Alhamdulillah Allah s.w.t. permudahkan walaupun ada sedikit kesulitan (DIA nak test je tu…hehehe).
Ana mengenali kakak senior ana nie sewaktu sama-sama berjuang dalam pimpinan bekas Rakan Masjid Sultan Badlishah yang lalu. Sebaik tamat 1 tahun, beliau mengundurkan diri atas komitmen lain dan ana masih setia dengan Rakan Masjid. Beliaulah antara yang selalu mendoakan ana supaya terus melangkah hatta berjuta halangan dihadapan.
Kami makan berdua dan masing-masing berkongsi cerita masing-masing. Ada yang jelous tengok kami berdua…hehehe… kami memang rapat, kakak ana sorang nie juga yang banyak tahu kisah dan perjalanan hidup ana. Lagi pun dia seorang sahaja perempuan dalam keluarga, ana nie dah macam adik perempuannya.
Sedang bercerita, keluarlah kisahnya yang agak tertekan baru-baru nie. Sebaik sahaja beliau menelefon dan mendengar suara ibunya, terus hati terasa tenang. Apatah lagi mendengar pesanan ibunya iaitu berdoalah.
Alhamdulillah…beliau mengizinkan ana untuk berkongsi cerita tersebut untuk dimuatkan dalam “diari” kesayangan ana nie… Jom sahabat kita “mengembara”…(^_^)…. Selamat membaca….
XXXXXXXXXXXXXXX
Ibunya pergi ke sebuah seminar motivasi yang sedang adik lelakinya hadiri, ada satu slot untuk ibu bapa pelajar. Penceramah berpesan, “ibu nie doanya mudah dimakbulkan oleh Allah s.w.t…jadi, kalau marah kat anak pun janganlah sampai sumpah seranah anak tu. Tetapi bersabar dan berdoalah moga jadi anak soleh dan solehah..”.
Ibunya juga ada cerita, ada sebuah keluarga nie anaknya seorang penagih dadah. Sudah pergi banyak tempat untuk berubat, dah bermacam ubat makan tetapi macam tu jugak. Akhirnya si ibu mengamalkan dengan membaca yasin setiap malam sebanyak 40 kali selepas itu sambung dengan qiammullai, tadah tangan dan berdoa kepada Allah s.w.t... Alhamdulillah…anaknya kini bergelar ustaz…subhanallah…
Kisah lain lagi, ada seorang saudara Muslim yang baru sahaja memeluk agama Islam. dirinya susah sangat nak baca al-Quran sebab lidah keras. Akhirnya dia bangun tiap-tiap malam dan berdoa kepada Allah s.w.t. untuk membolehkannya baca al-Quran dengan lancar. Alhamdulillah, dia sudah boleh membaca dengan baik malah mengajar al-Quran kepada orang lain pula…subhanallah…
Lihatlah keajaiban doa…renunglah kehebatannya…tidak terfikir oleh akal kita bahawa Doa punya “kuasa” yang begitu luar biasa yang sering kali diperlekehkan orang lain, “alah kau nie, nak makan pun baca doa, nak masuk pun tandas baca doa, nak tidur pun baca doa…tak jemu ke???”.
Tapi sayang, orang yang berkata itu lupa. Yang akan membantunya setelah dia berada dia alam barzah adalah doa yang disedekahkan oleh mereka yang masih hidup di alam dunia. Yang akan membantu menyelamatkan ibu dan ayah dari seksaan kubur adalah doa anak yang soleh dan solehah.
Kerna itu, apabila ada yang mengatakan.. “kita baru sahaja kehilangan seorang sahabat kita yang baru sahaja meninggal dunia satu jam yang lalu, maka marilah kita menyedekahkan al-Fatihah kepadanya, moga rohnya dicucuri rahmat..”. Berdoalah seikhlasnya jika kita mahu orang lain mendoakan kita juga setelah kita tiada nanti.
XXXXXXXXXXXXXXX
Ana baru sahaja habis mendengar kuliah yang disampaikan oleh Dr Asri Zainal Abidin yang bertajuk “Rahsia Doa”. Banyak sekali ilmu yang ana dapat, bertambah-tambah lagilah keyakinan ana kepada agama yang ana anuti ini.
Antara doa yang disebut oleh Dr Asri dalam kuliahnya adalah doa yang seringkali dibaca oleh Rasulullah s.a.w., malah Baginda s.a.w. meminta kita belajar dan mengkaji doa ini.
“Ya Allah aku pohon dariMu perbuatan-perbuatan yang baik, pohon kepada Mu agar dijauhkan dari perkara mungkar dan cintakan orang-orang miskin, agar Engkau ampuni daku dan Engkau kesian akan daku, jika Engkau ingin mengenakan kepada suatu kaum fitnah iaitu gangguan kerosakan cubaan terhadap agama mereka, matikanlah aku dalam keadaan tidak difitnah, tidak terkena fitnah yg merosakkan agama itu, aku memohon daripada Mu cinta, dan cinta orang yang mencintai Mu, dan cintakan amal yang boleh mencapaikan aku cinta kepada Mu”
(Hadis Riwayat Imam Ahmad, Imam Tarmizi)
Kerna itu, kita seringkali mendengar ada yang menyebut “doa adalah senjata orang Mukmin”. Benar, doa adalah senjata ajaib yang secara turun temurun terbukti kehebatannya. Doa menjadi senjata handalan para Nabi dan orang Mukmin dalam menghadapi berbagai kesulitan. Senjata yang mampu memberikan solusi meskipun dalam keadaan buntu dalam mencari jalan keluar.
Amalkanlah doa ini selepas membaca tasyahud akhir dan sebelum memberi salam ketika solat. Blog nie tak dapat keluarkan ayat al-Quran, jadi ana berikan dalam terjemahannya. Boleh rujuk dalam buku “101 doa daripada hadis-hadis sahih” tulisan Ustaz Zahazan Mohamed, halaman 220 & 221.
“Ya Allah, ampunkanlah bagiku amalan yang telah ku kerjakan dan apa yang akan ku kerjakan, sesuatu yang aku sembunyikan dan sesuatu yang aku nyatakan, sesuatu yang tidak sengaja ku lakukan dan sesuatu yang Engkai lebih mengetahuinya daripada ku. Engkaulah yang terawal dan Engkaulah yang terakhir, tiada Tuhan selain Engkau.”
“Ya Allah, aku pohon perlindungan daripada azab api neraka dan azab kubur dan fitnah kehidupan dan kematian dan fitnah al-Masih al-Dajjal”
“Ya Allah, aku pohon perlindungan daripada dosa, dan hutang”
“Ya Allah, aku telah menzalimi diriku sendiri dengan kezaliman yang besar dan tidaklah dapat mengampunkan aku melainkan Engkau, maka ampunilah aku dengan keampunan daripada Mu dan rahmatilah aku, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang..”
XXXXXXXXXXXXXXX
Sekitar jam 11 lebih tadi adik perempuan ana bagi mesej supaya berikan semangat padanya. Dia sedang berjuang untuk peperiksaan akhir. Katanya subjek yang bakal diambil amat lemah.
Ana membalasnya, “tahu tak yang kita punya ‘kuasa luar biasa’?”.
Dia bertanya, “macam mana tu?”.
Ana menjawab, “doa…kerna doa punya kehebatan luar biasa yang tidak terfikir oleh akal…maka, berdoalah padaNYA seikhlas hati moga Allah s.w.t. berikan rezeki dengan lulus peperiksaan ini dengan cemerlang… hanya DIA tempat kamu bergantung…”.
Ana juga menambah, “mintalah doa dan restu dari umie kerna doa seorang ibu lebih berkuasa…”
“Ya Allah…permudahkanlah urusan adikku ini…bukan sahaja dia lulus ujian di dunia ini malah lulus dengan cemerlang ujian akhirat…ameen ya robb”
Wassalam….
JOM KITA MENGEMBARA LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI ABADI….(“,)