Khamis, 26 Ogos 2010

Senyum Seindah Suria…(^_^), Part 3


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah Ya Allah…diri ini semakin tenang menusuri kehidupan di dunia ini,juga semakin dilamun cinta dengan Mu. Selawat dan salam buat idola hatiku, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.
Ana membaca kembali coretan perjalanan bersama dengan anak-anak yatim dalam artikel yang lepas. Sebenarnya terlalu banyak ingin dicoretkan, bukan sahaja apa yg dilihat dari luaran tapi juga apa yang dalaman ini rasakan.
Masih terbayang wajah-wajah mereka. Apa agaknya yang sedang mereka lakukan ye…? Hurmmm…………
Masih tergiang-giang gelak tawa dan tangisan mereka. Ku berdoa moga mereka dapat menempuh kehidupan ini dengan setabahnya. Kita yang hanya melihat dan mendengar luahan hati mereka mungkin mudah memberi kata nasihat dan dorongan tetapi bagi mereka yang melaluinya, mungkin agak sukar untuk melangkah.
Apa pun, ana mahu menyelesaikan coretan ini dengan sedikit perkongsian tentang apa yang ana belajar dari anak-anak yatim ini secara tidak langsung. Tangisan mereka terselindung disebalik gelak tawa mereka. Kesedihan yang melanda terselindung disebalik senyuman mereka…
Ya Allah…ku pinta pada Mu, jagalah mereka dengan sebaiknya. Kuatkanlah Iman mereka untuk melaluinya…kerna hanya Engkaulah sebaik-baik penjaga…ameen…
XXXXXXXXXXXXXXXX
Tiba waktu sesi slot muhasabah diri pula, ana agak keletihan dan badan sudah terasa tidak seimbang tika melangkah ke tempat adik-adik. Maklumlah, sehari suntuk minda dan badan ana dikerah sehabisnya. Alhamdulillah semangatku mendahului berbanding dengan keletihan yang dirasai.
Selepas habis terawih, adik-adik dijamu dengan pelbagai makanan ringan. Tidak kurang juga disajikan dengan ais-krim. Kami juga turut menikmatinya, kan dah cakap kena jadi kanak-kanak rebena macam adik-adik…hehehe..
Pada mulanya ana menolak, takut badan tak boleh terima sebab sudah malam dan badan pula keletihan. Tetapi dipaksa oleh pengarah projek, “ambiklah, nanti apa pulak adik-adik kata…orang lain makan, kamu tak makan…” ana pun makanlah..(saja, action lebih..padahal nak..huhu)
Selepas semuanya selesai. Slot muhasabah diri dijalankan, waktu ini amat sensitive sebab adik-adik mudah tersentuh apabila perihal ibu bapa mereka disebut. Ana dapat idea untuk sesi muhasabah nie melalui perkongsian dari rakan facebook supaya menerapkan dalam diri mereka suatu perasaan bersyukur dengan apa yang ada.
Ana bandingkan kehidupan yang mereka lalui dengan kehidupan mereka yang lebih susah. Walaupun duduk di asrama, meraka tidak pernah kebuluran, selesa tidur dikatil masing-masing dan boleh belajar dengan mudah.
Sebagai contoh, anak-anak yatim di Palestin. Mereka tetap belajar walaupun dibawah khemah yang kecik tika peperangan meletus, tetap tidur dibawah runtuhan bangunan tempat kediaman mereka dan tetap setia menunggu kepulangan ibu dan ayah mereka walaupun orang lain tahu ibu dan ayah mereka sudah tiada.
Ana jadikan kekasih hati ana ini sebagai role model. Nabi Muhammad s.a.w. juga anak yatim piatu. Sudah kehilangan ayah ketika Baginda dalam kandungan Ibunya. Selepas itu, Ibunya pula meninggal dunia. Ana pasang nasyid nie…hati ana pula tersentuh………………
Nabi Anak Yatim
Album : Senyum
Munsyid : Raihan
http://liriknasyid.com

Muhammad
Muhammad
Muhammad Musthofa

Ibunya bernama Aminah
Ayahnya bernama Abdullah
Dilahirkan di Mekkah Mukaromah
Ibu susunya Halimatus Sa`diah

Ayahnya meninggal dunia
Ketika Nabi di dalam kandungan
Alangkah sedih pilunya
Ibunya menjaga bayinya

Semasa di dalam perjalanan
Pulang dari makam suaminya
Aminah jatuh sakit di 'Abwa
Kembali ke alam baka

Tinggallah Nabi seorang diri
Hilang insan yang dikasihi
Tinggallah Nabi seorang dari
Mengajarnya hidup berdikari

Anak yatim anak yang mulia
Dilindungi Allah setiap masa

Terpadam api biara majusi
Runtuhlah istana Kisra Parsi
Mekkah diterangi cahya putih
Tanda lahir Nabi anak yatim

Shalallahu 'alaa Muhammad
Shalallahu 'alaaihi wassalam

Hidupnya yatim, yatim piatu
Tiada ayah tiada ibu
Hidupnya yatim, yatim piatu
Namun dialah manusia agung

Selepas itu, doa untuk ibu dan bapa dibacakan oleh sahabat ana. Masing-masing mendoakan untuk kesejahteraan ibu dan bapa mereka.
Sebaik sahaja slot muhasabah ini mahu melabuhkan tirainya, ana meminta kesemua fasilitator nukilkan satu kata-kata semangat buat adik-adik, kata-kata yang memberi makna bahawa masih ada yang sayang pada mereka. Juga pesanan buat adik-adik mereka.
Akhir sekali, ana meminta adik-adik dan fasilitator duduk seperti tika dihari pertama iaitu berlaga lutut. Ana bertanya, “adik-adik, sedih tak nak tinggal abang atau kakak fasi?”. Adik-adik nie pun jawab, “tak sedih pun….”.
Ana pun balas balik, “sampai hati adik-adik…. Abang dan kakak fasi, sedih tak nak tinggal adik-adik?” kesemua fasilitator pun jawab, “sedih….”.
Ana pun berjenaka, “haa…tengok adik-adik, kami semua nie sayang adik-adik…tak sanggup nak berpisah dengan adik-adik…hehehe” masing-masing gelak.
Ana pun sambung, “baiklah, adik-adik dan fasilitator….luahkanlah apa yang terbuku dihati, esok adik-adik akan balik semula ke asrama”.
Ana tengok, adik-adik plak yang nangis…tadi bukan main lagi cakap tak sedih…hehehe…panjang betul amanat dan pesanan yang fasilitator berikan pada adik-adik. Maklumlah, dan mula rapat…perasaan sayang untuk berpisah itu mesti ada…
Maaflah…tak dapat nak sertakan gambar sebab ana tak ambil pada jurukamera…hehehe…tapi gambar-gambar nie boleh kot…huhuhu…
~Senyum Seindah Suria~
XXXXXXXXXXXXXXXX
Apa yang ana dapat ambil iktibar dari adik-adik ini adalah….ana rasa teramat-amat bersyukur masih punya sebuah keluarga yang ada abah, umie, kakak dan adik-adik serta kaum kerabat yang lain. Masih duduk sebumbung dengan keluarga ana, dapat jalani kehidupan dengan baik jika nak dibandingkan dengan adik-adik tersebut.
Ukhuwah antara adik-adik ini amat erat sekali, bergaduh itu biasalah…mungkin kerna masing-masing berkongsi cerita, kisah dan duka yang sama. Juga adik-adik ini tetap mahu terus melangkah walau sesukar dan seperit mana pun mereka terpaksa lalui. Ana mahu jadi sekuat dan setabah mereka…insyaAllah…ameen…
Ana benar-benar berharap dan berdoa, moga 10 atau 20 tahun akan datang, ana dapat bersua dengan mereka lagi. Melihat masing-masing mencapai cita-cita dan impian. Juga melihat mereka turut membantu anak-anak yatim yang lain…ameen… 
 JOM KITA MENGEMBARA LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI ABADI...(",)
blog comments powered by Disqus