“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah Ya Allah kerna masih memberi peluang kepada hamba yang kerdil lagi hina ini untuk terus menerus beribadat kepada Mu. Selawat dan salam buat kekasih tercinta yang amat-amat diri ini rindui. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian…
Alhamdulillah…program “Senyum Seindah Suria (3S)” bersama dengan anak-anak yatim anjuran Kelab Pentadbiran Muamalat melabuhkan tirainya pagi tadi. Agak sedih kerna tidak dapat menghantar adik-adik kembali ke asrama tempat mereka tinggal. Ana korbankan perasaan sebak dan sedih untuk berpisah dengan mereka demi sebuah ilmu. Moga ku dapat bersua lagi dengan mereka…ameen Ya Robb…
Ana mahu coretkan dalam “diari” Kembara Sufi Di Bumi Tuhan ini sebagai kenangan terindah dalam hidup ana. Masih teringat saat kali pertama memandang wajah mereka dari jauh. Akhirnya ku palingkan muka ke tempat lain, perasaan sebak dihati tiba-tiba sahaja menjelma. Terus ku teringatkan kekasih tercinta, Nabi Muhammad s.a.w…….
Mereka masih kecil dan terlalu muda untuk diuji dengan sebegini hebat. Ya Allah…tabahkan hati mereka, kuatkan hati mereka, tunjukkan mereka jalan yang lurus dan tempatkanlah mereka dalam kalangan yang sentiasa dekat dengan Mu…ameen…
Alhamdulillah Ya Allah…akhirnya doa ku dimakbulkan… ana sudah lama berdoa moga diberi peluang untuk bersama dengan anak-anak yatim. Sejak menuntut di Matrikulasi lagi. Waktu itu ada sahabat yang mengkhabarkan kepada ana bahawa Pusat Islam ada membuat kunjungan ke rumah anak yatim tetapi berita itu sampai agak lewat kepada ana.
Alhamdulillah…peluang itu datang lagi. Malah diberi kepercayaan dan amanah oleh pengarah projek untuk ana menguruskan pengisian dan aktiviti yang bakal dijalankan iaitu sesi icebreaking, motivasi dan muhasabah diri. Amanah ini agak berat bagi ana kerna inilah kali pertama ana bersama dengan anak-anak yatim.
Seperti pengisian atau program yang lain, sebelum sesuatu modul direka atau dicipta. Ana akan kumpul segala maklumat dan analisis supaya bersesuaian dengan tahap mereka yang mengikutinya.
Adik-adik ini hampir keseluruhannya sudah tidak ada ibu atau ayah dan ada juga yang ditinggalkan oleh ibu dan ayah kerna tidak sempat untuk menjaganya. Umur mereka dalam lingkungan 10 hingga 15 tahun. Kebanyakan dari mereka membesar di asrama dan bukan di pangkuan ibu atau ayah mereka.
Oleh kerana ini adalah kali pertama ana mengendalikan program bersama dengan anak yatim, ana tidak ada pengalaman. Jadi, ana bertanya kepada seorang kakak senior yang sudah biasa mengendalikan program seperti ini. Juga bertanya kepada penasihat kelab Pentadbiran Muamalat tentang pengisiannya.
Tidak kurang juga perkongsian ilmu dan pengalaman dari rakan-rakan facebook yang sudi berkongsi dengan ana. Semua itu berguna kepada ana untuk mereka dan mencipta modul untuk adik-adik ini sepanjang program. Syukran atas perkongsian dari kalian semua….
XXXXXXXXXXXXXXX
Agak gementar pada mulanya sewaktu mengendalikan sesi ta’ruf, tambahan pula ana masih tidak mampu untuk memandang wajah mereka. Ana kuatkan semangat dan teruskan juga. Apabila melihat adik-adik ini ketawa, hati ana jadi tenang, hilanglah segala perasaan gementar dan sebak tadi. Alhamdulillah….
Ana meminta adik-adik memilih abang atau kakak fasilitator yang akan bersama mereka sepanjang program. Ana juga mohon kedudukan mereka dirapatkan sehingga berlaga lutut, ada fasilitator lelaki berjenaka, “ukhty, adik nie kecik sangat…tak sampailah, nak duduk atas riba ana pun boleh nie…hehe…” semua yang ada gelak.
Masing-masing berkenalan tentang hal yang ringkas sahaja. Ana meminta fasilitator yang mulakan untuk ana buat kajian dan analisis untuk aktiviti yang seterusnya. Selepas itu, giliran adik-adik pula. Ana berikan kertas dan meminta mereka lukis gambar abang atau kakak fasilitator mereka. Berbagai aksi yang boleh tengok…hehe..
Setelah siap lukis, ana cakap “baik, sekarang adik-adik angkat kertas yang dilukis tadi. Cuba letak kat sebelah muka abang atau kakak fasi…sama tak…hehe” akhirnya begema lagi dewan dengan gelak tawa kami semua.
Adik-adik juga diminta untuk tulis biodata tiap abang atau kakak fasi masing-masing disebelah gambar tersebut. Ana pun cakap, “jadi sekarang, kalau abang atau kakak fasi adik-adik hilang. Tunjuk kertas tu kat orang lain, bagitahu dia…abang saya hilang, nie gambarnya…boleh tolong carikan tak?”. Diaorang pun gelak.
Ana cuba untuk buat adik-adik selesa dengan kami semua kerna sewaktu mereka sampai, diorang agak malu untuk rapat dengan kami. Apabila melihat sudah mampu untuk berjenaka dan bergelak ketawa bersama dengan kami, itu sudah cukup membuatkan ana rasa mereka sudah selesa dengan kami semua.
Ini pula gambar pada sesi ta’ruf tersebut…ana akan sambung semula coretan ini pada artikel akan datang…insyaAllah…
JOM KITA MENGEMBARA LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI ABADI…(“,)