“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah Ya Allah kerna masih memberi peluang kepada hamba Mu ini untuk terus rukuk dan sujud kepada Mu. Selawat dan salam buat kekasih tercinta yang amat-amat diri ini rindui, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.
Alhamdulillah…ana selamat sampai ke UUM sekitar jam 12 tengahari. Keletihan masih terasa, nak demam pun ada. Maklumlah, sehari sebelum ke USM ana hanya tidur 3 jam sahaja. Dah balik nie, petang pula kerja. Alhamdulillah, Allah bagi kerehatan buat diri ini walaupun seketika.
Tidak dapat digambarkan perasaan ini. Tenang, gembira, sebak dan seangkatan dengannya bergabung menjadi satu perasaan yang sukar diluahkan melalui kata-kata. Pengembaraan ana ke USM memberi sejuta makna untuk diukir dalam kisah perjalanan hidup ana sebagai hamba Allah s.w.t.
Banyak perkara yang bermain di fikiran ana kala ini. Kenangan yang baru sahaja berlalu masih segar di minda. Ana mahu coretkan Travelog Mahabbah ana ke USM dalam “diari” Kembara Sufi Di Bumi Tuhan ini supaya di masa hadapan ingatan ana pada pengembaraan ini akan tetap segar. Juga menjadi tatapan buat sahabat-sahabat dan kaum kerabat ana di masa depan. insyaAllah….(“,)
XXXXXXXXXXXXX
Permulaan perjalanan ke USM, ana dibantu oleh sahabat-sahabat sejati ana yang sentiasa ada disisi dikala susah dan senang. Syukran ya ukhty semua kerna sudi hantar ana sampai ke jeti di Penang.
Kitaorang kalut sangat hari tu sebab masing-masing ada kelas. Alhamdulillah, Allah s.w.t. permudahkan jua perjalanan ke USM. Mulanya ana dan seorang sahabat mahu redah sahaja sebab tidak tahu jalan ke Jeti. Alhamdulillah ada sahabat yang tahu jalan walaupun ingat-ingat lupa. Syukran juga buat sahabat yang sudi pinjamkan kameranya kepada ana…
Gambar yang sempat diambil sebelum ana naik feri dan juga tika berada di atas feri. Ini kali kedua ana pergi ke Penang, kali pertama dulu bersama sahabat aktivis bahagian Utara dan perjumpaannya di Penang. Itulah kali pertama juga ana naik feri.
Minda dan hati terasa tenang, apatah lagi melihat pemandangan ciptaan Yang Maha Agung. Tidak ada cacat celanya, malah tidak puas mata memandang. Ditambah pula dengan angin yang menghembus lembut. Alhamdulillah ana tak mabuk laut…hehe..
Tika ini, family ana juga dalam perjalanan ke USM. Mahu bertemu dua beradik nie la (ana & kakak)… Dua orang adik ana tak dapat turut serta kerna masing-masing belajar, adik lelaki di matrik UIAM dan adik perempuan pula di UiTM, Dungun. Tak mengapa, adik-adik boleh baca catatan kak ngah kan…hehe..
Sebaik sahaja tiba, kakak ana datang jemput dengan motor. Terus beristirehat di biliknya dan mempersiapkan diri. Maklumlah sudah masuk waktu maghrib tika itu.
XXXXXXXXXXXX
Selepas solat isya’, ana dan kakak ke tapak ekspo konvo. Mencari makanan sebab dah lapar sangat sampai perut kami “merayu-rayu” meminta diisi. Kami hanya makan laksa sebagai alas perut sahaja sebab kakak mengajak ana ke kelas Perbandingan Agama yang dibuat oleh Kelab IPSI (Islamic Propagation Society International).
Brother Kamaruddin menjemput kakak ana sebagai mantan timbalan president Kelab IPSI untuk bagi ucapan kepada adik-adik juniornya yang baru sahaja menyertai kelas ini.
Sedikit perkongsian dari kata-kata kakak ana, ”katanya berda’wah kepada non_muslim berbeza sekali dengan mengislahkan yang sudah Muslim kerna perlu ada ilmu dan skill untuk mendekati mereka, juga yang paling penting bagaimana kita mengamalkan ilmu yang kita pelajari dalam kelas perbandingan Agama nie”
Benar...ana setuju, untuk mendekati non_muslim perlu ilmu yang banyak terutama berkaitan apa yang terdapat dalam Kitab-kitab mereka juga perlu punya kemahiran untuk mendekati mereka.
Namun, bagi ana yang berada dalam kalangan mereka yang mengislahkan yang Muslim juga tidak banyak bezanya. Perlu juga punya ilmu dan skill untuk mendekati mereka. Silap cara, kita yang akan membuatkan mereka jauh dari kita dan tidak mustahil..juga jauh dari Allah s.w.t...Nauzubillah...
Kakak ana juga bagitahu yang dia berasa bertuah belajar di USM malah dapat berguru dengan penceramah yang dikenali ramai iaitu Brother Kamaruddin Abdullah. Ana juga cemburu dengannya, namun tetap bersyukur dengan apa yang sudah terbentang di hadapan ana. Medan da’wah kami berdua berbeza namun punya matlamat yang satu.
Sebaik sahaja kelas itu tamat. Sahabat seperjuangan kakak ana mengadakan jamuan ringan untuk menyambut birthday kakak ana. Doa yang dibacakan oleh Bro. Kamaruddin betul-betul menusuk kalbu ana. Diulangnya berkali-kali supaya umur kakak ana yang lepas dan masih berbaki diberkati Allah s.w.t. disamping berbakti dan berjuang pada agamaNya...Allahuakbar...
Selepas itu, kami semua menjamu selera, Bro. Kamaruddin sempat berkata kepada ana, ”ukhty, macam nie lah kami sambut kesemua barisan kepimpinan Kelab”. Ana hanya tersenyum. Alhamdulillah...ukhuwah fillah....
Ini pula gambar sepanjang malam tersebut.
Ini baru hari pertama ana berada di USM. InsyaAllah akan ada sambungannya nanti, untuk hari yang kedua pula...doa-doakan moga dipermudahkan untuk ana menyambung Travelog Mahabbah nie ye...ameen...