Khamis, 19 Ogos 2010

Jagalah Wahai Saudara SeIslam ku…..


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah Ya Allah kerna masih memberi peluang kepada diri ini untuk terus dekat dan beribadat kepada Mu sebagai Hamba. Selawat dan salam buat kekasih tercinta yang sentiasa diri ini rindui, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.
Alhamdulillah masih berada dalam bulan yang penuh barakah ini. Moga segala amalan yang telah kita lakukan hingga kini diterima olehNya…ameen..
Ada sedikit perkongsian yang ingin ana kongsikan bersama pembaca sekalian sepanjang pengembaraan ana semalam. Masih terkenang apa yang ku lihat semalam dan hanya mampu menggelengkan kepala disamping hati berdoa moga dia sedar akan perbuatannya…insyaAllah ameen..
Ayuh kita saling muhasabah dan ingat-memperingatkan antara satu sama lain. Moga ianya menjadi iktibar buat kita bersama untuk lebih menjaga kesucian Islam…
XXXXXXXXXXXXXX
Semalam sewaktu menunggu ketibaan pensyarah, kami semua terpaksa menunggu diluar kelas kerna pintu bilik kelas masih lagi terkunci. Ana dan beberapa orang sahabat berbual mengenai perjalanan hidup masing-masing sementara menunggu pensyarah tiba membawa kunci.
Sedang berbual, ada seorang wanita Islam lalu dihadapan ana sambil matanya mencari-cari sesuatu. Ana lihat ada sesuatu ditanggannya, bersangka baik pada permulaanya. Rupanya dia mencari tong sampah untuk membuang bungkusan plastik yang dipegangnya.
Mimik muka sahabat ana sudah berubah. Ana pula hanya mampu menggelengkan kepala dan hati berdoa moga dirinya diberi hidayah. Bukan tidak ku kenali sikapnya, sudah banyak kelas dengannya.
Sahabat ana pun bagitahu, “tadi masa kat bangunan lain, ana nampak dia pergi beli nugget, roti dan makanan lain kat gerai yang jual makanan. Dulu dah tengok dia pakai tudung, tapi sekarang………………..”
Ana hanya tersenyum mendengar luahan hati sahabat ana. Mungkin rasa terkilan dengan sikapnya yang tidak prihatin dan tidak menghormati mereka yang berpuasa pada Bulan Mulia ini.
Ana mengerti dia uzur dan Islam tidak melarang untuk makan tapi usahlah menunjukkan perbuatan yang seolah-olah meremehkan tuntutan agama. Non_Muslim juga ada disitu tika itu, ana tidak tahu apa tanggapan mereka padanya……sedih………
Jadi, ana mencari-cari persoalan agama yang menjadi kemusyikilan orang lain untuk menambahkan ilmu kita.
XXXXXXXXXXXXXX
Soalan:
Bagi wanita yang tidak boleh berpuasa kerana haidh, adakah dia boleh makan/minum di siang hari atau perlu juga berpuasa sebagai menghormati bulan ramadhan?
Terima kasih.
jawapan:
ًWanita haidh haram berpuasa, jika berpuasa tidak sah puasanya dan wajib diganti hari-hari yang ditinggalkannya.
Dalil tidak boleh berpuasa baginya: hadis Nabi SAW: “Apabila seorang wanita haidh, maka tidak bersolat dan tidak berpuasa”.
(HR Bukhari 1/116)
Ibn Qudamah berkata: “Jika wanita haidh niat puasa, dan menahan diri dari makan minum, sedangkan dia tahu HARAM puasa, maka dia BERDOSA, dan puasanya tidak dikira”.
(ِAl-Mughni 4/391).
Cuma ada ulama berpendapat, bahawa golongan yang uzur hendaklah berbuka secara senyap-senyap. Tujuannya supaya mengelakkan daripada tohmahan orang bahawa dia melewa-lewakan hukum agama. Kerana mereka mungkin tidak mengetahui keuzuran golongan ini.
Ada juga ulama berpendapat, jika uzurnya zahir maka boleh berbuka secara zahir. Jika uzurnya tidak zahir, maka hendaklah berbuka secara tersembunyi. (Al-Insaf 7/348).
Wallahu A’lam
Sumber: http://al-ahkam.net/home/
XXXXXXXXXXXXXX
Terus ana teringat kata-kata seorang ustaz yang mengajar ana. Beliau pernah bagitahu bahawa dirinya tidak pernah lihat ibunya makan tika bulan puasa sewaktu kecil. Hinggalah beliau mengerti bahawa kaum hawa ada waktu “rehatnya”.
Sehingga begitu sekali Islam mengajarkan umatnya supaya menjaga kesucian Islam supaya ianya tidak tercemar dan tidak menjadi fitnah atas perbuatan orang Islam itu sendiri.
Pernah membaca luahan hati seorang saudara baru yang memeluk Islam. “jika saya melihat orang Islam sudah pasti saya tidak akan memeluk agama Islam”. Maksudnya apa?
Islam itu sudah cukup indah, mulia, sempurna, teratur, terbaik dan seangkatan dengannya tetapi disebabkan ada orang Islam yang hanya Islam pada “bin” dan “binti” serta atas kad pengenalannya sahaja tanpa mengamalkan apa yang dituntut. Inilah yang menyebabkan kesucian dan keagungan Islam tercemar dimata mereka yang bukan Islam.
Jadi…buat saudara seIslam ku khususnya artikel ini ditujukan buat diriku dan kaum hawa. Jagalah kesucian Islam sebaiknya kerna mungkin hanya kealpaan dan kelalaian dirimu akan memberi fitnah kepada Islam dan umat yang menganutinya….
JOM KITA MENGEMBARA LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI ABADI…(“,)
blog comments powered by Disqus