Rabu, 11 Ogos 2010

Tetamu Yang Dirindui…(“,)


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah Ya Allah kerna masih mengurniakan nikmat Iman dan Islam ini dalam jiwaku juga diberi peluang untuk terus rukuk dan sujud kepada Mu. Selawat dan salam buat kekasih tercinta yang amat-amat diri ini rindui, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.
Alhamdulillah, akhirnya Allah s.w.t. memberi keizinan untuk jari ini menari-nari atas papan keyboard laptop. Keinginan untuk menulis sering kali datang bertamu namun jiwa dan hatiku tidak turut serta. Jadi, ku biarkan sahaja “diari” ini sunyi tanpa artikel terbaru.
Bukan kerna tidak mahu diupdate, tapi ku mahu jiwaku suci dan ikhlas tika menulisnya supaya ianya mampu mengetuk hati-hati insan lain yang membaca coretan ku ini. insyaAllah ameen…
Ana lihat, ramai sahabat-sahabat blogger mengupdate blog mereka dengan ucapan atau tazkirah sempena bulan Ramadhan ini. Oleh itu, ana juga tidak mahu ketinggalan untuk melakukan hal yang sama tapi pengisian yang berbeza. Supaya hati ini juga diperingatkan sebelum memberi peringatan kepada orang lain.
Alhamdulillah, dapat juga ana sempurnakan puasa pada hari ini. Di serang gasrik secara tiba-tiba, makin ku tahan makin kuat pula sakit yang terasa. Meronta-ronta minta ku “suap” sesuatu barangkali. Duduk tak kena, berdiri lagi tak kena. Mahu tidur takut membazirkan masa yang sukar diganti ini.
Akhirnya ku alihkan minda “sakit” ini dengan membaca majalah solusi yang terbaru. Tertarik dengan kata-kata pada kulit muka depannya.
“Berdoa bukan untuk memberitahu Allah apa yang kita pinta, kerna tanpa diberitahu pun Allah sedia mengetahui. Doa ialah pengabdian daripada seorang hamba kepada Tuhannya”
Benar sekali, namun baru kini ku terfikir tentangnya kerna Allah itu Maha Mendengar. Hatta sejuta atau sebilion orang yang ada atas bumi ini berdoa atau merintih dan mengadu kepadaNYA, Allah tetap Maha Mendengar. Subhanallah…Agung dan hebatnya pencipta kita ini.
Alhamdulillah, Allah mendengar rintihan dari hamba yang berpuasa ini supaya kesakitan itu diringankan untuk memudahkan ku bergerak ke sana sini. Dengan izinnya, kesakitan itu hilang saat ku melangkah ke Masjid untuk sama-sama bertadarus dengan sahabat-sahabat juga berbuka puasa dengan mereka.
XXXXXXXXXXXXXXXXX
Ana masih ingat Ramadhan yang lepas. Catatannya juga masih tersimpan kukuh dalam “diari” Kembara Sufi Di Bumi Tuhan ini. 1 Ramadhan tahun lepas ana sempat berpuasa dengan family, namun kali ini tidak berkesempatan. Macam manalah dengan adik lelaki yang ke-8, dapat ke dia puasa penuh tahun nie…ku doakan moga dia berjaya…ameen..
Dalam masa yang sama masih tergiang-giang kata-kata ustaz yang memberi kuliah sewaktu ku kembara ilmu minggu lepas. Katanya, Imam Ibnu Athaillah menulis dalam kitabnya,
“siapakah orang yang lari dari Allah s.w.t.?”
Pertanyaan ini menimbulkan persoalan, adakah insan yang mahu lari dari Allah s.w.t. dan bukan dekat dengan Allah s.w.t.? Lantas ustaz tersebut tekankan, lari DARI dan lari KEPADA adalah dua perkataan yang membawa maksud yang berbeza.
Lari dari Allah s.w.t. bermakna, kita berjauhan dengan Allah s.w.t. manakala lari kepada Allah s.w.t. bermakna, kita mahu dekat dengan Allah s.w.t….jadi, persoalannya disini, siapakah orang yang dimaksudkan oleh Imam Ibnu Athaillah?
Orang yang lari atau berpaling dari Allah s.w.t. adalah orang yang solat dan berpuasa. Maksudnya disini, berapa ramai yang solat tetapi hatinya tidak khusyuk dan hati yang tidak hadir itulah orang yang lari dari Allah s.w.t….dan kerna itu solatnya tidak mampu mencegah dirinya dari melakukan perkara mungkar.
Begitu juga dengan berpuasa, hanya berpuasa semata-mata tanpa hatinya tidak punya keinginan untuk merasai nikmat berpuasa dan puasanya itu tidak mampu mengawal atau mendidik nafsunya. Akhirnya, solat dan puasanya menjadi sia-sia dan itulah orang yang lari dari Allah s.w.t.
Ayuh kita muhasabah diri….
XXXXXXXXXXXXX
Tersenyum seketika membaca mesej yang dihantar oleh sahabat seperjuangan. Katanya…
Orang AWAM…
RAMADHAN datang, terus ingat RAYA…
Orang MUKMIN…
Bersungguh-sungguh mengisi RAMADHAN, lega bila RAYA…
Orang BERTAKWA…
Gembira RAMADHAN datang, rasa tidak layak untuk beRAYA…
Orang MUQORROBIN…
Rindu, cemas, dan bimbang dengan RAMADHAN kerna takut tidak pandai menghormatnya…RAYA tiada dalam ingatannya…
Alhamdulillah Ya Allah...tetamu yang ku tunggu selama ini, tetamu yang ku rindui selama ini dan tetamu yang amat ku cintai selama ini akhirnya dapat jua ku menemuinya...
Ya Allah..aku mohon padamu, istiqomahkanlah hati dan jiwa ini untuk ku melayaninya dengan sebaik mungkin, menjadi pengukuh untuk ku terus mendekati Mu ...Ya Allah...sempatkanlah diri ini untuk menemaninya sehinga ia pulang...ameen Ya Robb...

 
 JOM KITA MENGEMBARA LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI ABADI...(",)

blog comments powered by Disqus