Ahad, 15 Ogos 2010

Damai Bersama Mu…(^_^)


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah Ya Allah kerna masih memberi diri ini peluang untuk terus rukuk dan sujud kepada Mu. Selawat dan salam buat kekasih tercinta yang amat diri ini rindui, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.
Alhamdulillah…akhirnya jari ini menari-nari jua diatas keyboard laptop. Punya tujuan untuk mencoret kisah perjalanan hidup ku dalam “diari”  Kembara Sufi Di Bumi Tuhan ini untuk berkongsi dengan para pembaca sekalian…insyaAllah..
Alhamdulilah Ya Allah....ku tersenyum sendiri mengenangkan dugaan yang datang bertali arus hari ini....thanks Allah kerna memilih diriku untuk menerimanya....^_^

Ya…ku berterima kasih padaNya kerna memilih diri ini. Rasa sakit kepala sedikit berkurang bila bibir ku mula menyebut namaNya… terasa hati ini damai dan dekat denganNya…subhanallah…
XXXXXXXXXXXXX
Hari ini, bertalu-talu ujian datang bertandang walaupun tanpa jemputan dariku. Ku mengerti itu adalah “tarbiyah” buat diriku untuk diri ini sedar bahawa aku hanyalah hamba buat Yang Maha Esa.
Teringat kisah sahabat seperjuangan ku beberapa hari lepas, “kalau ukhty nak tahu, tiap-tiap minggu Allah uji akak. Mesti ada…turn minggu nie pulak, beg duit akak hilang. Kad pengenalan, kad ATM, Kad Matrik, semua lesen, duit dan lain-lain semuanya dah tak ada dalam sekelip mata. Minggu lepas, kereta sewa yang akak naik kemalangan…kena bayar RM300 untuk ganti rugi”. Katanya selepas ku paksa dia ceritakan masalahnya.
Ana merenungnya…dia masih mampu tersenyum dan ketawa.
Ada sahabat ana yang lain cakap kat akak senior ana nie, “ukhty nie, beg duit kena curi pun boleh senyum-senyum lagi”.
Dia pun jawab balik, “habis tu, nak duduk termenung…lepas tu menangis, macam tu?”
Allahuakbar…kerasnya hati….sememangnya dirinya sudah ku kenali, amat keras jiwanya…terkesan sedikit sahaja, selepas itu akan bangkit semula…Bukan itu sahaja, pesanannya juga buat diri ini sentiasa positif.
Katanya, “lepas diuji tu, terus kena muhasabah…fikir hikmah kenapa Allah berikan dugaan tu buat kita, mesti ada sebab…contohnya macam minggu awal semester di buka, akak beli roti banyak, tapi dah berkulat walaupun tarikh tak luput lagi. Lepas tu akak beli planta dalam bekas besar, tapi jatuh kat atas lantai. Terus pecah botol kaca tu, membazir macam tu je…”
“akak pun renung hikmahnya….owwhhh, rupanya dah lama aku tak bersedekah kat orang..maklumlah, duduk kat rumah cuti semester…keesokan harinya, terus datang orang mintak derma kat bilik. Akak pun bagi derma lebih dari biasa…”
Dan ana aplikasikan katanya….“selepas diuji, bersegeralah memikirkan hikmahnya”. Alhamdulillah…minda ku menjadi positif, bersangka baik dengan Allah s.w.t. dan orang lain. Kepala tidak serabut, hati pula tenang dari perasaan geram dan marah….(^_^)
XXXXXXXXXXXXX
Pada masa yang sama, usahlah mengeluh kerna kita adalah yang terpilih oleh Allah s.w.t. untuk diuji daripada berjuta dan berbilion orang. Kerna, hati yang beginilah mudah dilenturkan sekiranya kita ingat pada Allah s.w.t…
Lantas ku teringat kata-kataku sendiri tika berbicara dengan sahabatku yang berkongsi masalahnya dengan ana…
fikirkan hikmahnya ukhty... Allah s.w.t. itu penuh dgn kejutan dan keajaiban ukhty.... denganNya tiada jalan buntu...DIA yg menciptakan dugaan itu buat dirimu...sudah semestinya...DIA juga punya jawapan dan jalan...

syukurlah dirimu dipilih menerimanya....(^_^)
Alhamdulillah...diri ini tenang membaca kalam ku sendiri…Allah s.w.t. akan tunjukkan hikmahnya diakhirnya nanti… Dan disaat itu, dirimu akan sebak dan bersyukur kerna dipilih untuk menerima dugaanNya….
"Hidup ini indah bila mehnah melanda..bila hati redha tanpa dipaksa...jiwa menangis bila dipuja...itulah jiwa insan yang merdeka bergelar HAMBA..."
~Hubbulhaq~
XXXXXXXXXXXXX
Damai BersamaMu..

Aku Termenung Di Bawah Mentari
Di Antara Megahnya Alam Ini
Menikmati Indahnya Kasih-Mu
Kurasakan Damainya Hatiku

Sabda-Mu Bagai Air Yang Mengalir
Basahi Panas Terik Di Hatiku
Menerangi Semua Jalanku
Kurasakan Tenteramnya Hatiku

Jangan Biarkan Damai Ini Pergi
Jangan Biarkan Semuanya Berlalu
Hanya Pada-Mu Tuhan
Tempatku Berteduh
Dari Semua Kepalsuan Dunia

Bila Ku Jauh Dari Diri-Mu
Akan Kutempuh Semua Perjalanan
Agar Selalu Ada Dekat-Mu
Biar Kurasakan Lembutnya Kasih-Mu

~Ayuh muhasabah diri…..Damai bersamaNYA….(^_^)~

JOM KITA MENGEMBARA LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI ABADI….(“,)
blog comments powered by Disqus