Jumaat, 25 November 2011

Sentap!


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Alhamdulillah Ya Allah, puji-pujian hanya layak buat Mu. Pemilik segala isi dunia dan akhirat. Selawat dan salam buat kekasih tercinta, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.

Alhamdulillah Ya Allah atas keizinan Mu untuk hamba ini bertinta lagi. Berkira-kira untuk mencoret sesuatu kerna beberapa hari berikutnya ana akan berada di luar kampus menjalankan ‘misi da’wah’. Moga redha Allah mengiringi atas apa yang bakal ku korbankan ketika itu. ameen~

Semalam, insan yang banyak mempengaruhi pemikiran dan tarbiyah diri ini menyapa dalam ym. Benar-benar rindu dengan ‘tangan’ dan hatinya yang banyak mentarbiyah insan kerdil ini. Juga banyak mempengaruhi gerak kerja da’wah ku di kampus. Moga ada saham buatmu jua sang murobbi. ameen~

Masih ana ingat kata-katanya dan kata-kata itu meresap dalam jiwa ana, “duduklah kat mana pun, buatlah kerja apa pun, masuklah program apa pun, berkawanlah dengan siapa pun, gerak kerja Islam mesti dilakukan. Allah tidak melihat hasilmu, tapi usahamu!”.

Sentap!

Dan mata ini jadi saksi. Ketika beliau membeli makanan, da’wah terus berlangsung. Ketika beliau berniaga, da’wah terus berlangsung. Ketika menghadiri program, da’wah terus berlangsung. Hampir segenap ruang dan masa dalam hidupnya diwakafkan untuk ummah. 

Dan semalam, beliau berkongsi sesuatu dengan ana. Suatu kata-kata yang beliau perolehi dari teman baiknya melalui email. 


Pencerahan bukan untuk orang yang manja.
Tarbiyyah bukan untuk orang yang malas.
Da'wah bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri.
Tarbiyyah bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat, sekejap down-sekejap up, cepat terasa.
Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti-yang senang dan mudah join, yang penat, bersusah payah elak.
Bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh tuhan. Kalau tak, batang hidung pun tak Nampak.
Bukan bagi yang meletakkan da'wah hanya untuk mencari calon ikhwah/akhawat sebagai sang suami/isteri,

- Yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman pencerahan bila dia dalam kesusahan.
Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat, tak share pun dengan orang lain.
- Yang cepat mengalah,
- Yang meletakkan mabit, qiamullail, daurah, dan tathqif dalam diari hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara 'penting' yang lain.
- Yang hanya pandai cakap (dan menulis), tapi amal kosong
- Yang hanya tahu compare jamaah itu dengan jamaah ini, yang boleh jarah wa ta'dil harakh ini dan itu.

Da'wah bukan untuk orang yang ikut liqa hanya kerana nak disebut sebagai ahli dalam harakah ini dan itu, jamaah ini dan itu.
Da'wah bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last minute.
Da'wah bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di jalan Allah.
Da'wah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh.
Da'wah bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat, mesti naik motokar besar dan mewah, yang air-cond, dan laju. Yang tak nak naik bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluh.
Tarbiyah bukan untuk orang yang kena contact dan info dia setiap masa tentang perkembangan terkini sedangkan dia kena macam boss, hanya tunggu information.
Pencerahan bukan bagi mereka yang hanya nak berkawan dengan orang berduit dan berharta, yang hidup mewah, dan mengelak berkawan dengan orang susah, miskin, dan pakai comot.
Da'wah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak beri alasan ini dan itu. Penat, mengantuk, susah, banyak kerja, keluarga tak bagi keluar.

Tarbiyyah bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah.

Tanpa anda, orang yang sering beralasan ini, da'wah akan terus berjalan.
Islam akan tetap berjaya. Ummah akan tetap terpelihara.

Cuma tanpa pencerahan,
Tanpa tarbiyyah,
Tanpa da'wah,
Belum tentu kita akan Berjaya di mahsyar nanti.

Tak mengapa. Teruskan hidup anda seperti biasa. Da'wah tak memerlukan anda. Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran anda. Berbahagialah seadanya.


SENTAP! Setelah membaca artikel ini. Setelah mendapat khabar berita tersebut, pergerakkan ku jadi perlahan untuk seketika. Allah benar-benar mahu menguji keikhlasan dan ketabahan hatiku untuk menempuhnya. Banyak masa ku dihabiskan dibilik kerna badan yang terasa lemah longlai. 

Lalu ku ingat kata-kata murobbiku, “gerak kerja da’wah tetap perlu diteruskan!”. Saat ku menulis coretan ini, video yang ku rakamkan tentang perjalanan hidupku sebelum ini terpasang. Hatiku jadi sebak melihat foto-foto lalu yang diambil ketika program. Dan hati tetap berbisik walaupun ku tahu badan ini sudah tidak mampu, “jiwaku! hatiku! tidak pernah sekalipun terfikir untuk berundur”.

Dua hari lepas, ada satu nombor yang tidak ku kenali terpampang di skrin telefon. Lantas ku angkat dan terdengar suara, “Assalamualaikum, nie kak asma’ ke? dari UUM?”

“wa’alaikummussalam. Ye saya, ada apa ye?” ana menjawab.

“erm…kenapa kirim kat saya bungkusan ye?”

Ana pun agak blur dan confius ketika itu. Dan akhirnya ku tersenyum sendiri seraya berkata, “owh…itu hadiah dari abang awak. awak ada abang kan? dia yang minta akak buatkan tudung labuh untuk awak sebab dia teringin sangat untuk lihat adik dia pakai tudung labuh. Jadi dia minta akak ubah sikit kelabuhan tudung tu jadi pendek sikit sebagai permulaan untuk awak mula bertudung labuh. Akak doakan awak istiqomah dik…”. 

Cuba sedayanya untuk cover rasa terkejut dan confius tu walaupun ana memang tak tahu yang abang kepada adik nie hadiahkan tudung labuh tu tanpa pengetahuan empunya diri. Bertuah kamu dik punya abang sepertinya.

Saat itu, ana tahu ana punya misi da’wah yang cukup besar. Iaitu kembangkan lagi ‘Bidadari Collection’ untuk menepis tudung-tudung yang ‘tidak cukup’ kain. Ana juga tidak tahu berapa lama ianya akan bertahan, tetapi akan ku cuba sedaya mampu. 

Dan juga diari ini. Ana tahu ada sahabat ana sendiri yang membaca dalam diam. Ku cuba untuk mencari ilham dan idea terbaik untuk menulis supaya ianya terus memberi manfaat untuk ummah.

"Menggunakan internet untuk menyampaikan maklumat Islam, menyampaikan suara Islam dan memperlihatkan Islam merupakan satu jihad Utama"

(petikan daripada Kitab Fikhul Jihad karangan Prof. Dr. Sheikh Yusuf Al-Qardhawi)

Allah…bertahun-tahun Engkau mendidikku supaya mencari, mengasah dan mencungkil skil dan ilmu yang baru. Dan inilah hasilnya atas apa yang ku korbankan selama ini. Masa cutiku, masa rehatku, dan jadual seharianku begitu padat dengan pelbagai program. Terima kasih Ya Allah… wallahua’lam…


JOM KITA MENGEMBARA LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI ABADI...(^^,)

blog comments powered by Disqus