Khamis, 3 November 2011

Dia Istimewa


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Alhamdulillah Ya Allah atas nikmat Iman, Islam & Ihsan, hanya kepada Mu ku bersujud. Selawat dan salam buat kekasih tercinta dunia & akhirat, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.

Alhamdulillah atas keizinanNya, jari ini menarik-nari lagi diatas papan keyboard laptop untuk mencoret sesuatu buat para pembaca. Moga setiap artikel yang terpapar memberi manfaat dan diriku istiqomah dalam menulis. ameen.

“bukan bibir ini berbicara, namun jiwa ini berbahasa”

Semalam, terlakar sesuatu dalam diari pengembaraan ana di bumi Allah s.w.t. Diberi peluang dan ruang serta keizinan dari Allah s.w.t. untuk ana turut serta dalam rombongan Anis Syakirin bersama kawan sekolah dan guru-guru dari pendidikan khas ke Tesco dan Restoran Horizon.

Abah tanya kepada ana, “angah boleh teman Anis ke nanti? sekolah dia ada buat rombongan pi makan kat hotel…”

“boleh je…” sambil hati berlagu riang…hehe. Bukan ‘nikmat’ makan itu yang ana pandang, tapi pengalaman bersama kanak-kanak istimewa itu yang ana mahukan.

Memang peluang seperti ini yang ana nantikan kerna ‘mereka’ semua cukup istimewa dan suci tanpa noda. Paling penting, mereka mampu memuhasabahkan diri ini dalam diam.

Pagi semalam ana ke sekolah Anis. Cikgu sekolah tersebut meminta setiap pelajarnya untuk membawa teman, samaada ibu, bapa, kakak atau abang untuk menjaga mereka ketika di Tesco dan Restoran nanti. Masa sampai kat sekolah tu, agak gugup jugak sebab……..budak-budak kat sekolah tu pandang semacam je. Tak pernah nampak ‘ninja’ kot…hehe.

Ana nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kat Insyirah Solehah atas perkongsian pengalaman dalam blognya tentang tolong tanggalkan niqob. Sebaik sahaja sampai ke kelas Anis, cikgu-cikgu pun nampak agak kekok dengan ana. Akhirnya ana kumpul kekuatan, then tanggalkan niqob depan mereka. Tidak mudah bagi ana walaupun orang lain nampak simple, hanya yang merasai akan faham apa yang ana rasa.

Lepas tu barulah diaorang nampak macam agak selesa dan lancar sesi ‘ta’ruf’ antara kami. Tersenyum sendiri bilamana mereka menyangka ana ini pelajar lulusan Al-Azhar kerna penampilan ana. Tapi ana anggap itu sebagai doa, moga-moga diri ini diizinkan Allah s.w.t. untuk menadah ilmu disana..ameen~

Jujur ana katakan, ana kagum dengan cikgu-cikgu yang mengajar pelajar-pelajar kelas pendidikan khas kerna ana tahu betapa susahnya untuk menyelami jiwa kanak-kanak istimewa walaupun pelajar mereka hanya 36 orang sahaja.

“saya tengok, pelajar-pelajar kelas nie hormat kat cikgu-cikgu. Tak macam kelas-kelas pelajar ‘normal’…”. ana mulakan topic.

“betul…saya sendiri pun bersyukur dapat mengajar kelas nie sebab takut tengok budak-budak sekolah zaman sekarang. Macam kat kelas sebelah nie, waktu hujan diaorang keluar pergi main hujan, sedangkan ada cikgu kat depan tengah mengajar. Lagi takut bilamana dengar berita pasal budak umur 7 hingga 8 tahun mencuri barang kat 26 buah rumah…” jawab salah seorang cikgu.

Bagi ana sendiri, jika kalian mahukan anak murid seperti zaman dulu-dulu, kalian juga mesti jadi guru seperti zaman dulu-dulu. Bagaimana? guru dulu-dulu kenal anak didik sampai kenal seluruh ahli keluarganya. Jadi, guru-guru dulu dengan mudah dapat menyelami jiwa anak didiknya. Percayalah, anak didik lebih mudah mendengar kata guru berbanding ibu bapa sendiri (kajian ana).

“penghormatan itu diberi dan bukan diminta”

Semasa duduk di bilik pendidikan khas, ana perhatikan cara didikan cikgu-cikgu tersebut dan juga perwatakan tiap insan istimewa termasuk adik ana sendiri iaitu Anis dan semuanya cukup unik! Subhanallah…(^^,).

Bagaikan ada magnet antara mereka yang saling menampung kekurangan masing-masing. Dan yang pasti, kasih sayang antara mereka benar-benar membuatkan hati ana tersentuh. Ada seorang pelajar antara mereka yang mudah memahami perwatakan teman-temannya yang lain termasuk Anis.

Ketika itu, Anis tengah makan lagi. Kebanyakan kawan-kawannya sudah habis makan dan bangun untuk basuh tangan. Dia menepuk dadanya berulang kali menandakan dia mahu minum air tetapi tidak seorang pun memahami ‘isyarat’ yang diberikan. Ana biarkan sahaja sambil memandang dari jauh untuk melihat apa yang bakal berlaku. Lalu datang seorang kawannya sambil berikan air.

Bersama teman yang memahami...(^^,)

Setelah semuanya selesai, kami semua termasuk para ibu dan penjaga yang menemani anak atau orang dibawah jagaannya menaiki van dan menuju ke destinasi pertama iaitu ke Tesco. Dalam tempoh tersebut, sempat ana mesej teman facebook untuk ‘dating’ bersama. Sengaja untuk kenalkan Anis kepadanya. Alhamdulillah dipermudahkan segala urusan.

Sebaik sahaja sampai, kami semua berpecah mengikut haluan masing-masing. Ana bawa Anis ke kedai buku (Muda Osman) untuk membeli sesuatu kepadanya supaya dia ‘diam’ dan tidak meragam kerna masa yang diberikan agak lama sementara menunggu makan tengahari.

Ketika masa masih berbaki dalam 30 minit, ana mahu ke ruang barang-barang keperluan untuk beli coklat dan sedikit makanan untuk Anis. Disebabkan peraturan pihak terbabit, beg mesti diletakkan di luar dan tidak boleh dibawa masuk. Beg ana sudah diletakkan dalam laci dan ana cuba pujuk Anis untuk tanggalkan beg dia tetapi dia tak nak. 

Jadi, ana cuba berurusan dengan pegawai yang jaga bagi meminta izin untuk membenarkan beg yang Anis pakai dibawa masuk. Tetapi pegawai tersebut tetap tidak membenarkannya,
“ada apa dalam beg dia?”

“ada barang-barang sekolah dia je encik..” jawab ana.

“kalau macam tu tak boleh bawa masuk, kena letak kat luar. Lainlah kalau ada laptop, barulah boleh bawa masuk…”.

“Tapi encik, adik saya nie tak nak letak beg dia kat luar. Dia nak pakai jugak…”. ana cuba lagi.

Then pegawai tu pergi dekat kat Anis dan cakap, “dik, beg tu kena letak kat luar, tak boleh bawa masuk…”.

Anis pun terkebil-kebil tengok dia sambil senyum. Ana pun jawab, “maaf encik, dia OKU dan dia tak faham apa yang encik cakap…”.

Betapa pahitnya untuk ana sebut perkataan Orang Kurang Upaya (OKU) walaupun Anis memang dalam kategori tu. Lepas ana cakap macam tu, pegawai tu terdiam. Dan dia berlalu macam tu je dan kembali kat tempat dia. Anis dan menjerit-jerit kat situ sebab tak nak lepaskan beg dia. Ana ada tulis dalam catatan yang lepas bahawa Anis memang tak boleh berpisah dengan beg dia. kalau boleh, dalam bilik air pun nak bawa masuk beg.

Bila Anis dah menjerit-jerit macam tu, hampir semua orang pandang kitaorang. Lagi ana terkilan bilamana pegawai tu boleh pergi macam tu je. Ana dah sebak, nak mengalir air mata pun ada. Nak je cakap, “engkau nie bodoh ke apa, budak tu mana reti apa-apa pun. Apa beza bawak masuk ke tak sedangkan nak keluar nanti kena lalu kat lorong yang dapat kesan barang tu dibayar atau diambil secara curi.”

Tapi ana telan je semua tu. Bukan sekali dua jadi macam tu, dah banyak kali. Tak nak air mata nie jatuh, ana terus berlalu dan ambik beg ana dan terus pergi beli kat tempat lain. Hati dah berzikir sambil memujuk, “Allah…aku kena kuat!”. Hanya yang merasai akan faham apa yang ana rasa.

Lepas tu, kitaorang turun bawah untuk berkumpul bagi meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya. Ana pun berpisah dengan Kak Hani (ummu haziq) yang dikenali melalui facebook. Tercapai juga hajat untuk jumpa. Terima kasih kak! (^^,)

Sebaik sahaja sampai ke Restoran yang dituju, masing-masing duduk ditempat yang sudah ditempah. Ana cuba duduk dimeja yang agak tersorok untuk memudahkan ana makan. Tetapi diminta untuk duduk di meja yang agak terbuka. Hati dah berdoa, “Ya Allah…macam mana nie. bantulah hamba…”.

Boleh je ana makan dalam keadaan berniqob, selak kain dan makan. Cuma agak selesa kalau dapat buka ketika makan. Tengah susun tempat duduk, ada cikgu yang menyapa, “macam mana, boleh ke duduk kat sini?”.

Spontan ana jawab, “erm…kalau boleh cikgu, saya nak duduk kat tempat tersorok sikit. Senang nak makan..hehe..”. Alhamdulillah cikgu tu memahami dan minta ana duduk kat meja lain. Bila kamu yakin dengan Allah, pasti akan ada bantuan dariNya.

Mungkin ada yang terdetik dihati bila baca catatan ana nie, “pakai niqob buat apa, kan susah nak makan…”. Tapi ana nafikan itu sebab bagi ana, ini jalan yang ana pilih dan ana akan cuba untuk pertahankan anugerah ini…(^^,).

Ketika sedang sibuk melayan Anis makan, alhamdulillah Allah aturkan pelayan Restoran yang sudi melayan kawan-kawan Anis yang lain. Sejuk je hati tengok perwatakannya, cukup prihatin. Di ceduknya nasi, di letakkan kuah, dipotongnya ayam, sotong dan daging menjadi kecil untuk memudahkan mereka makan. 

Hati ana berdoa, “Allah…berikan ganjaran yang setimpal atas kebaikan hatinya…”. Nak hati macam dia jugaklah..hehe.. Orang lain pun terasa bahagia dan senang melihatnya. Hati sedikit terubat dengan sikap pegawai sebelum tu setelah melihat kelembutan layanan pelayan restoran tersebut.

Ragam kami...(^^,)

Sedikit gambar untuk tatapan kalian, juga kenangan diri ini bahawa diri ini bersyukur dianugerahkan adik istimewa seperti Anis Syakirin Binti Suardi. Mahu saja ku bagitahu satu dunia bahawa Anis adalah adik kandungku.

Banyak sangat Ibrah (pengajaran) yang ana dapat hari ini yang mungkin tidak tercatat dalam coretan kali ini. Bagiku, untuk ‘masuk’ dengan masyarakat tidaklah susah walaupun penampilan agak berbeza dengan orang lain. Yang penting niat kita itu kerna Allah s.w.t…cukuplah pakaian dan akhlakku mentarbiyah dan menegur diri ini dan mereka. Sebaik-baik pakaian adalah pakaian taqwa…wallahua’lam…(^^,)

blog comments powered by Disqus