Rabu, 16 November 2011

Cukup Berharga! (^^,)


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Alhamdulillah Ya Allah atas nikmat Iman, Islam dan Ihsan yang Engkau berikan ini. Selawat dan salam buat Imam seluruh umat Islam, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.

Alhamdulillah Ya Allah atas keizinan untuk hamba ini bertinta lagi dalam diari maya. Mencari ilham untuk menulis dan Allah s.w.t. gerakkan hati untuk berkongsi sesuatu. Mencari sesuatu yang santai sebab ana sendiri pun rasa ‘muak’ baca coretan sendiri yang amat la tersirat..hehe

Sedang kemas meja study tadi, terpandang sesuatu yang baru sahaja ana beli semalam. Ada seorang sahabat yang juga pelanggan ‘Bidadari Collection’ yang dikenali dari facebook, meminta untuk ana berikan sesuatu kepadanya sebagai tanda perkenalan. 

Ana tersenyum sendiri dengan permintaannya itu, namun ana mengerti bahawa dia mahukan sesuatu untuk diingati. Lantas akal begitu ligat memikirkan apa yang mahu ana hadiahkan kepadanya. 

Ketika itu, teringat kata-kata seorang Dekan di kampus ana “kalau saya, saya takkan sedekahkan barang-barang terpakai kat orang. Kalau tak nak guna, saya akan bakar semua tu. Prinsip saya, kalau nak bagi, bagi yang baru. Macam baru-baru nie, ada saudara saya yang rumahnya terbakar, saya ajak satu keluarga dia pergi beli pakaian dan keperluan lain kat supermarket. Biarlah duit habis banyak, asalkan diaorang tu gembira dan puas hati”.

Actually, agak terkejut bila dengar tu sebab rasa macam membazir pun ada. Tapi ada kebenaran disebalik prinsip yang beliau lakukan dan ana pun dah mula terikut sedikit demi sedikit prinsip beliau..hehe…:p

Dan semalam, ana carikan sesuatu yang amat-amat berharga ‘dimata’ ana untuk dihadiahkan kepadanya. Ana tidak tahu dia suka ataupun tidak, yang pasti ianya cukup bernilai kepada ana.

Ana teringat soalan yang pernah diajukan oleh pensyarah ana dalam kelas, “apa barang yang paling-paling bernilai kat kamu semua? kalau saya, jam yang saya pakai nie…” dan beliau jelaskan kenapa ianya bernilai baginya.

Tadi, terlintas satu idea diminda. Lantas ana pilih 3 barang yang amat berharga kepada ana. Mesti ada yang tanya, kenapa tiga? sebab ana suka angka tiga. boleh terima tak jawapan tu? hehe… Ada banyak lagi tapi kalau share semua, mesti penat korang nak baca kan? :p

Nie la barang tu...hehe
Pertama, al-Quran yang warna pink tu. Ada seseorang yang hadiahkan al-Quran nie kepada ana, juga keychain yang ada kat situ. Kebetulan masa dia bagi tu, ana memang tercari-cari al-Quran yang ada terjemahan untuk memudahkan ana semak ayat-ayat yang ada. 

Banyakkan pahala orang yang bagi tu? sebab tiap-tiap hari ana baca, maka tiap-tiap harilah pahala mengalir kat dia. Untung-untung…nanti pakat-pakat la hadiah kat kawan-kawan ek…hehe

Al-Quran nie nampak menyerlah dari jauh sebab warna pink. Ana suka sangat-sangat warna pink, sebab tu latar belakang ‘Kembara Sufi Di Bumi Tuhan’ nie warna pink walaupun ada yang kata lebih cantik kalau warna hijau. Nie blog ana, jadi suka hati ana lah nak buat warna apa kan? :p

Adik lelaki ana pun berkenan dengan al-Quran nie, “angah, kita tukar nak? hehe”

‘banyak cantik muka hang! tak nak…huhu”. 

Al-quran penenang jiwa ana, penghibur dikala duka, pengubat rindu kepada Dia, solusi kepada masalah yang ada, tak pernah jemu menatapnya..alhamdulillah.. terima kasih kepada yang hadiahkan kepada ana…(^^,)

Kedua, kertas yang tertulis kata-kata. Itu hadiah daripada umie ana atas keputusan yang cemerlang dalam SPM. Kertas itu juga ana kongsikan kepada adik-adik semasa Slot Akademik Kem Kepimpinan Islam kerna ianya punya nilai yang amat berharga.

Kalau dilihat, ianya cuma sehelai kertas yang mungkin tidak punya nilai bagi sesetengah orang. Mana tidaknya, sudahlah nampak kotor, dibalut dengan solatip plak tu, boleh nak dikatakan kertas terbuang kot..hehe

Tapi disebabkan itulah kali pertama ana terima hadiah dari umie atas kejayaan dalam SPM setelah beberapa kali mengecewakan mereka dengan keputusan yang agak teruk sebelum tu. Maka, ana simpan kertas tu hingga ke hari nie. kalau ada orang nak beli dengan nilai RM 1 juta pun ana takkan jual. Eh, ada ke orang nak beli? hehe..

Ana masih ingat saat itu, betapa gembiranya umie dan abah ketika ana tunjukkan keputusan SPM kat dorang. Itulah kali pertama ana melihat senyuman mereka yang cukup indah dan ana berjanji kepada diri sendiri untuk melihat lagi senyuman mereka tatkala melihat ana diatas pentas sambil memegang ijazah sarjana muda nanti. Tiba-tiba sebak…huhu..

Allah…berikan kesihatan yang baik dan panjangkan umur kedua ibubapaku untuk melihat kejayaan anaknya ini..ameen. 

Ketiga, mug yang ada tertulis COB, Universiti Utara Malaysia. Mug nie ana dapat semasa mengikuti Kursus Pengurusan Organisasi tahun 2009 bersama sahabat seperjuangan dalam Kelab Pentadbiran Muamalat.

Ana rindukan saat itu. Saat kebangkitan satu-satunya kelab akademik yang Islamic yang ada kat kampus ana. Di bawah kepimpinan seorang president yang amat berkaliber yang dipilih berdasarkan syura dan anggota-anggota yang diangkat naik untuk meneruskan ‘wasiat’ yang diamanahkan oleh mantan kelab.

Masih ana ingat kata-kata yang dibisikkan ke telinga ana tiga tahun yang lepas, “dik…akak harapkan awak untuk jaga kelab nie”. Agak pelik kenapa kata-kata itu dibisikkan ke telinga ana, budak yang baru sahaja beberapa minggu mengenal dunia universiti yang masih mentah. 

Hadiah nie ana dapat kerana team kami ketika itu berjaya melalui ujian yang diberikan oleh urusetia. Tak silap ana hanya tiga kelab yang berjaya termasuk kelab kami. Ketika kami sama-sama mengikuti kursus tersebut, ramai yang memandang ‘sinis’ terhadap kami.

Mana tidaknya, kami sahaja yang nampak ‘pelik’, kot? Kami makan berjemaah dan ada yang mengetui membaca doa sebelum dan selepas makan. Kami solat berjemaah bersama-sama walaupun di kem. Masuk hutan dengan pakai tudung dan t-shirt labuh hingga ada yang cakap, “boleh ke ustazah-ustazah nie? hehe”

Kami telan je semua tu. Dan ajaibnya di hari terakhir kursus tersebut, mata ini menjadi saksi team kelab yang lain makan berjemaah sambil seorang mengetuai membaca doa, turut serta dengan kami solat berjemaah, dan ada seorang non-muslim berminat untuk belajar bahasa arab dengan sahabat muslimin. 

Subhanallah…kenangan yang cukup indah. Amat indah bilamana mug ini menjadi saksi dan bukti ikatan ukhuwah dan da’wah antara kami semua. Dan sebaik sahaja tamat kursus, ada yang tegur ana dalam kelas “awak kan exco Kelab Pentadbiran Muamalat?”, ana hanya mengangguk sambil mengukir senyuman.

Yang bertanya itu adalah free hair, itu bukti bahawa tiada diskriminasi pakaian dijiwa kami, boleh masuk dengan semua. Jadi, dapat ana simpulkan kat sini. Pakaian kami, akhlak kami dan pergaulan kami menjadi contoh kepada yang lain, Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi darinya. 

Sebab tu bila roommate nak pinjam satu mug ana, ana tak bagi yang nie..hehe.. sebab ana sayang sangat-sangat mug nie…

Baiklah, itu sahaja yang dapat ana kongsikan dengan kalian semua. Dan ana pasti pembaca yang membaca coretan ana ini juga punya barang yang amat-amat berharga kan? =)

Kamu, kamu dan kamu…terima kasih kerna membuatkan diri ini tersenyum. Terima kasih untuk segala memori dan kenangan yang terukur dalam kanvas kehidupan ana, terima kasih juga kerna sudi menjadi warna warni dalam hidup ini.

Hati ini terasa bahagia walaupun hanya memandang hadiah yang kalian berikan, teringat saat indah kita bersama, berpimpin tangan menuju redha ilahi. Ku doakan moga kalin turut mendapat saham akhirat kerna mengembirakan hati ini. Terima kasih! (^^,)…

Sebarkan bahagia…wallahua’lam…


JOM KITA MENGEMBARA LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI ABADI…(^^,)
blog comments powered by Disqus