Selasa, 15 Disember 2009

Program "Sayengi Sek-sek Kito"


“Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah…syukur ke hadrat ilahi masih di beri kenikmatan untu menghirup udara malam…juga atas nikmat Iman & Islam.. selawat dan salam juga kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat baginda, juga buat para sahabat dan anbiya’ yang sentiasa dikasihi…
Alhamdulillah…sebenarnya, ana masih berada dalam keletihan dengan program yang disertai pagi smpi tengahri tadi..maklum la, sudah lama merehatkan badan nie dari segala aktiviti luar..namun, ku paksa juga tangan dan akal ini mencoret sesuatu untuk tatapan pembaca sepanjang pengembaraan program pagi tadi.. 

Program "Sayengi Sek-sek Kito"



Anjuran: Segolongan anak muda sayangkan umat
Tarikh: 15/12/09 (Selasa)
Tempat: KB Mall (
Keperluan: Anak-anak muda yang berani
menyahut cabaran ummah
Masa: 0800 - 1400

Objektif:
1.      Memberi pendedahan kepada para penggerak dakwah tentang aktiviti dakwah di lapangan yang melibatkan masyarakat yang pelbagai karenah.
2.      Mendekatkan masyarakat dengan para penggerak dakwah dan mendekatkan para penggerak dakwah dengan masyarakat.
3.      Menonjolkan keprihatinan segolongan generasi muda terhadap isu-isu sosial yang berlaku dalam masyarakat terutamanya melibatkan generasi muda.
4.      Memberi pengalaman baru kepada para peserta dalam mengaplikasikan ilmu agama yang dimiliki dalam membantu menggerakkan ummah yang kian lena.
Pendekatan:
1.      Berbual-bual tentang perkara-perkara santai dengan para mad'u (golongan sasaran)
2.      Mengedarkan risalah -risalah santai berkaitan beberapa isu seperti gejala sosial, aurat dan sebagainya.
3.      Mengedarkan borang kaji selidik berkaitan isu-isu remaja kepada mad'u.
4.      Menonjolkan akhlak Islamiyah dari sudut pemakaian, tutur kata, bahasa badan dan pemikiran.
Golongan Sasaran:

Semua lapisan masyarakat

Keperluan:

1.      Keikhlasan kerana Allah
2.      Kefahaman tentang Islam
3.      Keberanian
4.      Perasaan sayang akan ummah
Alhamdulillah…hasil beberapa gabungan mahasiswa/siswi dari berbagai IPTA seramai 20 orang, kami berjaya juga melaksakan program ini. Mulanya, ana tak tau ada program nie. Ana suka berjalan ke blog orang laen dan ternampak promosi program nie bagi sesiapa yang berminat. Lagipun, kaedahnya lebih kurang macam LANDAS yang ana ceritakan dalam artikel yang lepas. Lepas dapat tau peluang keemasan nie, ana pun contact pengarah muslimatnya… alhmdulillah, masih memerlukan tenaga insan berjiwa da’ie..
Selepas diberi taklimat mengenai gerak kerja program nie, kami dihampiri oleh 2 orang anggota polis yang sudah memerhatikan gerak geri kami dari jauh. Ana nak tergelak bila teringat kembali kata-kata mereka..(^_^)
ada program apa nie, kumpul ramai-ramai nie?”, tanya salah sorang anggota polis tu.
Muslimin yang berpengalaman menjawab soalannya,“saje je datang jenguk-jenguk, bawak diorang nie jumpa adik-adik kat KB Mall..” lebih kurang macam tu la kot dia jawab.
Anggota polis tu jawab lagi,“owh…mana la tau, mai cini nak bakar KB Mall nie ke…”.
Boleh plak, anggota polis tu jawab gitu..he..he.. nampak sangat akal tu tak brapa rasional berfikir. Tak kan la, kami yang berkopiah, bertudung labuh dan siap memakai jaket university masing-masing nak wat keje paling tak berakal tu… ish…ish… Encik Polis, kami nie mahasiswa/siswi university…malah Allah s.w.t. tersemat di jiwa kami…Rasulallah s.w.t. idola kami… Islam tak ajar semua tu.. nak je ana kata macam tu, tapi kesabaran itu perlu.
Selepas dibahagi kumpulan, kami bergerak mengikut aras yang ditetapkan. Kami bergabung antara muslimin & muslimat. Mulanya, kami berdebat untuk tidak campur. Tapi disebabkan pengalaman lepas, group LANDAS yang ana sertai muslimat diekori beberapa lelaki. Untuk keselamatan, ana mintak untuk gabungkan. Namun, batas itu perlu dijaga sesama muslimin & muslimat. Inilah Islam, sungguh indah..malah fleksibel.


Kisah 1
Sasaran yang pertama ana jumpa adalah seorang akak yang berasal dari Indonesia, sudah berkerja sebagai pembantu rumah selama 2 tahun, umur 22 tahun, sudah berkahwin dan suaminya berada di Indonesia. Soalan ini biasa ditanya oleh aktivis supaya sasaran tidak berasa gementar @ takut dengan kita. Kami berbual, kebetulan akak tu bawak anak majikannya round-round KB Mall jadi bertambah riuh la jugak…(^_^)..
ana jugak tanya, “tau x gejala sosial yang makin berat sekarang?”.
Akak tu jawab,“x tau la sangat sebab baru lagi kat sini, nie pun kali pertama datang sini..”
Kami pun tak bertanya banyak memandangkan akak nie tak berminat sangat dengan keadaan di Malaysia nie..tengok dari segi pemakaian pun ok..
Kisah 2
Sasaran kedua pula adalah pelajar di sebuah kolej komuniti, berumur 18 tahun, tinggal di Bachok. Diorang baru lepas cucuk duit waktu tu, jadi kitaorang pun duduk kat Food Court untuk memudahkan diorang jawab kaji selidik yang urusetia sediakan. Panjang jugak la kami berbual, ternyata adik tu berminat dengan program sebegini namun tidak tahu bagaimana untuk sertai.
Dia juga ceritakan berkaitan kampusnya,“ada jugak join persatuan Islamic tapi tak macam persatuan Islam pun”.
Ana tak salahkan dia bila dia berkata begitu, kampus ana juga begitu. “ramai MELAYU dari ISLAM”. namun, ana katakan padanya…“macam tu la dik, tak semestinya, akak pakai macam nie akan kekal begini dan tak semestinya awak begitu tak kan jadi macam nie…semuanya bergantung pada kita. Hati ini perlu ikhlas keranaNYA, demi DIA dik…”
Sebelum meninggalkan adik tu, ana berikan sesuatu yang boleh dia hubungi ana sekiranya mahukan bantuan atau pertolongan.
Kisah 3
Sasaran ketiga pula berumur 21 tahun, sedang menuntut di kampus yang sama dengan ana, dia cam logo jaket yang ana pakai..terus dia gelak..ana faham kenapa dia gelak, tapi abaikan je la ek…
Yang nie pun lama juga kami berbual, banyak benda yang dibincangkan. Bila nampak soalan dalam kaji selidik yang kami berikan tu, banyak juga pendapat yang dia lontarkan. Namun, memori dalam kepala nie lupa apa yang dia nyatakan..maaf ye, wahai pembaca sekalian.
Cuma ana tertarik dengan kelakuannya sewaktu berpisah, dia mintak kami menangkap gambar dia dan sahabatnya juga meminta kami join skali. Selalunya, jangan harap la ada yang mahu berbuat demikian..maybe malu dengan kami dari segi pakaian..maklum la, kami nie bertudung labuh, berjubah malah berpurdah, tak ikut fesyen & trend macam muda mudi sekarang…tapi itulah ukhuwah, walau baru kenal dan pandai serta kena pada teknik yang digunakan…insyaAllah mampu menarik mereka…
XXXXXXXXX
Itulah sedikit sebanyak yang mampu ana kongsikan…Ana balik awal sebab ada hal yang perlu diselsaikan, jadi tak sempat mendengar kesimpulan penutup program dari urusetia. Namun, ana berpuas hati dan bersyukur kepadaNYA kerna masih ada yang punya hati dan prihatin terhadap gejala sosial yang makin teruk melanda…bagi sesiapa yang mengikuti berita semasa, Kelantan adalah negeri yang paling tinggi kena HIV… Tok Guru Nik Aziz mahu melahirkan generasi Al-Quran di negeri ini, namun diuji dengan gejala sosial yang setaraf dengannya.




Semua itu ketentuan ilahi…selagi jiwa ini masih di genggam olehNYA, selagi itulah laungan jihad tidak akan terhenti…insyaAllah…ana ucapkan syukran jazilan kepada urusetia program kerna sudi menerima ana untuk turut serta dan asif kerna terpaksa balik awal...

wassalam...








blog comments powered by Disqus