Isnin, 21 Disember 2009

KU HARAP DOA DARI KALIAN..


“Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi kerna masih diberi kesempatan untuk menghirup udara malam yang cukup nyaman. Selawat & salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda, juga kepada para sahabat & anbiya’ yang sentiasa dirindui.
Allah s.w.t. menguji semangat jihad ku lagi kali ini..
“Ya Allah, ku tak yakin mampu untuk menempuhinya sendiri. Ku cuba buat yang terbaik sedaya upaya yang mungkin dan selebihnya aku bertawakal kepadamu Ya Allah….”
Pagi semalam, ana baru sahaja menjejakkan kaki di kampung halaman dan malam ini akan kembali semula ke utara Malaysia selepas menerima panggilan daripada Pusat Islam di kampus yang memintaku ke sana secepat mungkin. Jika mahu diikutkan keadaan kesihatan yang tidak menentu dek kerana terlalu letih dengan program yang baru sahaja melabuhkan tirainya.
Hasratnya mahu melepaskan lelah sebentar disamping ke kedai untuk membaiki cermin mata dan menyiapkan paperwork untuk perjalanan program sepanjang semester hadapan. Namun, semua itu terpaksa ku tangguhkan demi menyahut laungan jihad yang sedang menunggu ku.
Ana akan kembali ke kampus malam ini untuk menguruskan Minggu Suai Kenal kemasukan pelajar baru memandang fasilitator Pusat Islam tidak mencukupi dan kesemuanya tidak punya pengalaman untuk menguruskannya. Ana tidak yakin mampu memimpin barisan fasilitator yang ada bagi menjayakan Minggu Suai Kenal ini memandang badan tidak cukup rehat serta keadaan kesihatan yang tidak menentu.
Ana harapkan doa dari kalian supaya diri ini kuat menghadapi “Tarbiyah” dari Allah s.w.t. ini. Sekiranya ana tidak berjaya menguruskannya, pengisian kerohanian yang diberikan kepada Pusat Islam akan diambil alih dengan pengisian hiburan..Nauzubillah…
“Ya Allah..hanya engkau aku berserah segalanya..kuatkanlah semangat jihad dalam diriku ini Ya Allah..akan ku cuba sebaik yang mungkin dalam menegakkan agama Mu Ya Allah..sesungguhnya aku bertawakal kepadaMU..”
Ana mohon maaf sekiranya tidak dapat membalas mesej, komen @ email kerna kekangan masa. Khidmat ana amat-amat diperlukan sekarang…juga ana harapkan doa dari kalian moga kaki ini terus melangkah kukuh ke hadapan…insyaAllah..
Wassalam..


JOM KITA MENGEMBARA LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI ABADI..(",)

blog comments powered by Disqus