Rabu, 30 Disember 2009

HATIKU DISENTUH OLEH “WANITA ITU”


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah…syukur ke hadrat ilahi masih diberi kesempatan untuk menghirup udara malam. Selawat dan salam buat insan tercinta, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat baginda. Tidak lupa juga buat para sahabat & para anbiya’ yang ku rindui…
Balik dari kuliah tadi, hatiku disapa kerinduan yang teramat tika memandangnya dari jauh. Sebaik kakiku melangkah masuk ke bilik, “wanita itu” muncul di depan pintuku. Lantas ku cium tangannya dan memeluknya dengan erat walaupun “wanita itu” menyatakan dia berada dalam keadaan kotor dan busuk kerna baru menyelesaikan kerjanya.
“wanita itu” hanyalah seorang yang biasa sahaja namun tangannya sudah membesar dan mengasuh anak kandung juga anak saudaranya sehingga mencapai tahap yang amat membanggakan. Alhamdulillah, seorang yang berjiwa besar jika benar-benar mengenalinya.
Ku imbau kembali saat mula-mula mengenalinya. Waktu itu, ana dalam perjalanan ke bilik seorang akak senior untuk memaklumkan bahawa ana mahu menolak jawatan yang telah akak tersebut berikan. Namun, langkah ana terhenti dari terus melangkah naik ke tangga saat “wanita itu” memandang ana beberapa minit sehingga ana jadi kaku. Lantas, “wanita itu” memalingkan muka dan meneruskan tugasnya.
Melihatkan keadaan itu, ana terus memberi salam dan mencuim tangan serta pipinya. air matanya gugur tiba-tiba…
Ana jadi kaget, kot-kot ada buat salah. “wanita itu” terus menceritakan kepada ana,“sebenarnya, mak cik rindu kat anak saudara mak cik. Dia duduk kat Sabah sekarang, ikut suami dia yang kerja kat sana. Dah lama x jumpa dia…bila pandang adik dari jauh, mak cik ingatkan anak saudara mak cik datang nak jumpa sebab adik macam serupa dengan anak saudara mak cik…pakai tudung labuh, berjubah dan bercermin mata macam nie la..” sambil tangannya menunjuk ke arahku dan terus menyeka air matanya dari terus keluar.
Hati ana terusik bila dia menceritakan hal sebenar. Ana terus pegang tangannya seraya berkata,“x pe lah mak cik..sabarlah..insyaAllah mak cik akan jumpa jugak anak mak cik tu ye..”
harap-harap gitulah…mak cik yang jaga dia dari kecik sampai besar lepas arwah ayahnya meninggal, tu yang rindu sangat kat dia..balik plak kadang-kadang je..slalu berhubung melalui telefon je…”kata “wanita itu” lagi yang masih berbaur sebak.
Dan tadi…ana baru sahaja berjumpa dengannya, tak kisah la samaada badannya kotor, bajunya basah atau berbau busuk..ana tetap akan memeluknya walaupun dia menolak kerna ana tahu…dia begitu merindui anak saudaranya…tiap kali ana memeluknya, air matanya pasti akan mengalir keluar. Ana tidak mampu untuk membawa anak saudaranya ke sini, hanya itu yang mampu ana lakukan untuk “wanita itu” bagi melepaskan kerinduan kepada anak saudaranya.
“wanita itu” amat disenangi oleh orang laen kerna sikapnya yang ramah, suka membantu orang lain juga suka memberi dan tadi..dia berikan ana duit walaupun ana menolak dan menyatakan bahawa pinjaman ana baru sahaja masuk semalam. Ana tidak mampu untuk memandang wajahnya lama-lama kerna takut air mata ini juga akan tumpah.
Begitulah kasih seorang mak sedara kepada anak saudaranya. Ana bersyukur kerna dapat mengenalinya kerna dia selalu mendoakan ana, sentiasa berpesan supaya rajin-rajin belajar, selalu membantu ana…
Kerna “hikmah” pertemuan dengan “wanita itu” lah…ana membatalkan hasrat untuk menolak jawatan tersebut dengan izin dariNYA. Dan sekarang ana diamanahkan untuk memimpin barisan kepimpinan muslimat…hanya Allah s.w.t. yang tahu betapa beratnya bahu ini untuk memikul amanah dan kepercayaan yang telah diberikan. Namun, ana bersyukur kerna ana tahu “wanita itu” selalu mendoakan kecermerlangan hidup ana di dunia & akhirat…
Ya Allah…begitu mendalam kasih sayang “wanita itu” kepada anak saudaranya, engkau pertemukanlah mereka Ya Allah supaya kerinduannya terubat..cukupkanlah apa yang dia perlukan, tunaikanlah permintaannya Ya Allah dan permudahkanlah segala urusan kehidupannya, kukuhkanlah imannya, dilindungilah dirinya dari azab api neraka dan permudahkan segala urusan tika menghadapMU serta tempatkan dia di SyurgaMU Ya Allah…hanya kepada engkau aku berharap dan memohon pertolongan…ameen



blog comments powered by Disqus