Sabtu, 2 Januari 2010

Latihan Aktivis Da’wah Lapangan Isu-Isu Sosial (LANDAS) Siri 2


“Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah, syukur kepada Allah s.w.t. kerna sehingga saat ini masih diberi peluang untuk mengembara di bumiNYA. Selawat dan salam buat kekasih tercinta Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Juga tidak dilupakan kepada para sahabat Baginda & para anbiya’ yang amat ku rindui.
Lewat petang Khamis lalu sekitar jam 6.30 petang, ana dan sahabat-sahabat yang laen  bertolak dari kampus ke Sungai Petani dengan 5 buah kereta dan sebiji buah bas bagi menjadi sukarelawan LANDAS sempena “Sambutan Ambang Sejahtera 2010” pada malam tahun baru. 


Sebaik tiba disana, kami solat jamak secara berjemaah di Masjid Muzaffar Shah dan terus bergerak ke Dataran Jam Besar seusai selesai menunaikan kewajipan fardhu bagi setiap muslim. Sepertimana firman Allah s.w.t.:
“sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya
(surah An-Nisa’, ayat 103)
Ketika itu, forum perdana berkaitan gejala sosial sedang berlangsung dan ketibaan kami dinantikan oleh penyelaras program iaitu Ustaz kamaruddin Kassim. Kami dibawa ke khemah urusetia untuk diberi taklimat mengenai pembahagian tugas yang bakal dilaksanakan.
Sebaik sahaja selesai diberi taklimat dan pembahagian kumpulan kecil seramai 5 orang, kami mula meredah ratusan pengunjung yang berada di lokasi tersebut dengan mengedarkan risalah berkaitan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (Kedah) 1988 yang dibekalkan oleh urusetia kepada setiap aktivis LANDAS.
ENAKMEN KANUN JENAYAH SYARIAH (KEDAH) 1988
(ENAKMEN BIL. 9 TAHUN 1988)
Seksyen 5     :melakukan perbuatan atau kelakuan tidak sopan di mana-mana tempat awam
Denda            : RM 1000.00 atau 6 bulan penjara atau kedua-duanya sekali
 Sekyen 6       : KHALWAT – mana-mana orang lelaki/ perempuan yang didapati bersekedudukan atau berkurung atau bersembunyi yang mendatangkan syak melakukan maksiat yang bukan mahram.
Denda            : RM 2000.00 atau 1 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
 Sekyen 7       : PONDAN- Lelaki berpakaian perempuan dan berlagak seperti perempuan di tempat awam.
Denda            : RM 1000.00 atau 6 bulan penjara atau kedua-duanya sekali.
 Sekyen 25(1): MINUM ARAK atau sebarang minuman yang memabukkan.
Denda            : RM 5000.00 atau 3 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
 Sekyen 25(2): membuat, menjual, menghadiahkan, mempamerkan untuk jualan, menyimpan atau membeli apa-apa arak atau apa-apa minuman yang memabukkan.
Denda            : RM 3000.00 atau 2 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
 Sekyen 11    : ZINA
Denda            : RM 5000.00 atau 3 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
 Sekyen 12    : MUQADDIMAH ZINA
Denda            :RM 3000.00 atau 2 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
 Sekyen 14    : LIWAT
Denda            : RM 3000.00 atau 2 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
 Sekyen 16(1): HAMIL LUAR NIKAH
Denda            : RM 3000.00 atau 2 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
Salah satu tujuan risalah ini diedarkan kepada pengunjung yang hadir adalah supaya mereka mengetahui bahawa undang-undang Islam atau Syariah masih wujud dan akan dilaksanakan sekiranya ada di kalangan umat Islam yang melanggar undang-undang tersebut.
Berbagai ragam dapat dilihat sewaktu kami mengedar risalah tersebut, ada yang memerli, mengejek dan tidak kurang jugak ada yang lari tika kami mendekati mereka. Namun, ana bersyukur kerna masih ada yang prihatin terhadap “virus” gejala sosial yang makin galak melanda remaja masa kini.
Sewaktu ana dan sahabat-sahabat sibuk mengedar risalah, ada seorang pak cik mendekati kami dan berkata,“cuba gi tingkat 5 kat bangunan sana, mesti sakit hati tengok” sambil tangannya menuding kearah bangunan SP PLAZA.
Lantas ana tersenyum sambil mata ana memandang kearah bangunan tersebut, ana cukup kenal tempat yang dimaksudkan oleh pak cik tersebut. Disitulah salah satu sarang maksiat yang terdapat di Sungai Petani, tempat anak muda mudi kini menghabiskan masa mereka dengan melepak, berkaraoeke, berdating dan sebagainya.
Sedih benar hati nie bila mengingat kembali betapa payah dan peritnya Rasulullah s.a.w. menyebarkan Islam pada masa dulu, para sahabat yang diseksa tidak kurang juga ada yang syahid demi menegakkan Islam. Malah tika Rasulullah s.a.w. hampir menemui ajalnya, mulutnya asyik menyebut “umati, umati…”
Tapi, mereka sedikit pun tidak peduli semua itu…yang ada di fikiran mereka hanyalah keseronokan di dunia mereka sahaja…Nauzubillah…moga-moga usaha kami yang bergerak dengan jumlah yang sedikit ini mampu menyedarkan mereka dan kembali semula kepada kehidupan yang sebenar-benarNYA…
Sekitar jam 12 ke atas, kami berkumpul semula di Dataran Jam Besar setelah hampir 2 jam lebih mendekati pengunjung yang hadir serta mengedarkan risalah. Ustaz Kamaruddin memberikan kata-kata terakhir beliau sebelum kami pulang semula ke kampus.
sebenarnya, kami dah mula dari tengahari tadi. Terjah ke pusat-pusat hiburan, lihat anak-anak muda duk minum arak, hisap gam, dengan pakaian yang x senonoh…teruk sangat, remaja punk dengan gaya mereka, yang duk mabuk dan khayal dengan cara mereka..itulah reality dunia sekarang..walau apa pun, Ustaz ucapkan terima kasih kerna sudi bersama-sama dengan kami. Sekiranya adik-adik turun dengan jumlah yang begini slalu dan komited, insyaAllah kita dapat menangani gejala sosial nie.”
Ana tertarik dengan kata-katanya bilamana Ustaz mengatakan,“mintak maaflah ye, x de makanan atau minuman nak bagi sebab kami semua bergerak secara sukarelawan dan guna duit sendiri, x de claim tambang atau apa-apa.”
Benar, sejak ana mula-mula terlibat dengan kerja da’wah LANDAS nie, ana tak pernah dapat satu sen pun duit bagi menanggung semua perbelanjaan sewaktu menjalankan kerja da’wah nie. Semuanya atas tanggungan sendiri, disinilah sebenarnya Allah s.w.t. menguji hambanya samaada ikhlas dalam melaksanakan tugas sebagai seorang Da’ie juga mahu melihat setakat mana kita istiqomah dalam melakukannya.


Hanya kerana Allah s.w.t. “itu semua aku kerjakan hanya mencari keredhaan Allah s.w.t., mengharapkan apa yang disediakan di sisi_NYA dan aku tidak mengharapkan hadiah dan ucapan terima kasih
Ana harapkan, mereka yang berda’wah di zon selesa untuk keluar dari kepompong mereka untuk “terbang” dan melihat sendiri serta mendekati remaja sebegini demi saudara seIslam dan seakidah kita supaya kembali mendekati Allah s.w.t.
Wassalam…
blog comments powered by Disqus