“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah..syukur ke hadrat ilahi kerna masih diberi nikmat kehidupan untuk terus menghirup udaranya. Selawat & salam buat kekasih yang amat ku cintai sepenuh jiwa, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda juga buat para sahabat dan anbiya’ yang sentiasa diingati..
Kondisi badanku tidak berapa bagus saat ini, tiba-tiba sahaja diserang selsema. Mungkin tidak cukup tidur dan rehat dengan kerja yang ada serta yang masih menungguku dengan setia supaya segera menyiapkannya.
Ya, minggu ini juga berbagai berita yang ku terima, berbagai dugaan yang cuba melunturkan semangat ku hadir tanpa memberi apa-apa isyarat atau petanda. Namun, semua itu harus ku terima dengan hati yang redha kerna ku tahu Allah s.w.t. sedang menguji diriku untuk ditarbiyah.
Saat kesibukan diriku menguruskan tugasan dan amanah yang diberikan, ku menerima panggilan dari adik kepada sahabat seperjuanganku menyatakan kakaknya berada di hospital kerna mengalami kemalangan jalan raya. Ana sudah tahu berita itu dari seseorang cuma tidak tahu keadaannya yang sebenar.
Saat adiknya menceritakan apa yang berlaku, ana sedang berkejar ke kelas yang seterusnya selepas mengutip duit buku pelajar perempuan yang telah diamanahkan. Tidak sempat mengira jumlahnya juga siapa yang membayarnya ana terus berlari ke kelas yang berada di tingkat 3 bangunan.
Bila berada dalam kelas, fikiran ana melayang seketika mengenangkan sahabat ana namun cepat-cepat diusir kerna takut ilmu yang hadir ibarat mencurah ke daun keladi. Habis sahaja kelas, ana terus ke bilik pensyarah untuk menyerahkan duit tadi. Selepas mengira, berlaku ketidakpastian jumlah yang membayar. Dengan rela hati, ana mengambil senarai nama pelajar dengan pensyarah untuk disemak semula dibilik.
Sampai sahaja dibilik, ana cuba tahan namun air mata gugur jua. Ya, semangat ana down waktu tu tapi harus bangkit semula kerna masih ada tugas yang perlu diselesaikan. Selepas solat zohor, ana bukak video berkaitan dengan rakyat Palestin. Air mata ini gugur lagi, betapa kerdilnya dibandingkan dengan mereka. Terlalu mudah rasanya diri ini “jatuh” jika dibandingkan dengan mereka. Malu sungguh menangis hanya kerna dugaan yang sedikit cuma jika nak dibandingkan dengan mereka di Palestin.
Semangat ana harus pulih dengan segera kerna pada sebelah malamnya ada meting, ana tidak boleh lakukan dalam keadaan jiwa tidak tenteram dan hati yang sedang dilanda “kesakitan”. Alhamdulillah, Allah s.w.t. mengizinkan semangat ana pulih walaupun tidak seperti sedia kala.
Ana rindukan sahabat ana, apa yang adiknya khabarkan. Keadaanya parah dan mungkin mengambil masa 2 bulan untuk sembuh. Ana mengenalinya dengan lebih rapat tika sama-sama menguruskan Minggu Suai Kenal semester lepas, sama-sama memberi semanagat walaupun berhadapan dengan berbagai kritikan dan kesulitan sewaktu menjalankan tugas.
Pernah ana melihat air matanya gugur kerna sudah tidak tahan dengan keadaan yang menekannya waktu itu. Melihatkan keadaannya itu, ana bersamanya tiap masa. Terus memberi semangat dan melawan arus orientasi sehinggakan nama ana menjadi bahan umpatan kerna selalu membangkang hal-hal yang tidak kami setujui. Di akhir orientasi, ana demam teruk kerna terlalu letih menguruskan Minggu Suai Kenal. Disitulah hubungan kami semakin erat, tiap kali bersua muka pasti banyak cerita yang akan dikongsi.
Kini, ana benar-benar ingin berjumpa dengannya. Ingin memberi semangat kepadanya seperti waktu itu juga ingin melihat senyumannya lagi. Namun sehingga saat ini, hanya doa yang mampu ana kirimkan moga dia cepat sembuh dan kembali semula berjuang bersama-sama dengan ana kerna ana masih tidak punya waktu untuk bertemu dengannya.
Ana juga tidak mahu dia melihat ana dalam keadaan lemah begini, harus lebih kuat darinya supaya “aura” yang ada pada ana mengalir dalam dirinya.
“Ya Allah, bantulah hambamu ini…aku terlalu lemah untuk menerima semua ini, berikanlah kekuatan kepadaku untuk ku terus bangkit semula. Temukan jalan penyelesaian kepada tiap dugaan yang telah Engkau titipkan dalam perjalanan hidupku serta pertemukanlah aku dengan sahabatku ini juga sembuhkanlah dia Ya Allah s.w.t….hanya kepada Engkau aku mengadu dan hanya kepada Engkau aku memohon pertolongan…amen…”