“Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah… syukur ke hadrat ilahi, akhirnya aku selamat pulang ke pantai timur tempat asalku dilahirkan meninggalkan bumi utara untuk beberapa hari dek kerana penangan daripada H1N1 yang makin galak menyerang mangsa. Hanya waktu cuti begini sajalah aku dapat bersama keluarga, merehatkan minda dan memuhasabah diri semula mengenai apa yang telah aku lakukan sepanjang berada dalam pengembaraan dan kembali semula ke bumi utara dengan semangat yang baru.
Kebanyakan sahabatku yang lain bersorak girang apabila pihak atasan memaklumkan bahawa pelajar di beri cuti selama satu minggu untuk mengelakkan lebih ramai yang terkena jangkitan H1N1. Keadaan menjadi bising, orang ramai mula bercakap tidak kira di kediaman pelajar, dewan kuliah mahupun di peringkat kepimpinan tertinggi iaitu Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) mengenai berita yang baru diterima dan hanya dalam masa dua jam sahaja selepas pengumuman dibuat kampus yang didiami hampir 20,000 pelajar menjadi sunyi sepi bagaikan tiada penghuni. Berpuluh buah bas keluar masuk mengambil pelajar sehingga dikatakan berlaku kesesakan lalu lintas, ada juga pelajar yang sanggup tidur di stesen bas kerana menaiki bas pada keesokan harinya. Melihatkan suasana yang berlaku, terdetik di hati kecil ini “adakah suasana ini seperti di Palestin, Afganistan, Iraq dan Negara Arab yang lain apabila Israel dan sekutunya mengisytiharkan akan menyerang Negara mereka???” persoalan yang masih belum kutemu jawapannya.
Benar…persoalan yang masih belum kutemu jawapannya. Melihatkan sahabat-sahabatku yang begitu teruja apabila diberitahu kampus akan bercuti selama satu minggu, senyuman terukir di bibir masing-masing dan otak mereka begitu ligat memikirkan bagaimanakah caranya untuk pulang pada saat itu juga. Tetapi… bagaimana pula bagi mereka yang sudah di jangkiti H1N1, adakah mereka juga gembira seperti sahabat-sahabatku tadi??? Moga-moga mereka kuat menghadapi dugaan yang Allah s.w.t. berikan. Sepertimana firman Allah s.w.t. :
“dan kami pasti akan menguji kamu dgn sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar”
-Surah al-baqarah ayat 155-
Diakhir ayat tersebut Allah s.w.t. memberitahu… Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar… ini mengambarkan kesabaran insan yang diuji dibalas dengan khabar gembira dari Allah s.w.t. sekiranya dia bersabar dengan ujian yang Allah s.w.t. berikan.
0 ulasan:
Catat Ulasan