Ahad, 7 November 2010

Donation Drive: IPSI ' One Stop Centre'

“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Alhamdulillah Ya Allah kerna masih memberi peluang kepada hamba ini untuk rukuk dan sujud kepada Mu. Selawat dan salam buat kekasih tercinta yang amat-amat diri ini rindui dan kasihi, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa juga buat para sahabat dan tabi’in sekalian.

Sekadar untuk membantu, menyebarkan maklumat bahawa pejuang-pejuang Allah s.w.t. ini sedang memerlukan bantuan dari kalian yang berkemampuan. Kakak ana salah seorang dari mereka. Sedang cuba sedaya yang mampu untuk terus kukuh berdiri untuk menyebarkan Islam.

Sokonglah usaha murni ini dengan menderma. insyaAllah, kalian tidak akan rugi kerna pahalanya akan terus mengalir walaupun sudah dijemput olehNYA “ke sana”.

XXXXXXXXXXXX

PENGENALAN

Islamic Propagation Society International (IPSI) merupakan institusi bukan kerajaan (NGO) yang bergerak aktif dalam penyebaran agama Islam kepada masyarakat yang belum Islam di Malaysia khususnya di Pulau Pinang.

Mesej yang disampaikan oleh IPSI adalah ringkas dan tepat iaitu mengingatkan manusia untuk kembali kepada fitrah mereka iatu menyebah Tuhan yang satu iaitu Allah SWT.

Pada awalnya,dakwah yang disampaikan oleh IPSI tertumpu di sekitar Masjid Kapitan Keling. Berfokuskan kepada para pelancong yang hadir ke masjid bersejarah itu, IPSI menyampaikan kebenaran Islam kepada pelancong yang kebanyakannya beragama lain.

Sejak 18 tahun, gerakan IPSI semakin stabil dan dengan izinNYA dengan usaha kerdil ini, IPSI telah menerima hampir 60 syahadah. Kini, IPSI bukan sahaja berdakwah di Masjid Kapitan Keling, bahkan IPSI juga acap kali menganjurkan seminar, kuliah, forum dan pameran di seluruh Malaysia.

MEMOHON SUMBANGAN DERMA DAN SKIM WAKAF BANGUNAN IPSI

Dalam mengembangkan syiar Islam di bumi Allah ini, IPSI setapak lagi ke hadapan berusaha untuk mendapatkan sebuah bangunan khas sebagai One Stop Centre untuk gerak kerja dakwah IPSI. Sepertimana dalam sirah, pada awal kedatangan Islam, rumah Arqam Abi Arqam dijadikan pusat gerakan untuk dakwah Islam di Makkah.

Akan menjadi sejarah bagi Islam di Pulau Pinang, apabila kita memiliki sebuah bangunan yang bakal memberikan pelbagai kegunaan dan kemudahan serta memberikan pelbagai kegunaan dan kemudahan serta perkhidmatan kepada orang awam terutamanya non-Muslim.

Adapun objektif pembelian bangunan ini seperti berikut:

1. Memudahkan gerak kerja dakwah IPSI.
2. Sebagai pusat operasi gerakan dakwah IPSI
3. Pusat pertemuan atau tempat mesyuarat para ahli IPSI
4. Sebagai pusat kegiatan dakwah dan tarbiyyah IPSI
5. Sebagai gedung maklumat kepada orang bukan Islam
6. Menjalankan program penyebaran Islam lebih efektif dan produktif
7. Pusat latihan para dai'e yang berani menyebarkan dakwah kepada yang bukan Islam.

Bangunan yang akan dibeli akan digunakan sebagai:
1. Pusat penerangan Islam
2. Bilik pengislaman dan bimbingan saudara baru
3. Pejabat pentadbiran dan urusan ahli-ahli pentadbiran
4. Kelas perbandingan agama
5. Kelas umum (tafsir Al-Quran dan hadith)
6. Kelas-kelas latihan dakwah untuk melahirkan kader-kader Islam'
7. Bilik kuliah saudara baru dll.

Dalam mencapai hasrat murni ini, kami memerlukan bantuan dan sumbangan derma serta penglibatan skim wakaf daripada pihak YB Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan/ Saudara/ Saudari bagi memastikan pembelian bangunan ini berjaya.

Sumbangan boleh dibuat menggunakan Kiriman Wang/Wang Pos/Cek atas nama Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa (IPSI).

Selain itu, boleh juga disalurkan menerusi:

AKAUN BANK ISLAM: 07025010021464
AKAUN MAYBANK   : 557380300023

Untuk urusan berkaitan dan pertanyaan boleh berhubung terus kepada:

1. Brother Kamaruddin Abdullah : 019-4115665
2. Saudari Wan salwati                  : 019-5511906
3. Pejabat                                          : 04-2274849 (Tel/Faks)
4. Capaian maya                             : Email: ipsi7@streamyx.com

 Website: IPSI

Mudah-mudahan sumbangan dan bantuan daripada YB Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan/ Saudara/ Saudari mendapat nilaian ganjaran yang besar disisiNya. InsyaAllah.

Firman Allah SWT dalam surah Ar-Rum ayat 39:

" Dan sesuatu pemberian sedekah yang kamu lakukan dengan tujuan mengharapkan keredhaan Allah semata-mata,maka mereka yg melakukannya itulah orang2 yg beroleh pahala yang berlipat ganda."

Maklumat Bangunan


Alamat: 197, Jalan Argyll, 10050, Pulau Pinang
Keluasan: 5549 kaki persegi (4 Tingkat)
Lokasi: Pusat Bandar, Kawasan Non-Muslim
Harga Bangunan: RM1.7 Juta

blog comments powered by Disqus