Ahad, 14 November 2010

Dunianya…(^_^)

“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Alhamdulillah Ya Allah atas kurniaan nikmat Iman dan Islam ini. Hanya pada Mu ku bersujud. Selawat dan salam buat idola hati ku yang amat diri ini rindui, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.

Alhamdulillah masih punya kesempatan untuk menulis. Hasrat yang terpendam akhirnya ku luahkan jua. Mahu tulis tentangnya lagi. Kala ini, dia ada di hadapan ana. Sedang bermain dengan alat tulisnya. Telatahnya buat ana tergelak sendirian…hehe…
Siapa lagi kalau bukan kanak-kanak ribena nie..(^_^)

Anis Syakirin...(^_^)
Dunianya yang gemarkan buku dan segala peralatan untuk belajar. Dia nampak ana angkat laptop dan letak atas meja makan. Lepas tu, bila nampak ana ambil buku dan duduk atas kerusi untuk ulangkaji subjek undang-undang perniagaan. Dia pun ambil segala bekalan dia, duduk depan ana… Nak study juga agaknya…hehe…

Khusyuknya...cari apa lah tu...(^_^)
Asyik nak tergelak tengok telatah dia. Baby besarlah katakan, mulut terkumat-kamit…hehe.. Entah apa yang dia cakap, ana pun tak tau. Kadang-kadang terdengar dia sebut…abbah.. lepas tu…amma.. hahaha…tak jadi studylah kalau ada dia kat depan ana sebab asyik nak tergelak…hehe..

Itulah dunianya seharian. Ke mana sahaja dia pergi dalam rumah nie pasti ada beg tersandang kat belakang dia, buku dan bekas pensil tak lepas dari tangan dia. Ana yang tiada mood nak study jadi semangat bila tengok dia duduk dengan buku je..(“,)

Ayuh sahabat-sahabat yang bakal dan sedang menduduki peperiksaan, kita study…hehe

XXXXXXXXXXXXX

Hari khamis yang lepas, ana bawa anis syakirin ke Padang Mahkota. Saja nak pujuk dia sebab pagi tu dia nangis kuat. Mungkin ingat abah, umie dan adik beradik dia nak tinggal dia agaknya sebab sekolah dia dah mula cuti. 

Selalunya dia pergi sekolah dengan abah. Merah mata dia nangis. Ana pun sebak tengok dia, duduk tepi pintu sambil tengok dekat luar. Tunggu diaorang datang ambil dia agaknya. Ana pujuk, dia tak layan. Makin kuat dia nangis adalah…huhu

Ana pun biarkan jelah…siap-siap kemas rumah, ana bawa dia keluar. Mula-mula pergi ambil duit kat mesin ATM BSN. Jumpa dengan mak cik kat situ, dia tegur anis sebab anis pegang dia...kan dah bagitahu anis nie peramah orangnya…hehe

“adik…sekolah kat mana nie?”. anis senyum je.

Lepas tu, mak cik tu cakap kat ana. “mak cik ada seorang anak istimewa macam dia…”, ana pun senyum je.

Selesai semua, ana pergi pasar plak. Pergi beli kain untuk buat tudung labuh, sahabat ana tempah. Maklumlah, kat Kelantan mudah je untuk dapat berbanding negeri lain. Sampai je kat sana, ada pak cik tegur Anis. Pak cik tu tanya, Anis senyum je…hehe… (dah tak boleh cakap, senyum je lah kan…hehe…)

Pak cik tu pun cakap dengan ana. Dia pun ada sepupu yang istimewa. Ana pun senyum dengar apa yang pak cik tu bagitahu. Dalam perjalanan nak ke Padang Mahkota, jumpa dengan seorang mak cik. Dia senyum-senyum tengok Anis, lepas tu tegur Anis. 

“adik, nak gi mana nie?”, respon Anis tetap sama. Dia senyum je…

Ana tersenyum dari tadi kerna ana terasa ketenangan. Mereka senang bergaul dengan insan istimewa nie kerna wajah Anis penuh ketenangan. Bersih dari sebarang dosa.
Sebaik sahaja sampai kat Padang Mahkota. Anis berlari ke taman permainan. Itu dunianya juga. Sudah boleh panjat tangga dan turun gelonsor sendiri tanpa bantuan dari orang lain. Alhamdulillah… 

Susah juga nak ambil gambar budak nie…hehe

Seronok main...(^_^)
Disebabkan cuaca panas sangat, Anis dapat main kejap je…ana pun bawa dia pergi gerai. Lepas pesan air kelapa, ana ajak dia duduk. Pusing belakang, penuh dengan kucing. Kalau pembaca nak tahu, Anis takut dengan kucing…hehe…

Ana pun carilah tempat yang tiada kucing. Ana suruh Anis duduk, dia tak mau. Pujuk dia duduk pun dia tak mau. Lepas tu dia pun duduk jauh sikit dari bangku sambil pandang bawah meja. Nak tahu apa yang ada bawah meja? Nie ha…

Anak kucing...hehe...(^_^)
Ana pun tergelak, lucu tengok telatah dia…hehe… pelik juga ana, macam mana dia boleh nampak kucing tu sedangkan ana tak perasan pun. Dah la, kucing tu kecik. Warna pula hampir sama dengan meja dan bangku…(^_^)

Kitaorang pun duduk kat meja lain. Anis nie suka minum air yang ada ais. Mula-mula action tau, merajuk tak mahu minum air tu. Marah kata ana kot sebab suruh dia duduk kat tempat ada kucing…hehe… lepas tu minum jugak sampai habis..hehe

Cantikkan pemandangan...(^_^)
Lepas mee sup yang ana tempah siap. Kitaorang jalan sekitar taman sebelum balik. Suasana kat sini menyenangkan. Tambahan plak, ada sungai dan angin sepoi-sepoi bahasa sebab kebanyakan penduduk kat sini adalah nelayan dan petani.

Masa nak balik sempat lagi tu…tengoklah budak nie, tadi bukan main takut lagi…hehe..

Gaya dia panggil kucing...(^_^)
Suruh pergi dekat tak mahu…hehe… kitaorang satu keluarga pun tak tahu kenapa Anis takut sangat dengan kucing. Nak main tapi takut…hehe..

Itulah sedikit sebanyak coretan ana bersama Anis Syakirin. Ana menulis dalam keadaan senyum sorang-sorang sebab teringat mimic muka dia yang penuh dengan berbagai reaksi…Dunianya yang penuh dengan senyuman…(^_^)

Nie gambar yang baru diambil tadi, air kegemaran dia yang selalu dia minum hari-hari…(“,)

Tengah minum air vico...(^_^)
Moga kerinduan ana pada dia akan terubat bila membaca kembali coretan nie pabila sudah kembali ke kampus nanti…(“,)

blog comments powered by Disqus