Selasa, 8 Februari 2011

Persembahan Cinta Isteri Hasan Al-Banna

“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Alhamdulillah Ya Allah kerna masih memberi kesempatan kepada hamba ini untuk rukuk dan sujud kepada Mu. Selawat dan salam buat kekasih tercinta, Nabi Muhammad s.a.w dan kaum kerabat Baginda. Jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk terus menulis dan berkongsi sesuatu untuk manfaat bersama. Ana baru sahaja selesai membaca sebuah buku yang benar-benar membuka minda ini dan menambahkan kekuatan jiwa.

Sudah lama rasanya ana tidak berkongsi sebarang buku yang telah ana baca dalam diari nie. Buku selalu sahaja bertambah, namun pembacaan ana semakin kurang. Moga selepas ini lebih berdisplin untuk menghabiskan pembacaan buku yang tersusun rapi dalam library kecil ana…ameen…(^_^)

Jadi, artikel kali nie tentang sebuah buku yang cukup menarik minat ana. Sewaktu ke UTEM, ana ditemukan dengan sebuah buku iaitu “Persembahan Cinta Isteri Hasan Al-Banna”. Buku ini adalah sambungan dari buku “Cinta Di Rumah Hasan al-Banna”.

Ana ada post dalam diari nie tentang buku yang pertama dulu. kalau pembaca mahu tahu lebih lanjut tentang buku “Cinta Di Rumah Hasan Al-Banna”, boleh tekan link nie Cinta Di Rumah Hasan Al-Banna.

Buku nie kecil sahaja tapi padat dengan ilmu dan pengisian yang bermanfaat. Ini pula kata-kata yang tertulis di belakang buku tersebut.

“Hasan Al-Banna memanglah seorang suami yang memiliki perhatian dan sikap istimewa terhadap keluarganya, namun tugas da’wah yang dipikulnya, jelas sangat memerlukan seorang isteri yang bukan hanya sekadar meneduhkan jiwanya, menenangkan perasaannya, membahagiakan hatinya takkala dia dalam rumah, tetapi juga yakin dan percaya kepada isteri soal perawatan dan pendidikan anak-anaknya di rumah”

Buku ini ditulis dan diterbitkan bagi menjawab persoalan yang diajukan oleh ramai orang tentang peranan isteri as-Syahid ini kerna setelah buku pertama iaitu “Cinta Di Rumah Hasan Al-Banna” terbit, ramai yang mengatakan “mengapa ringan sekali tugas isteri Hasan Al-Banna?”.

Namun, setelah membaca buku ini. Segala persoalan yang bermain di minda para pembaca akhirnya terjawab dan disimpulkan menjadi satu ayat sahaja iaitu selalu ada perempuan hebat, di belakang laki-laki yang hebat.

Setelah membaca buku ini, akhirnya ana mengerti mengapa ustaz ana bagitahu “perjuangan da’wah sebenar seorang muslimat adalah setelah menikah” kerna ia bakal membina dan melahirkan generasi yang akan menyambung perjuangan Rasulullah s.a.w. melalui asuhan anak-anaknya di rumah.

Lathifah Husain Ash Shuli, itulah nama pendamping hidup as-Syahid Hasan al-Banna. Beliau memilih untuk menjadi ratu rumah tangga, suri rumah sepenuh masa buat Hasan al-Banna dan anak-anaknya. Perjuangan suaminya benar-benar membuatkan dia lebih mementingkan kepentingan da’wah berbanding kepentingan peribadi.

Walaupun sering ditinggalkan oleh suami yang menyahut seruan jihad, Lathifah Husain Ash Shuli tabah dan teguh berdiri dalam mendidik dan mengasuh anak-anaknya. Bukannya suatu hal yang mudah, namun beliau mampu melakukannya. Moga Allah s.w.t. meredhai mu, syurga menanti diri mu wahai isteri as-Syahid.

Jadi, bagi pembaca yang mahu mengetahui lebih lanjut buku ini. Bolehlah mendapatkannya di pasaran. Ana cuba search dalam google untuk tunjuk gambar buku nie tapi cover depannya agak lain sedikit dari yang ana beli. Cuba lihat.

Gambar yang diambil dari google


gambar buku yang ana beli

Tidak banyak beza, tapi insyaAllah isi dalamnya tetap sama. Bagi sahabat-sahabat UUM yang mahu baca, boleh pinjam dengan ana. Cuma, lagi bagus kalau ada dalam simpanan peribadi setiap orang…(^_^)

Ana masih membuat kajian tentang Hasan al-Banna dan keluarganya. Jadi, bagi sahabat pembaca yang ada koleksi buku tentang as-syahid ini. Boleh la kongsi dengan ana ye. Moga sentiasa memberi manfaat…insyaAllah…

blog comments powered by Disqus