Rabu, 2 Februari 2011

Mahabbah Fillah

“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Alhamdulillah Ya Allah atas kurniaan nikmat Iman & Islam ini, hanya kepada Mu daku bersujud. Selawat dan salam buat kekasih hati yang teramat diri ini rindui, Nabi Muhammad 
s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.

Sesekali ana menjenguk diari ini, mahu menulis tetapi tidak sempat. Setelah balik dari program di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM), badan teramat letih. Ditambah pula agak sibuk uruskan kerja sebelum pulang ke kampung halaman.

Alhamdulillah, akhirnya punya kesempatan dan peluang untuk menulis. Terasa ingin menukilkan sesuatu. Pasti sahabat pembaca semua dapat mengagak apa yang bakal ana coretkan pada nukilan kali ini. Mahabbah fillah…

Ia…ana sedang merasainya. Perasaan kasih sayang sesama saudara seIslamnya. Semakin kukuh dan erat, tidak mudah untuk mengekalkannya tapi tidak sukar untuk menjaga ukhuwah ini.

Manusia itu penuh dengan berbagai karakter, perwatakan juga perasaan. Hamparkan seluruhnya kepada Yang Maha Pengasih dan Penyayang, insyaAllah…hati itu akan sentiasa bertaut sesama Islam kerana DIA…(^_^)

Aku rindukan TEMAN untuk berjuang,
Aku rindukan SAHABAT untuk berjihad,
KAWAN senda dan resah,
SADIQ untuk sama-sama beribadat,
RAKAN untuk sama-sama bermuhasabah,
RAFIQ yang sama-sama menuntut ilmu Allah,
Sama-sama bekerja demi Islam,
Sama-sama berkorban demiNya,
Dan sama-sama berpesan dengan kebenaran dan kesabaran,
Agar tautan yang terpateri membuahkan redha dam syurgaNya…..


XXXXXXXXXXXXXXX

Ana teringat kenangan lalu bersama seorang adik sewaktu sama-sama menjadi fasilitator untuk kemasukan pelajar baru di Kolej Matrikulasi Perlis. Tidak menyangka Allah s.w.t. pertemukan kami sewaktu sama-sama menghadiri program di UTEM baru-baru ini.

Dia YM ana, “akak…akak pun gi jugak ke UTEM?”

“a’aa…dik, nape? Adik pi jugak ka?”

“ye…izzati pun pi jugak…dapat jumpa akak nanti, rindu……”

Setelah itu, ana meminta diri untuk menyiapkan kerja yang masih berbaki. Tidak sempat berbual lama. Namun, perbualan sesingkat itu sudah cukup membuatkan ana tersenyum sendiri. Perasaan rindu kian menebal untuk bersua dengannya.

Indah sekali perasaan ini. Satu nikmat dan anugerah dari Yang Maha Penyayang buat ana. Alhamdulillah…(^_^)

Setibanya di sana, ana mencari kelibatnya dalam dewan. Ana dan sahabat-sahabat sampai lebih awal sebelum majlis bermula. Namun, tidak juga ketemu. Setelah majlis berhenti rehat untuk seketika, ana terasa bahu disentuh dari belakang.

Dia menyapa ana terlebih dulu, hati ana begitu senang melihatnya di depan mata. Alhamdulillah… Dia menyampaikan salam dari seorang lagi adik yang juga rapat dengan ana. Kini, sahabat ana bertambah lagi. Mendapat adik dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT)…hehe

Ada sahabatnya berjenaka sebelum kami berpisah, “akak, walimah nanti jangan lupa jemput ye” . ana pun gelak. Dia ada bagitahu yang sahabatnya menyangka ana sudah menikah…hehe… Belum tiba masanya lagi, tumpuan ku masih pada ummah…(^_^)

Kenangan bersama....(^_^)
Alhamdulillah…bersyukur juga kepadaNya ditemukan dengan sahabat-sahabat yang kebetulan berada dalam satu bas sewaktu ke UTEM. Terasa perasaan mahabbah takkala berada bersama mereka.

Ana masih ingat, saling menjaga antara satu sama lain. Sewaktu mahu pulang ke kampus setelah tamat program, hujan turun tidak henti-henti. Sama-sama basah kuyup, masing-masing menggigil kesejukan. Pengalaman yang begitu indah bersama kalian walaupun seketika…(^_^)

Ketika tiba di UTEM..(^_^)

Syukran kepada sahabat yang menjadi silent reader diari ana nie. Ada juga yang mengenali ana melalui coretan yang ana nukilkan dalam diari Kembara Sufi Di Bumi Tuhan nie…Alhamdulillah…(^_^)

XXXXXXXXXXXXXXX

Walaupun baru sehari tidak bertemu dengan “team surau”, ana sudah rindukan mereka. Malam sehari sebelum ana balik, kami duduk berkumpul ramai-ramai walaupun terasa tidak cukup seorang. Masing-masing berkongsi cerita tentang apa yang telah dilalui sehari-hari.

Kini, ana terasa rindu pada kalian. Kadang-kala ziarah ke facebook diaorang, membaca kata-kata yang ditulis pada wall. Tambahan pula, ada yang tidak balik bercuti sempena Tahun Baru Cina. Masih tergiang kata-kata seorang sahabat ana, “balik rumah nanti, ingatlah kami kat sini…hehe”.

Syahdu plak dengar…hehe. insyaAllah, akan bawa balik sesuatu untuk kalian….(^_^)

Sebelum ana bertolak balik, ternampak sahabat yang dalam perjalanan ke kelas. Terus ana menjerit memanggil namanya sambil melambaikan tangan. Sebaik sahaja tangan mencapai telefon, ada satu mesej darinya. Indah sekali bait kata-katanya.

“ku akan merindui lambaian dan senyuman mu itu kerna Tuhanku mencintaimu”

Ana rindukan kalian.....
Berbagai perkara yang telah kami lalui, masa untuk berada di kampus semakin menuju ke penghujungnya. Tidak sanggup untuk melaluinya. Ana merindui mu sahabatku….moga baik-baik saja tika berada di kampus…insyaAllah…

blog comments powered by Disqus