Isnin, 7 Februari 2011

Riadah Bersama Adik Tersayang


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”


Alhamdulillah Ya Allah atas kurniaan nikmat Iman & Islam, moga diri in sentiasa diberi hidayah oleh Mu. Selawat dan salam buat kekasih yang sentiasa dirindui, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.

Ada permintaan dari seorang adik untuk baca kisah tentang adik-adik ana. Katanya sungguh lucu dengan gelagat dorang. Jadi, bagi memenuhi permintaannya. Ana tulis artikel nie. Moga terhibur dik…(^_^)

Pada sebelah petang, sehari sebelum sesi persekolah dibuka semula setelah bercuti hampir satu minggu sempena Tahun Baru Cina, Tajudin ajak ana main bola kat halaman rumah. Selalunya dia bermain dengan abang Din, tapi abang Din demam plak.

Dia masuk bilik ana, “kak ngah, jom main bola ngan Aju”. Ajaknya sungguh-sungguh. Pada mulanya ana menolak sebab ketika itu sedang menyiapkan kerja. Berkali-kali dia pujuk ana…hehe

“kak ngah…jom la…”

“hmm..ye la, jom…” ana pun pakai hijab sambil tangan menggapai kamera. Dalam hati bermonolog sendiri, “mesti rakam aksi dorang kali nie…huhu”. Adik-adik ana nie memang ceria orangnya.hehe..

Anis nampak ana pakai tudung. Dia pun letak beg, nak ikut main sekali. Tajudin pula duduk ditangga sambil pakai kasut. Turun je dari tangga rumah, Anis terus hilang. Tak perasan plak ana. Ana tanya Tajudin, rupanya dia kat sini. Hehe…

Aksinya...hehe
Bertuah punya budak. Ana pergi dekat dengan dia, dia baling pasir kat ana. Nasib baik sempat mengelak, kalau tak..mandi pasir la jawabnya…hehe. Minat sungguh dengan pasir. Dah lama tak pergi kat pantai, tu yang jadi macam tu. Hehe…

Ana pun pergi kat Tajudin plak. Bersungguh-sungguh nak main bola, tapi bila tengok bola kempis (bola takde angin) terus tak jadi. Nanti kaki sakit, dah la pakai selipar je. Hehe…

Ada gaya macam Moktar Dahari tak? hehe

Kesian plak kat dia, kena main sorang-sorang sebab Sirajudin demam. Dua hari juga tersadai kat sofa, asyik muntah je. Alhamdulillah ana tak balik kampus lagi, dapat jaga dia. Ringan sikit keje umie, penat bawa adik dalam perut…(^_^)

Nie sedikit gambar yang dapat ana paparkan. Buat pengubat rindu buat ana setelah pulang ke kampus nanti, jua buat kakak dan adik-adik ana yang sudah berada di kampus.

Kusyuknya...hehe


Aksi depan kamera..hehe

Ana suka tengok gelagat dorang. Adik perempuan ana kat UiTM Dungun selalu juga telefon selepas baca catatan ana yang lepas tentang dorang, lucu katanya. Jadi pengubat rindu dari jauh…hehe… Ada juga “penonton” lain yang tengok gelagat dorang bermain…Nie la dia…ngee~~ (^_^)

Penonton setia...ngee~~ (^_^)

Jam hampir pukul 6.45 petang waktu itu, ana ajak dorang pergi kat tali air depan rumah. Untuk pengetahuan pembaca semua, rumah tempat keluarga ana tinggal nie dahulunya tempat orang kampong tanam padi. Jadi, suasananya agak menyenangkan.

Ini pula aksi dua beradik tu kat depan tali air, bukan main susah lagi nak ambil gambar dorang berdua. Tak tahu nak buat macam mana dah, layan jelah…hehe…

Ragam dua beradik...hehe

Hari dah nak senja, ana ajak dorang masuk dalam rumah. Seronok juga dapat riadah sama-sama dengan diaorag walaupun ana hanya jadi penonton..hehe..Tapi, sebelum tu. Ana sempat ambil gambar nie…


Bertuah petang tu dapat tengok matahari hampir nak terbenam. Cantikkan…(^_^)

Umie tanya Tajudin, “seronok main bola dengan kak ngah?”

“tak main dengan kak ngah pun. Aju main sorang, kak ngan duk tangkap gambar” ana gelak je dengar dia cakap…hehe.


Hari nie, Sirajudin sudah beransur pulih. Tajudin plak yang kurang sihat. Doakan moga 
diaorang cepat sembuh ye…amen…

blog comments powered by Disqus