“Dengan
Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
“no place
like home”
Siapa
setuju? sila like. Gurau je…:p
Ana
terlupa kata mana ana terbaca kata-kata tu. Apa yang ana tahu, ana setuju
sangat-sangat dengan ayat tersebut. hehe!
a.
"ke mana kamu mahu pergi selepas ini?".
Dia menjawab, "saya mahu pulang ke
rumah". Lantas dia berlari pulang dan mendapatkan isteri dan anak-anaknya.
------------------------------ ------------------------------ --------------
Begitu juga dengan ana. 4 tahun bukan suatu tempoh
yang singkat. Ianya lama. waktu cuti ana banyak dihabiskan dengan
program-program samaada dalam kampus dan luar kampus. Dalam tempoh tersebut, ana korbankan masa untuk keluarga. Banyak perkara yang ana terlepas.
Masih ana ingat saat disapa oleh pegawai Pusat
Islam, "lepas praktikal, asma' nak ke mana?".
Ana menjawab, "saya mahu segera pulang ke
rumah".
"Tak nak ikut kami bercuti ke Melaka?".
tanya beliau lagi.
Ana tersenyum disebalik sehelai kain dan menjawab,
"tiada percutian paling indah melainkan di rumah. Saya mahu pulang, sudah
lama saya merantau".
********************
Ana
teringat perbualan dengan abah sebaik sahaja selamat tiba di kampung halaman
kira-kira satu bulan yang lepas.
“Angah ada mohon kerja kat Pusat Islam tak?”
Ana
diam.
“Dah mohon. Tak dapat ek?”.
Ana
tetap membisu, tapi hati berbicara. “Tak mohon pun abah, tapi ditawarkan
untuk kerja kat situ. Cuma angah tak nak. Angah nak duduk kat rumah je…”.
Sekiranya
permohonan untuk sambung master diterima. Ana akan kembali merantau selepas
ini. Buat masa ini, inilah pilihan ana iaitu kerja dari rumah. Alhamdulillah
Allah masih kurniakan rezeki.
Sekiranya
ada program, ana akan minta izin dari abah dan umie untuk sertainya.
Alhamdulillah setakat ini masih diizinkan kerana mereka tahu ‘jiwa’ anaknya
yang tidak terlepas dengan pelbagai program.
Melayan
kerenah adik-adik, masak, siapkan tempahan ‘Bidadari Collection’, menulis,
kemaskan rumah dan banyak lagi. Penat, memang penat tapi ana bahagia. Keluarga
yang punya ‘rakyat’ yang ramai dan proaktif! :p
Jika
ditanya kepada ana, dimanakah percutian paling indah. sejujurnya ana akan
jawab, “percutian paling indah adalah dirumah”. ^^
Home sweet
home…♥
JOM KITA
MENGEMBARA LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI ABADI…(^^,)