“Dengan
Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah
wa syukrillah, selesai lagi satu amanah yang telah diberikan kepada ana iaitu
menjadi salah seorang yang mereka modul program bagi para pelajar tingkatan 6
bawah Sek. Men. Agama Maarif, Kampung Raja, Besut selama 3 hari bermula 12
hingga 14 Julai 2012.
Asrama Puteri...^^ |
Ada
yang bertanya bagaimana ana dapat buat program di sekolah ini? Sebenarnya, ada
seorang sahabat yang bercadang mahu buat program motivasi di sekolah lamanya,
maka ana raikan saja permintaanya dan bantu dari segi paperwork semasa
praktikal lagi. Jadi, apabila kelulusan sudah ada dari kedua belah pihak iaitu
pihak sekolah dan Kelab Pentadbiran Muamalat, agenda ini diteruskan.
Sebaik
sahaja selesai praktikal dan projek ini masih dalam proses persediaan dan
perancangan, ana dan ajk program hanya berhubung melalui facebook dan mesej
sahaja tanpa berjumpa face to face, alhamdulillah Allah permudahkan urusan.
Ketika
pertama kali menjejakkan kaki ke sekolah ini dan ana masuk ke dalam asrama
puterinya, ana teringat saat belajar di Sek. Men. Ugama (Arab) Pelangai,
Bentong, Pahang. Suasananya memang hampir serupa dengan adik-adik muslimat yang
memakai baju sekolah dan berkain hijau.
Apabila
selesai sesi pembelajaran, ‘pakaian rasmi’ mereka adalah jubah dan tudung labuh
jika mahu kemana-mana, itulah salah satu proses tarbiyah yang ana lalui ketika
di tingkatan 1 dan 2 yang membuatkan ana terbiasa memakai tudung labuh dan
jubah.
Sebelum
mula membuat modul, ana akan bertanya beberapa soalan kepada urusetia program
untuk mengetahui tahap pemikiran sasaran yang bakal ana ‘tarbiyah’. Apabila
urusetia khabarkan para pelajar tingkatan 6 bawah baru sahaja masuk, maka satu
cabaran buat ana adalah emosi mereka yang masih berperang dengan keputusan
peperiksaan SPM yang lalu.
Maka,
sesi ice breaking itulah permulaan yang akan menentukan samaada modul yang ana
reka perlu diteruskan atau akan berubah mengikut keadaan disamping melihat
setakat mana para pelajar bertindak dan respon terhadap modul yang ana
gunakan. Ada sesuatu yang ana buat semasa sesi ini untuk menarik perhatian
mereka.
Alhamdulillah...^^ |
Ana
ambil duit RM50 dan bertanya, “kalau akak bagi duit nie kat adik-adik, adik-adik
nak tak?”.
Masing-masing
menjawab, “mestilah nak, banyak tu….”
Wang
tersebut ana ramas hingga renyuk. Ana bertanya kepada mereka. “kalau akak
buat macam nie, adik-adik masih nak lagi ke duit nie?”
“ia kak, mestilah nak…”.
Setelah
itu, ana ramas lagi dan pijak duit ini dengan kaki. Ana bertanya lagi kepada
mereka. “akak dah pijak duit nie dengan kaki, adik-adik masih nak ke?”
“Ia kak, saya tetap nak.”
Lalu
ana bertanya, “sebab apa nak?”.
Ada
dalam kalangan mereka yang menjawab, “sebab duit nie bernilai kak”.
Ana
tersenyum disebalik niqab dan berkata, “Begitulah juga dengan kalian. Walaupun
korang dihina, dicaci, dan disisihkan oleh masyarakat sekeliling kerana masuk
ke tingkatan 6, kalian tetap punya nilai dimata Allah s.w.t. sekiranya kalian
tidak berputus asa. Jadi, buatkan diri kalian bernilai dimata masyarakat.
Bagaimana caranya? Akak akan ajar dalam sesi seterusnya”.
Ana
teringat pesan seseorang, “kalau nak berubah, mesti buang kegelapan dan
masukkan cahaya”. Apa maksudnya? Kalau mahu bertaubat, mestilah solat sunat
taubat dan menyesal atas dosa lalu serta isilah hati dengan perkara yang
mendekatkan diri kepada Allah.
Maka,
ana guna falsafah ini dalam modul ana. Ana buangkan perasaan, emosi dan
pemikiran negatif mereka terhadap keputusan SPM yang lalu, kekecewaan para ibu
bapa yang tidak dapat melihat anak-anak mereka masuk ke universiti, pandangan
serong masyrakat terhadap mereka yang masuk tingkatan 6 dan keyakinan diri
mereka sendiri.
Ana
mesti buang itu terlebih dahulu dan masukkan ‘ruhul jadid’ iaitu semangat baru.
Setiap kali selesai sesi latihan dalam kumpulan (LDK), ana akan bertanya kepada
para fasilitator tentang bagaimana keadaan ahli kumpulan mereka disamping ana ‘korek’
rahsia para pelajar dengan meminta mereka meluahkan rasa hati dalam sampul
surat.
“fasilitator
yang baik adalah bilamana ahli kumpulan selesa dan mahu berkongsi rahsia hati
dengannya”
Modul
juga akan berubah atau kekal mengikut keadaan para pelajar. Ana cuba sedaya
yang mampu sebab matlamat ana berada disekolah tersebut adalah untuk sedarkan
mereka bahawa ummah perlukan insan seperti mereka.
Tiba
di satu slot, ana minta para pelajar lukiskan sesuatu yang bermain di minda
mereka dikala itu. Ada yang melukis gambar topi ijazah, logo universiti,
pemandangan dan cuma seorang yang melukis gambar zigzag seperti ini.
Apabila
diselidik, rupanya dia ada masalah yang cukup besar dalam hidup. Maka, dari
satu slot ke slot, ana akan bertanya kepada fasilitator dalam kumpulannya dan
meminta fasilitator selalu perhatikannya dan cuba korek masalahnya sedalam yang
mungkin.
Ana reka slot ‘pemisah’ dalam modul seterusnya iaitu antara negatif dan positif kerana setelah
perkara negatif itu dibuang, ana mula berikan perkara positif melalui video
yang ana tayangkan tentang 100 impian yang dia tulis dalam kertas. Setelah
beberapa tahun, impian tersebut satu persatu ditunaikan dengan izin Allah
s.w.t.
Ana
juga ceritakan bagaimana perjalanan hidup ana sebelum menjadi seperti yang ada
pada hari ini. Insan yang dahulunya sering duduk di kelas hujung, dapat
keputusan peperiksaan juga paling hujung dalam kelas, buku rekod juga sering
bertanda merah hingga merasakan itulah takdir hidup yang perlu ana lalui iaitu
sentiasa gagal.
Satu
hari, ana dipaksa masuk ke sekolah biasa. Dari situ ana mula sedar bahawa diri
ini masih ada peluang untuk SPM walaupun sudah gagal dalam UPSR dan PMR. Ana
berusaha dan terus berusaha hingga melangkah setapak ke hadapan dengan
melayakkan diri untuk masuk ke matrikulasi dan terus ke universiti.
“insan yang
tidak pernah merasai kegagalan, tidak akan merasai nikmat kemenangan”
Ana
berikan adik-adik 4 helai kertas warna yang ana panggil ‘kertas magic’ dan
meminta mereka menulis 4 impian yang mereka mahukan. Setelah itu, ana ajar
mereka untuk bina bahtera impian dan ana katakan kepada mereka.
“bahtera ini akak buat semasa akak terasa terlalu lemah untuk
melangkah. Terasa penat dengan semua yang perlu akak lalui. Satu hari, akak
bina bahtera nie dari kertas yang terisi dengan impian dan harapan yang akak
mahukan. Jadi, akak ajarkan kepada adik-adik semoga bahtera impian ini akan
terus belayar hatta dipukul ombak ribut”
Bahtera impian...^^ |
Setelah
selesai, ana bina benteng pertahanan melalui modul yang seterusnya. Ana
tunjukkan betapa ajaibnya minda yang Allah s.w.t. cipta tanpa mereka sedari dan
mereka nampak teruja setelah mengetahuinya. Lantas ana berkata, “begitulah
juga diri adik-adik. Adik-adik tidak akan pernah tahu setakat mana kemampuan
adik-adik sekiranya tidak mencuba dan cabar diri”.
Lega
rasanya apabila modul ini telah ana lunaskan dan tinggal satu sahaja slot iaitu
sesi muhasabah diri pada sebelah malam. Pada petang tersebut, ana dan ajk
program pergi Pantai Bukit Keluang.
Ana khabarkan kepada adik-adik, “akak nak
pergi Pantai petang nie, nak bawa ajk program pergi sana. Diaorang pun perlukan
motivasi juga setelah penat uruskan program nie. hehe!”.
Sebelum
pergi ke pantai, ada dua ‘hadiah’ yang Allah atur dan izin kepada ana.
Pertamanya adalah bunga kertas ini. Adik-adik dari kumpulan ana berikan ini
sebagai tanda penghargaan atas ilmu dan pengalaman yang ana curahkan. Bercadang
mahu letak dalam kelisa dakwah, biar penuh dengan kenangan…:p
Bunga kertas yang kreatif! ^^ |
Keduanya,
ana bertemu dengan sahabat facebook buat kali pertama setelah kenal hampir satu
tahun dan baru hari itu kami bertemu. Tidak menyangka sekolah tempat ana buat
program dekat dengan rumahnya. Dia berikan hadiah sebuah buku dan majalah serta
minum petang. Terima kasih ukhty atas ukhuwah ini…^^
Terima kasih Allah atas anugerah ini...^^ |
Setelah
selesai solat dan minum petang, kami pergi ‘berkelah’ di Pantai. Seronok dapat
menghirup udara pantai dan melihat gelagat para ajk yang santai. Dalam bekerja,
perlu juga ada masa untuk bergelak ketawa dan rehat supaya tidak tertekan
dengan tugas dan kerja yang diberikan.
Panjang
sungguh coretan ana kali ini ya…:p
Ana
rasa, cukuplah perkongsian pengalaman selama 3 hari yang dapat ana nukilkan.
Semoga ianya memberi ilham kepada yang mahu anjurkan program disamping memberi
manfaat kepada yang membacanya.
Akhir
kalam, ana ucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Sek. Men. Agama Maarif, Kg.
Raja, Besut atas keizinan untuk kami membuat program. Terima kasih juga kepada
ajk program atas komiteman dan pimpinan
Kelab Pentadbiran Muamalat atas kepercayaan untuk ana kendalikan modul program
ini.
Buat adik-adik, "kalau mahu bermimpi, mimpilah sampai ke bintang"...^^
wallhua’lam.
Bersama adik-adik dalam group ana...^^ |
JOM KITA
MENGEMBARA LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI ABADI…(^^,)