“Dengan
Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah
Ya Allah atas nikmat dan keizinan saat ini. Syukurku pada Mu atas segala yang
telah Engkau anugerahkan buat hamba yang kadang-kala leka dan lalai dalam
mengingatiMu.
Tiga
tahun lalu, ‘diari maya’ ini mula bernafas untuk berkongsi pengalaman dan kisah
hidup yang dilalui sepanjang pengembaraan di bumi Allah kerana itu ‘diari maya’
ini dinamakan “Kembara Sufi Di Bumi Tuhan”.
Begitu
pantas masa berlalu, banyak coretan yang ana luahkan dalam ‘diari maya’ ini.
Tercatat dan tersimpan segala memori lalu untuk dihayati dan dijadikan
pengajaran dalam menempuh hari-hari baru dalam hidup.
Beberapa
hari lalu, ana membaca sebuah buku yang tertulis prakata dari penulis buku
tersebut. MasyaAllah, insannya cukup sibuk dengan pelbagai agenda penting dalam
hidup, namun masih punya waktu untuk menulis sebaris kata dan menyiapkan buku
yang sedang ana baca dikala itu.
Beliau
langsung tidak berharap buku yang dinukilkan itu menjadi bestseller
tetapi apa yang tercatat dalam buku itu diambil ibrah dan manfaatnya untuk
menjadi sebaik-baik hamba buat Allah s.w.t.
Ana
koreksi diri dikala itu, “dia begitu sibuk namun mampu menghasilkan karya yang
mampu membuatkan orang lain makin dekat dengan Allah s.w.t. Dan bagaimana pula
dengan aku?”.
Hari
itu, ana mula ilitizam untuk cuba menjadi penulis yang bermanfaat buat insan
lain. Bagaimana? Iaitu cuba sentiasa menulis dengan hati dan ilmu kerana
tulisan dari hati, pasti terkesan jua pada hati.
Untuk
mula menulis, ianya memang mudah. Tetapi untuk istiqomah, ianya tidak semudah
yang disangka. Masih ana ingat saat bergelumang dengan nota-nota akademik,
kertas kerja, kuiz, program, mesyuarat dan jawatan yang menuntut diri ini
berikan komitmen sepenuhnya.
Terasa
sedih dihati apabila duduk di depan laptop, namun jari jemari tidak mampu untuk
menukilkan apa-apa kerana ilham tidak muncul. Itulah yang akan berlaku apabila
hati ana bermasalah dan tertekan dengan pelbagai agenda dalam hidup.
Lantas,
nukilan itu dibiarkan sepi tanpa sebaris kata. Itulah perjanjian yang ana buat
dengan hati iaitu tidak akan dan menulis apa-apa apabila hati sedang sakit! kerana
mudharatnya lebih parah apabila menulis dalam keadaan emosi yang tidak stabil.
Dalam
sujud dan seusai solat, ana berdoa moga Allah bimbang hati ini supaya sentiasa
ikhlas dalam apa-apa perkara yang dilakukan agar insan yang mendengar ana
berbicara, melihat ana beraksi, dan membaca tulisan ana sentiasa merasai apa
yang cuba ana sampaikan.
Teringat
kata-kata seorang penulis buku sewaktu hadir membuat bengkel dikampus, “sebenarnya,
apabila seseorang itu menulis, tulisan itu sedang membimbangnya untuk
melaksanakan apa yang ditulisnya. Jadi, amat bagus bagi para remaja menulis supaya
tulisan itu mentarbiyahnya dalam diam.”
Walaupun
ada yang tidak setuju, tetapi ana sependapat dengannya. Coretan yang ana nukilkan
dalam ‘diari maya’ ini banyak membimbing ana untuk sentiasa muhasabah diri dan
basuh hati supaya perbuatan ana sentiasa selari dengan apa yang ana tulis.
Ada
juga yang bertanya, “bagaimana nak menulis macam ukhty ya?”.
Bagi
ana sendiri, semua ini perlukan proses. Setelah direnung zaman kanak-kanak ana,
rupanya ana sering menulis dan berbalas surat kepada sepupu. Dalam surat
tersebut ana ceritakan kehidupan yang ana dan keluarga lalui. Tidak kurang juga
mengutuskan kad apabila tiba musim perayaan atau hari kelahiran sahabat
terdekat.
Semua
itu berlangsung beberapa tahun. Ana sendiri suka membaca surat yang ditulis
oleh sepupu yang sudi melayan surat-surat yang ana pos kepadanya. Terima kasih
buat sepupuku, Ukhty Hafizah Haris yang kini menyambung pengajian di Mesir
dalam bidang perubatan. Moga saham ini juga ada buat mu…(^^,)
Ana
langsung tidak tahu bahawa bakat menulis ini mula diasah sejak kecil hinggalah
masuk ke sekolah menengah. Ana begitu minat dengan subjek Bahasa Melayu dan
Sastera, ditambah pula dengan Cikgu Norma yang sentiasa memberi dorongan dan
sudi menegur kesilapan tatabahasa dan karangan yang ana tulis.
Masih
ana ingat semasa di tingkatan lima. Setelah selesai peperiksaan pertengahan
tahun, markah untuk subjek Bahasa Melayu cemerlang dan ada satu bahagian yang
mana ana mendapat markah penuh. Jadi, Cikgu Norma minta ana pergi ke hadapan
kelas dan menulis semula karangan tersebut untuk pelajar lain salin.
Allahu
Allah, ketika itu terasa begitu bersemangat untuk berusaha memperbaiki mutu tulisan
karangan ana apabila dihargai seperti itu. Moga saham ini juga ada buat mu
wahai guru yang tidak jemu mendidikku…(^^,)
Dan
buat sahabat yang sentiasa memberi kata-kata semangat dan doa yang tidak putus-putus
supaya ana kekal dan istiqomah dalam medan dakwah yang satu ini. Moga saham ini
juga ada buat kalian…(^^,)
Ana
pernah menulis satu artikel yang bertajuk, “bersenjatakan media, berpelurukan
penulisan” yang mana ana dapati abad ini, media maya seperti facebook, blog,
wordpress, dan lamanweb begitu berkuasa dan dapat menyebarkan maklumat dengan
cepat.
“semuanya
dihujung jari”
Merasai
perkembangan teknologi yang terus berkembang pesat ini, pelbagai kaedah mula
tercipta seperti perniagaan online, perbankan online, pembayaran dan penjelasan
cukai secara online dapat dilakukan dengan mudah tanpa perlu beratur panjang
dan menunggu lama.
Maka,
tidak hairanlah munculnya ustaz google, youtube, video blog (v-log) dan sebagainya
dalam menyampaikan sesuatu imu yang bermanfaat kepada orang lain dengan kreatif
dan cepat.
Isu
ini dikupas dengan mendalam oleh seorang pegawai Pusat Islam dari Unversiti
Teknologi Malaysia (UTM), Skudai dengan tajuk “Tekno-Da’ie” dalam Seminar Islam
Nusantara dan manfaatnya cukup besar apabila para da’ie mula gunakan media sebagai
‘senjata’ dalam menyebarkan dakwah.
Jom
sahabat, kita mula menulis. Berlatihlah dengan memanfaatkan wall facebook
atau twitter sebagai tempat latihan untuk mula berkarya. Ana doakan moga
kalian berjaya dan istiqomah…(^^,).
“Menggunakan
internet untuk menyampaikan maklumat Islam, menyampaikan suara Islam dan
memperlihatkan Islam. Ianya merupakan satu jihad utama”
(Kitab Fikhul Jihad
karangan Prof. Dr. Syeikh Yusuf al-Qardhawi)
27.7.2009
> 27.7.2010 > 27.7.2011 > 27.7.2012
.:: Selamat
Ulang Tahun Kelahiran Yang Ketiga ::.
Wallahua’lam.
JOM KITA
MENGEMBARA LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI ABADI…(^^,)