“Dengan
Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
“Sebaik-baik
manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia lain”
(Shahih
al-Jami’, No. 3289. Hasan)
Alhamdulillah
atas nikmat Ramadhan yang pasti dinanti oleh umat Islam seluruh dunia akan
kehadirannya. Satu Ramadhan yang lalu, rumah ana lebih meriah dari biasa kerana
inilah kali pertama keluarga ana berpuasa dan berbuka dengan ahli baru iaitu
abang ipar ana.
Suasananya
juga berlainan kerana hari itu, abang ipar ana yang jadi ketua chef dan masak
ikan tiga rasa buat kami sekeluarga disamping juadah yang lain. Abah dan ummi
juga jemput tok ayah dan nenek dari dua-dua belah untuk berbuka bersama. Memang
meriah walaupun dua orang adik ana tidak ada kerana berada di kampus
masing-masing.
Ummi
tanya, “nanti nak berbuka dengan air apa?”.
Ana
dan adik jawab serentak, “air kelapa! hehe!”.
Maka,
mulalah operasi kami mencari buah kelapa muda di belakang rumah tapi tak reti…:p
. Ana pun minta nenek untuk bantu kami sebab selalunya apabila kami pergi rumah
nenek dan teringin untuk minum air kelapa, pasti nenek akan kaitkan buah kelapa
untuk ana dan adik-beradik minum.
Ana
duduk menghadap nenek dan melihatnya membelah buah kelapa. Sekali sekala, ada
pesanan yang dititipkan buat kami. Ana hanya khusyuk mendengar dan minda mula
berfikir.
“Erm…macam
mana air boleh ada dalam kelapa ya?”.
Tidak
ada jawapan yang mampu ana berikan melainkan jawapan melalui kajian sains
tetapi ada satu jawapan yang akan sentiasa betul iaitu Allah yang ciptakannya,
pasti ada manfaat tersendiri. Lalu ana berfikir lebih mendalam hikmah disebalik
penciptaan buah kelapa tersebut.
“Berfikir
sesaat hingga terasa kebesaran Allah lebih baik daripada beribadat selama
setahun”
Isi
kelapa boleh dimakan begitu sahaja atau dijadikan penambah perasa dengan kuih
atau diambil santannya. Airnya boleh diminum dan penawar kepada racun.
Tempurung kelapa boleh dijadikan bahan bakar atau diproses menjadi tabung duit.
Sabut kelapa boleh dijadikan berus. Daunnya boleh dianyam untuk dijadikan
ketupat dan batang daun tersebut boleh dijadikan lidi.
MasyaAllah,
terlalu banyak manfaatnya! Hampir kesemua yang ada pada pokok kelapa tersebut
ada kegunaan yang pelbagai dan memberi manfaat kepada manusia.
Begitulah
juga jika dikaitkan dengan manusia. Kita punya hati untuk luahkan rasa cinta
pada pemilik yang halal. Punya akal untuk berfikir bagi kebaikan ummah. Punya
iman untuk mengadili mana yang hak dan batil. Dan kita punya senjata terhebat
iaitu doa.
Allah,
tidak terhitung segala nikmat yang telah Engkau anugerahkan hingga martabat
seorang manusia yang beriman itu lebih tinggi nilainya berbanding maklukNya
yang lain.
Cuma
satu, apakah kita ini bermanfaat untuk insan lain dan ummah? Apakah nafas dan
nyawa yang diberikan senada dan seirama dengan fitrah Islam sebenar? Apakah
kelebihan yang kita miliki digunakan sebaiknya untuk Islam?
Ana
tersenyum tatkala menonton satu siaran di televisyen ketika seorang wartawan
bertanya kepada artis yang bukan Islam, “awak pun puasa ke?”.
“benar, saya pun puasa. Sudah biasa, kawan-kawan saya ramai yang
muslim dan puasa nie bagus untuk kesihatan. Hehe!”.
Apa
beza puasa kita sebagai seorang muslim dengan bukan Islam? Cuma satu iaitu kita
beriman kepada Allah s.w.t. dan puasa yang kita lakukan bukan setakat menahan
lapar dan dahaga tetapi mahu mendapatkan keredhaan Allah disamping memenuhi
kewajipan dalam rukun Islam.
Muhasabahlah,
apa yang telah kita lakukan untuk Islam pada hari ini?
****************************
Sedikit
iklan bagi sedikit yang mampu untuk ‘saham’ kita disana.
Sila klik untuk melihat imej lebih besar...^^ |
UNGGAS
merupakan sebuah pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) yang ana sertai ketika
masih dikampus lagi dan mereka perlukan bantuan tenaga sukarelawan yang sudi
untuk turut serta pada 3 & 4 Ogos 2012. Juga memerlukan sedikit dana
kewangan untuk menjayakan misi ini. Bagi yang berada di lokasi berdekatan,
boleh membantu sedaya yang mampu.
Ini
pula projek yang dilakukan bagi mengumpul dana kewangan untuk diberikan kepada
saudara muslim kita di kemboja yang tidak memiliki al-quran dan terjemahan
dalam bahasa mereka sendiri. Maka, ada beberapa badan dan individu yang
bergabung untuk menjayakan misi ini.
Jika kita
tidak mampu berikan tenaga untuk turun membantu, bantulah dari segi kewangan.
Jika kita
tidak mampu membantu dari segi kewangan, bantulah dengan memberikan idea dan
pendapat.
Jika kita
tidak mampu memberi idea dan pendapat, bantulah dengan berdoa!
Apakah
kita tidak mahu untuk turut serta dan menjadi sebahagian manusia yang
bermanfaat kepada insan yang lain? Itu terpulang pada kebaikan hati kalian.
Moga sentiasa dalam redha Allah selalu…(^^,)
Wallahua’lam…
JOM KITA
MENGEMBARA LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI ABADI…(^^,)