“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah Ya Allah atas segala kurniaan nikmat Iman, Islam & Ihsan yang telah Engkau kurniakan kepada hamba ini. Selawat dan salam buat kekasih tercinta dunia & akhirat, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.
Alhamdulillah Ya Allah kerna masih memberi keizinan dan kesempatan untuk hamba ini berkongsi sesuatu bersama dengan pembaca sekalian. Terasa sibuk yang amat kerna bakal pulang ke kampus beberapa hari lagi.
Ana berfikir panjang sebelum menulis tentang ini. Sebenarnya sudah banyak kali ana disapa berkaitan dengan isu ini. Namun jawapan ku mudah sahaja, “nanti ana share dalam blog ye…(“,)”.
Seingat ana, ana mula terlibat dengan badan dan pertubuhan luar ketika berada di tahun pertama. Saat itulah ana melihat dengan mata ana sendiri realiti sebenar kehidupan masyarakat yang dikatakan negara Islam ini.
Rmai yang bertanya macam mana skil, kaedah, cara, dan method yang ana gunakan untuk berhadapan dengan masyarakat sekeliling yang jauh dari fitrah Islam yang sebenar.
Sejujurnya ana katakan, ana masih mentah dalam soal ini. Pengalaman yang ada juga tidak banyak dan sehebat insan yang sudah mahir dalam mendekati mad’u tanpa rasa gugup mahupun gagap. Apatah lagi kaum kerabat sendiri masih ada yang hidup dalam dunia kegelapan.
Cuma satu sahaja yang sering ana lakukan dari dulu hingga kini iaitu memerhatikan gelagat orang lain. Setiap kali ana pergi ke mana-mana program, pasti ana akan perhatikan gelagat urusetia atau fasilitator yang menguruskan program.
Kerna apa? kerna mereka ada skil masing-masing dalam ‘menjinakkan’ peserta program. Ana juga sering membaca catatan, penulisan dan laporan yang ada dalam mana-mana blog berkaitan program yang mereka lakukan seperti saifulislam.com
Dari situ, ana cuba mencipta kaedah yang tersendiri dalam mendekati masyarakat sekeliling. Sebab bagi ana sendiri, kadang-kala teknik atau ilham untuk dekati mad’u tu datang secara spontan tanpa di duga.
Ana teringat seorang kakak pernah cerita, “akak pun tak berani nak buat macam dia dik. Tadi masa kitaorang keluar beli barang kat kedai, dia nampak ada sekumpulan budak tengah melepak. Terus dia pergi dekat dorang sambil tanya jam pukul berapa. Pada hal kat tangan dia dah ada jam. Lepas tu senang je akak tengok dia masuk dengan budak-budak yang tengah melepak tu”.
Untuk dapat skil seperti ini bukannya mudah. Ketika kali pertama ana turun ke lapangan da’wah mendekati masyarakat, ana diajar tentang cara dan kaedah yang sesuai untuk mendekati mad’u. Pesanan itu masih ana ingat hingga ke hari ini.
“ Langkah pertama, hulurkan salam dan senyuman. Langkah kedua, buatkan dia rasa selesa berada bersama dengan kita. Langkah ketiga, barulah cuba menasihatinya…” .
Mudahkan? tapi berapa ramai yang dapat lakukannya? pernah juga ana menegur pasangan yang couple tetapi kerna tidak kena cara, dia mula menjauhi ana. Malah semakin menjauhi Allah.
Semasa ana melihat ustaz ana dekati mad’unya, hati berbisik “Ya Allah…lemah lembutnya, penuh dengan kasih sayang…patutlah orang mudah dengar apa yang dia cakap…”. Baiklah, ini ada beberapa tips yang ana dapat kongsi, maaf atas kekurangan yang ada. Moga bermanfaat.
Tips pertama adalah niat. Kalau yang pertama nie tak betul, sampai ke akhirnya tak menjadi. Ramai yang kata, “saya buat semua nie kerna Allah”. tetapi berapa ramai yang faham apa yang diucapkan?
Bila lakukan kerna Allah…pastinya ia bebas dari rasa riak dan bangga diri. Ianya asli benar-benar hanya Dia, namun ikhlas itu rahsia Allah. Kerna itu tidak ramai yang mampu menyentuh hati mad’unya sebab niat dah terpesong.
‘jiwa yang mahukan Allah…pasti dapat menundukkan jiwa nafsu dan hanya hati yang ikhlas mampu menyentuh hati yang kotor’
Kalian pernah jumpa dengan seseorang yang setiap kali terpandang susuk tubuhnya, ia membuatkan kalian terasa dekat sekali dengan Allah s.w.t.? Jika pernah, dekatilah dia…pasti kalian akan tahu bagaimana untuk tundukkan perasaan riak dihati kerna orang yang ikhlas akan terpancar diwajahnya. (pengalaman ana).
Tips kedua adalah komunikasi. Bait-bait ayat yang keluar dari mulut itu mesti sehikmah yang mampu. Usah sesekali menghina atau mencaci dirinya. Dahulukan keampunan Allah melebihi kemurkaanNya dan dahulukan syurga dan ganjaran berbanding azab dan balasan Allah s.w.t.
Ada satu teknik yang ana dapat semasa ikuti program iaitu teknik ping-pong. Macam mana caranya? iaitu dengan memberikan pujian kepadanya dahulu dan barulah tegurnya sebab manusia nie kadang-kala suka dipuji.
Contohnya, :putihnya kaki awak, cantik pulak tu. Tapi lagi bagus kalau awak pakai stoking atau sarung kaki, dapat tutup aurat, terlindung dari cahaya matahari lagi…(“,)”.
Tips yang ketiga adalah selami jiwanya. Sudah berapa ramai ana jumpa insan yang terjebak dengan gejala social ada masalah peribadi, keluarga, kewangan dan sebagainya.
Kita tidak mampu menyentuh hatinya jika hanya menjadi pendengar setia tetapi hati kita perlu turut merasai apa yang di rasa kerna hati yang merasa pasti akan lebih memahami.
Mereka yang kita tafsir dan nilai kini nampak jahat dan nakal. Tetapi percayalah, jauh dari lubuk hati mereka, mereka tetap mahu jadi orang yang baik-baik. Sahabat ana ketika di sekolah, nakal dan suka cari gaduh dengan orang hingga ada yang berkata, “kalau nak banding kau nie dengan syaitan , aku rasa syaitan lagi baik”.
Namun bila ana selami jiwanya, rupanya dia punya masalah hidup yang cukup rumit hingga dia tidak percaya kewujudan Sang Pencipta. Jika di fikir, “bertuahnya aku dilahirkan dalam keluarga Islam”. Adalah lebih baik kita mendoakan semoga dia diberi hidayah dari mengutuk dalam diam.
Tips yang keempat adalah selalu dekatinya. Tips ini ana ambil tatkala mendengar cerita dari kakak dan beberapa orang sahabat yang mendekati mereka yang murtad, tiada tenpat tinggal dan non-muslim.
Kata mereka, “orang kristian lebih prihatin dari orang Islam. Bila kami panggil sahaja mubaligh kristian, mesti dorang datang segera sambil bawa barang keperluan yang kami mahukan tetapi bila kami panggil orang Islam, macam-macam alasan dorang bagi…”. Jadi nak salahkan siapa kalau kes murtad semakin membimbangkan?
Ada juga murobbi ana bagitahu, “ada seorang mahasisiwi nie, dia rapat sangat dengan seorang yang berminat nak masuk Islam. Tetapi disebabkan dia begitu sibuk, akhirnya yang berminat terhadap Islam tadi masuk kristian. Hanya kerna apa? Kerna orang kristian tadi lebih ambil berat tentang dirinya berbanding mahasiswi tadi”.
Kerna itu Islam menggalakkan umatnya selalu ziarah menziarahi, jika ada salah seorang yang tidak pergi berjemaah di Masjid, pasti Rasulullah s.a.w. akan pergi ke rumahnya untuk bertanya khabar. Moga-moga ana juga diberi kekuatan untuk melakukan seperti Rasulullah s.a.w.
Tips yang kelima adalah Doa. Mungkin ada yang anggap doa ini benda yang paling kecil dan remah. Masakan hal ini kecil kalau doa ini dikatakan sebagai senjata orang mukmin. Bagi ana, doa adalah kuasa yang paling hebat dan ajaib. Ditambah pula kalau orang yang kita doa tu tidak tahu yang kita berdoa untuknya.
Ana selalu lihat seorang sahabat dari jauh yang mahu berubah. Pasti ada doa buatnya moga Allah s.w.t. bukakan pintu hatinya untuk bertaubat. Dan alhamdulillah…dia termasuk dalam golongan amar ma’ruf nahi mungkar. Jangan kedekut untuk doa kepada orang lain ye…(^^,)
Sebenarnya banyak lagi cara atau kaedah yang boleh digunakan. Ana syorkan kalian baca buku nie. Tersangat banyak input yang dapat dalam buku nie, apatah lagi penulis menulis pengalaman hidupnya sendiri dalam menyeru kepada Allah s.w.t.
Siapa yang tidak sedih melihat ummah kini semakin jauh dari fitrah Islam yang sebenar. Apatah lagi ramai yang tidak sedar akan tanggungjawab mereka pada ummah. Yang sedar pula terhenti atau futur di persimpangan perjalanan. Moga-moga diri ini terus istiqomah.
Disini ada beberapa catatan tentang pengalaman ana tatkala turun ke lapangan da’wah,
Latihan Aktivis Dawah Lapangan Isu-isu Sosial, Landas Siri 1, Landas Siri 2 & Operasi Sayangi Remaja Valentine Day, Dawah Selembut Air Moga bermanfaat…wallahua’lam.
Da’wah adalah cinta,
Cinta yang menuntut pengorbanan,
Cinta yang menuntut kesabaran,
Cinta yang menuntut kesungguhan,
Cinta yang menuntut kemaafan,
Cinta yang menuntut keteguhan jiwa,
Cinta yang menuntut segala-galanya....
Cinta yang menuntut kesabaran,
Cinta yang menuntut kesungguhan,
Cinta yang menuntut kemaafan,
Cinta yang menuntut keteguhan jiwa,
Cinta yang menuntut segala-galanya....
Cinta yang berputik ini pasti menuntut masa yang lama untuk disemai,
Oleh itu para da’ie…didiklah hatimu untuk bersabar,
hatta dilukai,
hatta dicaci,
hatta dihina,
senyumlah…kerna ummah kini perlukan kamu.