Sabtu, 3 September 2011

Online Shop


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Alhamdulillah Ya Allah kerna masih memberi peluang kepada hamba ini untuk terus rukuk & sujud kepada Mu. Selawat dan salam buat kekasih tercinta, Nabi Muhammad s.a.w dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.

Sudah beberapa hari ‘diari’ ini tidak diupdate. Banyak cerita yang mahu ana kongsikan bersama pembaca sekalian, namun tangan ini seolah-olah kehilangan ‘auranya’ kerna hati tidak turut serta untuk menulis. Dan alhamdulillah akhirnya Dia izinkan jua…(^^,)

Baiklah….jika dilihat pada tajuk artikel kali ini, pasti ada yang sudah dapat meneka apa yang bakal ana kongsikan pada kali ini kan? Ada permintaan dari seorang adik yang mahu ana kongsikan pengalaman ana sepanjang membuka perniagaan ‘Bidadari Collection’.

Bagi yang belum membaca artikel tentang bagaimana perniagaan nie boleh tertubuh, bolehlah baca disini ye…♥Bidadari Collection♥

Sudah hampir 3 bulan ‘Bidadari Collection’ beroperasi dan pengalaman yang ana dapat sepanjang tempoh ini cukup-cukup berharga. Tidak terhitung nilainya dan hanya Allah s.w.t. yang tahu betapa diri ini bersyukur padaNya.

Walaupun agak terkejar-kejar dengan kelas untuk membuat lesen memandu dan kelahiran adik ana yang ke-10, semua itu sudah menjadi asam garam dalam setiap langkah pengembaraan ana. Dan pastinya beberapa program yang terpaksa ana batalkan sepanjang cuti 3 bulan ini akhirnya berbalas juga dengan pengalaman menguruskan ‘Bidadari Collection’…alhamdulillah.

Di awal permulaan untuk pembukaan, pastinya ramai yang tidak mengetahui kewujudan online shop nie. Makanya promosi dan iklan mesti dilakukan untuk menghebohkan bagi yang tercari-cari pakaian muslimah yang benar-benar menetapi syariat Islam.

Dan alhamdulillah Allah permudahkan dengan bantuan sahabat-sahabat yang turut sama mempromosikan ‘Bidadari Collection’. Apa yang ana dapat lihat disini, jika hatinya “mukmin” pasti tiada hasad dengki apabila melihat orang lain murah rezeki darinya berbanding hati “melayu” yang tidak senang duduk melihat orang lain lebih darinya seperti kita lihat peniaga hari ini.

Ana tersenyum sendiri bilamana ada yang terkejut tatkala ana memberikan maklumat tentang peniaga-peniaga yang turut sama menjual barangan seperti yang ana tawarkan. Mungkin ada yang menyangka ana nie melepaskan peluang yang ada di depan mata.

Berkonsepkan “rezeki itu milik Allah”, ana berserah kepadaNya. Yang penting kita sendiri kena mahir dan kreatif untuk mempromosikan barang yang kita mahu tawarkan. Dan alhamdulillah…Ilmu Muamalat yang ana pelajari menjadi benteng dan panduan kepada ana tatkala berurusniaga.

Masih ana ingat kata-kata sahabat ana sebelum ‘Bidadari Collection’ mula beroperasi, “kan bagus ambil kedua-duanya, dunia pun dapat, akhirat pun dapat…”. Dia menegur kerna ana berkeras tidak mahu mengambil upah menjahit tudung. Dan benarlah kata-katanya, upah itu ana dapat sumbangkan kepada yang lebih memerlukan. Kan lagi bertambah ‘saham’ akhirat…(^^,)

Ada juga yang berkata, “ukhty…harga yang ukhty letak untuk tudung labuh & niqob murah berbanding yang lain…”. Mungkin juga kerna dia belum jumpa orang yang letak harga murah dari ana. 

Hati dimuhasabah tatkala ada yang berkata, “kenapa ye? harga untuk tudung, jubah, t-shirt muslimah, kain labuh lebih mahal berbanding seluar jeans, t-shirt biasa dan tudung bawal?” dahi ana berkerut kerna ana tidak pernah ambil tahu harga-harga untuk seluar jeans, t-shirt biasa atau pakaian seumpama itu.

Kerna itulah, ana cuba letakkan harga yang mampu orang beli disamping dapat pulang modal dan untung sedikit. Selama ana belajar ilmu Muamalat, ana diterapkan dengan keredhaan Allah s.w.t. itu yang utama dan keuntungan itu nombor dua. 

Niat kita adalah untuk meramaikan lagi muslimah menutup aurat dengan sempurna disamping menepis pakaian-pakaian yang tidak cukup syarat yang ada dipasaran pada zaman moden nie.

Mungkin ada yang berkata banyak kos yang perlu ditanggung, kerna itu harga untuk pakaian tersebut menjadi mahal. Namun bagi seorang usahawan atau peniaga yang bijak, pasti dia akan cuba meminimumkan kos pengeluaran yang ada dengan pelbagai cara yang halal. Dengan itu, dapatlah dia menjual produk dengan harga yang murah.

Apa yang lebih terkesan dihati ana adalah bilamana pelanggan itu sendiri berkongsi cerita dengan ana bagaimana hidupnya sebelum benar-benar menerima hidayah dan berubah untuk menutup aurat dengan sempurna hingga ada yang berkata, “sebenarnya akak nak awak tulis cerita akak…”.

Tidak kurang juga ada yang berkongsi kisah pahit dan manis setelah berubah. Perubahan itu dipandang serong oleh segelintir masyarakat yang berada disekelilingnya. Ada juga yang meminta doa supaya dirinya terus istiqomah dengan tudung labuh & niqob yang dipakai.

Bermacam perkongsian hidup yang ana perolehi sepanjang menguruskan ‘Bidadari Collection’. Semua itu ana jadikan pedoman dan ibrah buat diri sendiri dan terasa dekat sekali denganNya. Kagum dan terpegun dengan kasih dari Ilahi buat hambaNya yang tercari-cari fitrah Islam yang sebenar.

Sepanjang menguruskan ‘Bidadari Collection’, pasti ada ujian dan dugaan buat ana kerna tidak semua manusia itu sama ragamnya. Tapi kerna ana yang memilih jalan ini, cuba sedayanya untuk tidak merungut. 

Terasa mahu mengalah pun ada, tetapi pabila memikirkan ramai yang benar-benar mahu berpakaian menutup aurat dengan sempurna, semangat dan kekuatan itu hadir semula. 

'Pejabat' Bidadari Collection...(^^,)
Simple kan ‘pejabat’ Bidadari Collection….? Hanya beralaskan tikar, meja kecil yang hanya dapat memuatkan laptop dan beberapa barang lain. Namun jika kita merasa cukup dengan apa yang ada, semua itu tidak menjadi masalah…(^^,)

Ana bakal kembali semula ke kampus. Apa yang bermain di minda ana sekarang nie adalah….adakah Bidadari Collection dapat terus beroperasi seperti biasa atau terpaksa ditutup untuk sementara?

Ana juga tidak tahu apa yang bakal berlaku untuk masa hadapan, apa yang ana tahu…ana mahu terus bekalkan pakaian muslimah yang sudah siap kepada sesiapa yang tercari-cari pakaian muslimah.

Komitmen terhadap jawatan yang ana pegang, projek dan program yang masih ada untuk ana uruskan, kuliah dan tugasan sebagai seorang pelajar. Semua itu pasti memberikan ana lebih cabaran.

Jika di kampus, pimpinan berkobar-kobar melaungkan untuk mewujudkan ‘Biah Solehah’ tanpa memberikan jalan kepada yang mahu berubah, adakah ianya mampu mengubah apa yang sudah sedia ada?

Moga-moga niat ana untuk terus mengembangkan perniagaan ini ke kampus dimudahkan urusan oleh Allah s.w.t… Jika kali ini ana sendirian menguruskannya, mungkin di kampus nanti ana perlukan bantuan sahabat-sahabat untuk turut sama membantu…insyaAllah.
Mohon juga doa dari kalian ye…wallahua’lam.

blog comments powered by Disqus