“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah Ya Allah atas segala kurniaan nikmat yang telah Engkau berikan ini. Selawat dan salam buat kekasih tercinta yang dirindui, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.
Alhamdulillah masih diberi keizinan untuk menulis. Ahli keluarga semuanya sudah lena dibuai mimpi, hanya ana yang masih terjaga. Terasa ingin menulis sesuatu sebelum merehatkan badan nie.
Duduk seorang diri di waktu ini, pasti mampu memuhasabahkan diri. Membaca ucapan, doa dan peringatan dari sahabat-sahabat di facebook dan telefon membuatkan ana terharu. syukran sahabat…(^^,)
Ada yang berkata, angka tarikh lahir ana agak unik sebab banyak nombor 9 dan cukup umur sebelum lahir ke dunia iaitu 9/9/1989. Thanks to abah wa umie kerna melahirkan ana ke dunia yang penuh cabaran ini atas keizinan Allah s.w.t.
Seperti kebiasaan, setiap kali tiba hari lahir ana, pasti soalan ini bermain di minda, “apakah umur yang telah berlalu itu diredhai Allah? apakah setiap helaan nafasku berguna untuk ummah? Apakah masa yang ada itu digunakan sebaiknya?”
Lalu ana letak jari kat nadi sambil pejamkan mata….. Allah….terasa sebak dan nak mengalir air mata nie.
“Denyut nadi ini atas pemberian Mu, helaan nafas ini juga dari Mu…. Nyawa ini adalah anugerah buatku dan aku hidup atas keizinan Mu…..”.
Ana gemar sentuh nadi sendiri, mengingatkan ana bahawa denyutan itu sepenuhnya milik Dia. Pinjaman seketika dariNya. Dan setiap denyutan yang berlalu itu pasti akan dihitung olehNya.
“apakah nikmat ini digunakan dengan sebaiknya atau sebaliknya?”
Lalu ana merenung kembali setiap perjalanan yang dilalui…..Masih banyak dosa dan noda yang dilakukan. Bimbang sekiranya dosa melebihi pahala, maksiat melebihi ibadat, dan kemurkaan Allah melebihi keampunanNya.
“sekiranya kamu cintakan AKU, buanglah dunia dari hatimu”
Kata-kata ini memberi berjuta makna buat ana. Dunia ini cukup mempersonakan penduduk yang mendiaminya, hanya segelintir sahaja yang sedar bahawa semua ini hanya sementara. Jika ramai yang sedar, mengapa masih ramai yang melakukan maksiat?
Begitu juga tatkala ana lemah semangat, ana pegang nadi sendiri dan berkata… “bertahanlah hingga denyutan nadi dan nafas yang terakhir…..” dan hati bermonolog sendiri memberi semangat dan kekuatan untuk bangkit semula.
Mungkin ada yang bertanya, kenapa nadi? kerna nadi menunjukkan kita masih punya nyawa dan hidup di dunia ini. Dan nadi juga amat-amat memuhasabahkan hati kerna ia dekat sekali dengan kematian.
Cuba kalian pegang nadi dan katakan pada diri, milik siapakah nyawa ini? Jika masih ada yang bongkak serta tidak mahu sujud dan rukuk kepada Allah s.w.t., berubahlah sementara nadi itu masih berdenyut kerna kalian masih punya peluang untuk bertaubat.
Sedarlah yang kalian itu punya amanah dan tanggungjawab buat ummah. Nyawa itu tidak diberikan percuma dan digunakan untuk sia-sia. Ada harga yang perlu dibayar! Muhasabahlah~
Ana hanya mampu menulis dan berdoa moga kita semua menjadi sebaik-baik hamba buatNya. Namun, yang perlu berubah adalah diri kalian sendiri. Aturlah bagaimana kalian mahu denyutan nadi itu berakhir. Adakah dalam keredhaan Allah atau kemurkaan Allah…wallahua’lam.
Ukhty Bidadari Besi…sanah helwah! (^^,)